Perkara yang paling ana takut sekali untuk di terima waktu-waktu PKP ini, akhirnya Allah swt uji juga. Petang Khamis lepas , abah ke hospital untuk pemeriksaan rutin bulanan. Selalunya dalam pukul 5 petang kami akan call tanya perkembangan kesihatannya, tapi bila call kali ini abah masih di hospital. Katanya tunggu keputusan doktor. Sampai pukul 7 malam masih di unit day care dalam pemantauan doktor lagi. Allah... Tuhan sahaja yang tahu, bila dah macam ni. Adik ana dari Manjung lepas Maghrib terus ke balai dan dapat permit terus balik ke kampung. Adik suruh kami tunggu dulu di rumah tengok macam mana nanti dia akan update. 

Dalam jam 10 malam, baru doktor comfirm kan abah perlu masuk wad untuk pemantauan selama dua tiga hari. Ada sedikit kelegaan kerana adik dah ada di sana. Tu pun adik seorang sahaja yang lepas kerana adik ipar ana kena temankan anak mereka yang perlu ke sekolah untuk SPM tahun 2020. Polis hanya benarkan 2 orang dalam satu kenderaan. Jadi adik balik seorang sahaja uruskan abah di wad, dan teman kan mak di rumah malam tu. 


Cara mohon permit rentas negeri keluarga sakit waktu PKP 2.0


Inilah antara ujian bila hanya mak abah berdua di kampung, anak-anak tinggal di daerah yang lain demi kelangsungan hidup mencari rezeki. Orang boleh kecam, boleh berkata apa sahaja bila ada yang balik kampung ziarah orang tua waktu-waktu pendamik ni kerana situasi dan ujian kita tidak pernah serupa. Bagi yang tinggal dekat dengan mak ayah atau mak ayah dah tiada mereka boleh canang dan kecamlah sesuka hati jika adanya kes-kes akibat rentas merentas ni, tak sukar pun taip dan publish. Inilah harga kebebasan bersuara ye dak. Sebab tak kena batang hidung sendiri. 

Subuh tu suami ajak ana balik kampung. Kita pii balai dahulu dapatkan kebenaran polis. Ana hubungi balai polis dan mereka awalnya keberatan nak beri permit tapi kami usaha juga pergi sendiri ke balai mungkin situasinya akan berbeza. Paling tidak pun Tuhan akan nilai ikhtiar kita untuk mak dan ayah. 


Cara permohonan permit rentas negeri jika ahli keluarga sakit


Dengan bantuan jiran, dia emailkan borang kebenaran rentas yang ana sendiri pernah terbitkan di SINI . Download dan isi kan butiran dalam borang. Kami sertakan salinan Kad Pengenalan ana dan suami. Sertakan juga salinan surat kemasukan wad dari hospital ( adik minta dari kaunter jururawat dan whatsapp pada ana ). Surat ni ana print dan lampirkan bersama borang permohonan rentas negeri dan juga salinan kad pengenalan kami. Setiap satu set ni perlu ada dua salinan. Satu untuk kita bawa dalam perjalanan rentas dan balik semula ke rumah dan satu set adalah untuk simpanan balai polis yang kita mohon permit.


borang permit rentas negeri kebenaran polis


Bila dah ada semua dokumen yang diperlukan , kami berdua ke balai polis terdekat. Alhamdulillah sekejap sahaja proses untuk mendapatkan kebenaran kerana ada surat bukti abah di wad dan dokumen telah di lengkapkan. Ketua balai akan menandatangani kedua-dua set borang permit dan cop balai. Bawalah salinan asli yang ada pada kita untuk meneruskan perjalanan rentas. 

Ana kongsikannya di sini semoga mereka yang senasib dengan ana boleh mendapatkan serba sedikit info bagaimana untuk memperolehi permit rentas negeri sekiranya ada ahli keluarga terdekat yang sakit atau sebagainya. Bukan kita hendak rentas sewenang-wenangnya tetapi atas keperluan terdesak seperti ini. Bila dah ada permit kebenaran, In Shaa Allah segalanya mudah untuk kita melalui roadblocks atau sekatan jalan raya. 

Sepanjang perjalanan rentas negeri waktu PKP 2.0 ini kami melalui sebanyak 4 sekatan jalan raya. Pertama laluan masuk ke PLUS dan laluan keluar tol PLUS. Dua lagi di jalan negeri sebelum sampai ke destinasi. Alhamdulillah dengan adanya permit kebenaran dari balai polis ini, semuanya lepas untuk lalu pergi dan balik. Janganlah melakukan perkara yang tanpa kebenaran pihak berkuasa, pasti kita akan berhadapan masalah dan risiko di saman. Buatlah permohonan di balai untuk urusan rentas negeri atau daerah ketika kecemasan seperti ini. 

Permit kebenaran rentas negeri waktu PKP 2.0 ini hanya sah untuk tempoh 48jam atau dua hari perjalanan termasuk pergi balik sahaja. Sebagai contoh permit yang kami pohon adalah pada tarikh 28hb Januari dan kami perlu balik atau berada semula di daerah ini pada 29hb Januari, Maknanya sebelum masuk 30hb dah kena balik. 


cara permohonan rentas negeri PKP 2.0


Syukur pada Allah swt semuanya di permudahkanNya juga kerana walaupun kami dah terpaksa balik pada hari Jumaat selepas semua keperluan mak dan abah di uruskan, esoknya Sabtu pagi , abah dah boleh discaj dari wad. Adik masih di kampung bersama mak dan abah kerana dia memiliki surat kebenaran ulang alik kerja kerana adik cuma berada di daerah yang berlainan tapi dalam negeri yang sama. 

Semoga perkongsian ana ini dapat membantu mereka yang perlu mendapatkan kebenaran polis untuk merentas negeri sekiranya berlaku kecemasan pada ahli keluarga kita di waktu PKP 2.0 ini. Semua orang pun tak mahu ianya terjadi namun kita sebagai hambaNya hanya mampu berdoa dan selebihnya itu urusan Tuhan Yang Maha Esa. Patuhilah peraturan yang di tetapkan dan jangan sesekali kita melanggar SOP dengan sengaja kerana apa yang di lakukan oleh pihak berwajib adalah untuk mempastikan keselamatan kita semua dan pendamik ini dapat di putuskan secepat yang mungkin, Aamiin In Shaa Allah. 

10 Comments

  1. Mudah2an ayah AJ beransur sembuh seperti sediakala

    ReplyDelete
  2. Sue pun paling risau bila tengah PKP macam sekarang nie ada perkara penting macam nie jadi Ana, tapi tu lah bukan kita mintak pun. Semoga Ayah Ana cepat sembuh macam biasa ya..

    ReplyDelete
  3. semoga berjalan lancar urusan kak ana

    ReplyDelete
  4. urusan kebajikan erk..

    alhamdulillah semuanya dipermudahkan

    ReplyDelete