In Shaa Allah jika dengan izinNya nanti , kita akan bertemu semula dengan bulan yang penuh keberkatan Ramadan Kareem. Pengumuman pembukaan semula bazar Ramadan, buffet Ramadan dan kebenaran untuk solat Tarawih antara yang kita nantikan selepas tahun lalu ianya begitu suram kerana di uji dengan pendamik. Apapun sama-sama kita jaga norma-norma baharu dan patuhi SOP agar pendamik ini dapat di bendung dan mudah-mudah hilang terus dari muka bumi Allah swt..Aamiin.


10 idea resepi menu berkuah untuk juadah berbuka puasa

Bila berkisah tentang Ramadan, juadah buka puasa dan ifthar kembali menghiasi dunia maya. Pelbagai resepi dan perkongsian memberikan perkongsian idea untuk kita yang buntu dalam memikirkan menu yang ingin kita masak sendiri untuk keluarga. Hari ini ana cuba sekali lagi kompilasikan 10 idea resepi menu berkuah sama ada dengan mee, mihun, laksa atau pun laksam. Menu makanan berkuah ni selalunya di minati waktu buka puasa . Sekali sekala kita ubah-ubah selera naa.. 


10 idea resepi menu berkuah untuk juadah berbuka puasa 


1.Resepi  Laksa Mee 


resepi laksa mee Pangkor


Resepi dan cara masak laksa mee Pangkor

Laksa mee ni ana bahagikan kepada 4 penyediaannya seperti di bawah : 

1. Bahan kuah laksa mee

1kg ikan kembung - dibersihkan dan direbus dengan air secukupnya.

beberapa  ulas bawang merah

2 ulas bawang putih 

2 ulas asam keping

garam secukup rasa

Cara membuat kuah laksa mee

- Ikan kembung yang direbus tadi, keluarkan dan ambil isinya.

- Tapis air rebusan ikan dan letakkan ke dalam periuk untuk di jadikan kuah.

- Masukkan kembali isi ikan kembung tadi bersama air rebusannya tanpa tulang.Sama seperti kita membuat kuah laksa asam. Masak hingga mendidih. 

- Bawang merah dan bawang putih di hiris halus.Kemudian di tumis di dalam kuali.Angkat dan tuangkan tumisan ke dalam periuk rebusan ikan. Atau kita panggil tumis darat. 

- Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam secukupnya.Masak hingga mendidih sekali lagi. Siap untuk hidangan.

Boleh tonton video di bawah untuk cara masakan laksa mee Pangkor: 



2. Sambal laksa mee

Untuk hidangan sampingan laksa mee, kita perlukan bawang merah,bawang putih,cili giling dan sedikit cuka,gula dan garam.Tumiskan kesemua bahan untuk di jadikan sambal.

3. Ulam laksa mee

Ulam yang digandingkan dengan laksa mee ialah hirisan beberapa batang kacang panjang.Tumiskan dengan sedikit minyak bersama bawang merah yang dihiris.

4. Laksa mee

Laksa mee mentah ni boleh di beli di Shopee sahaja sekarang, Alhamdulillah mudah nak dapat dari pengeluaran Puan Jamilah dari Manjung. Ana pun adik ipar belikan dari kedainya dan pos ke sini. Sepeket berharga RM2 lebih, untuk kami berempat ni habis selesai 3 paket yang adik ipar pos , mengidam sangat suami dan anak-anak makan bertambah hingga habis. Kita cuma perlu rebus kan hingga didih dan toskan sahaja dan boleh lah di hidangkan bersama kuah, sambal dan sayur kacang. 

2. Resepi Laksam ( Laksa Lemak ) 


resepi laksam kelantan



Mula-mula kita sediakan resepi kuah laksam atau laksa lemak ni terlebih dahulu . 

Bahan yang ana gunakan:

Ikan sardin (bukan sardin tin tu ye) dalam 1/2 kg ( rebus dan buang tulang kemudian blend)
bawang merah (1 labu yang besar)
bawang putih ( 2 ulas)
halia ( 1/2 inci )
lada hitam ( ikut rasa)
santan pekat ( ikut lah nak banyak mana kuahnya, ana guna dalam 1 mangkuk sederhana)
sedikit air untuk mengurangkan kepekatan
asam keping ( 2 atau 3 keping)

-tumbuk lumat bawang merah,bawang putih dan halia serta lada hitam
-campurkan semua bahan ke dalam periuk dan didihkan sambil mengacau perlahan-lahan.
-masukkan garam dan ubahsuaikan kepekatan kuahnya mengikut selera masing-masing.

