Kak ana ada beli kulit popia segera atau instant spring rolls kat pasaraya. Saja lah nak buat stok sebab suami dengan Adik Ika ni suka makan kuih yang bergoreng-goreng. Cadang nak buat stok frozen, bila nak makan senang ambil dan gorengkan. 

Setakad ni kak ana dah buat popia sayur, popia carbonara dan juga murtabak mini dari satu pek kulit popia yang kak ana beli hari tu. Sediakan sahaja inti dan jadi menu berlainan dengan kulit popia segera nih. Mudah kan bila ada stok makanan dalam peti sejuk. 

 

Resepi popia carbonara


Untuk resepi murtabak mini ada kak ana kongsikannya di SINI dan kali ni kak ana terbitkan pula resepi popia carbonara versi kak ana. Kalau versi kak ana ni simple dan senang je lah, jangan risau. Kak ana jenis yang akan gunakan sahaja apa bahan yang ada di dapur dan olahkannya menjadi resepi masakan. 

Resepi popia carbonara 



Resepi popia carbonara
inti popia carbonara


Jom kita tengok bahan-bahan untuk inti popia carbonara versi kak ana : 

1 s/b mentega
½ biji bawang holland, dipotong dadu
2 ulas bawang putih, dicincang
200 g isi ayam kisar
1/2 batang lobak merah, diparut atau hiris nipis/dadu ( terpulang )
2 s/b tepung gandum
1 tin sos carbonara ( kak ana guna Prego )
2 s/k serbuk lada putih

Cara masak inti popia carbonara 


1. Cairkan mentega, tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.

2. Masukkan ayam, lobak merah , kacau sehingga separuh masak.

3. Masukkan tepung gandum, kacau rata.

4. Masukkan sos carbonara bersama sedikit air jika terlalu kering, renehkan dan biarkan sedikit pekat.

5. Perasakan lada sulah dan garam secukupnya. Dah didih padamkan api dan biarkan sejuk.


Resepi popia carbonara
kulit popia


Untuk kulit popia bahan yang di perlukan cuma :

Kulit popiah
Tepung gandum, dicampur dengan sedikit air
Minyak masak untuk menggoreng



Resepi popia carbonara
cara lipat popia carbonara


Jom kita melipat popia carbonara pula : 

Letakkan 1 sudu inti di atas sekeping kulit popia. Balut dengan kemas dan lekatkan dengan campuran tepung gandum.

Panaskan minyak masak dan gorengkan sehingga kulit popia keperangan. Sedia untuk dihidang. Kak ana suka makan dengan sos Thai sebagai bahan pencicahnya. Memang sedap. Selamat mencuba . 


1 Comments

  1. Senang je nak membuat tapinya malas. Hihi. Selalu beli jela nak mudah. Tapi kalau buat sendiri puas la makan.

    ReplyDelete