Untuk membuat kepingan laksam nya pula , ana gunakan 2 cawan tepung beras, 3 cawan air dan secubit garam. Gaul rata bahan hingga sebati dan bolehlah mula mengukus selapis demi selapis seperti dalam video di atas. Panaskan kukus hingga air mendidih, sapukan minyak pada pinggan rata atau tudung periuk, tuangkan satu senduk adunan laksam tadi dan masukkan ke dalam kukus. Kukus dalam 1 minit dah keras, angkat dan gulung. Pastikan guna dua pinggan supaya senang satu turun satu naik adunan laksam kita tadi. Nak gulung pun kena sejuk kejap kalau tak patah nanti. Jangan terlalu tebal atau terlalu nipis adunan laksam tu,kay.




Laksam ni lengkap di makan bersama ulam-ulaman. Ana suka letakkan banyak ulam bila makan laksam di rumah ni baru puas kan. Ana letakkan kacang panjang, timun, taugeh ,kalau ada daun kesum atau bunga kantan pun sedap. Oleh kerana laksam ni tak pedas dan lemak sahaja, tambah sedap di makan bersama cili api di tumbuh bersama garam dan cuka atau pun untuk kali ini ana makan dengan sambal cili merah di campur belacan sahaja. Bagi yang pertama kali nak try masak laksam di rumah dan buat sendiri laksamnya boleh lah rujuk terbitan ana ni , semoga bermanfaat, In Shaa Allah.


3. Resepi Sizzling Mee tanpa Hotplate 


resepi mee sizzling



Bahan-bahan kuah mee sizzling 
Bawang putih 
Halia
Sos tiram
Kicap manis
Cili kering - potong dua 
Tepung jagung - bancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah
Isi ayam - potong kecil-kecil
Cendawan shitake - belah 4
Air secukupnya
Garam dan lada sulah secukup rasa
Telur ayam 

Yee Mee untuk di makan bersama sizzling 
Sayur sawi untuk sampingan 

Cara masak kuah mee sizzling 
Cara masak mee sizzling ni korang boleh lah tonton di youtube di bawah ni , senang kan . 



1. Panas kan sedikit minyak dan pecahkan bawang putih dan halia. Tumiskan dalam minyak masak.

2. Masukkan cili kering yang di potong. Masukkan isi ayam biar separuh masak. 

3. Masukkan sos tiram dan kicap pekat , gaul sebati. 

4. Baharulah masukkan air dan masukkan cendawan dan masak hingga ayam masak mendidih.

5. Bolehlah masukkan bancuhan tepung jagung, rasakan dengan garam dan lada sulah secukupnya. Hati-hati masa nak masukkan garam kerana sos tiram dan kicap dah masin. 

6. Untuk menghidang ala-ala hot plate, gunakan kuali leper panaskan seketika. Tuang kan sedikit kuah sizzling. 

7. Bila kuah dah membuak, masukkan seketul yee mee dan siram kuah secukupnya.

8. Pecahkan sebiji telur dan teruskan siram dengan kuah yang panas tadi.

9. Letakkan sayur sawi yang dah di celur dan tuang kan ke dalam mangkuk dan sedia untuk hidangan panas-panas.


4. Resepi Mee Kicap


resepi mee kicap



Bahan untuk kuah kicap yang akan di gaul dengan mee :

4 ulas bawang putih - hancurkan
2 sudu besar minyak masak
2 cm halia - ditumbuk
6 sudu besar kicap manis
6 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil kicap pekat
2 sudu kecil pati ikan bilis
Lada sulah
2 cawan air
Garam & gula

Penyediaan kuah kicap

~ Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga kekuningan dan garing. Angkat dan ketepikan untuk di hidangkan bersama mee nanti .Ini side dish yang di hidang bersama mee kicap kita nanti.

~ Dengan menggunakan minyak bekas menggoreng bawang putih tadi, tumis halia hingga naik bau.

~ Seterusnya masukkkan kicap manis, sos tiram, air dan kicap pekat. Biarkan mendidih

~ Masukkan pula lada sulah, pati ikan bilis,garam dan gula. Jangan terlebih masukkan garam. Sebaiknya suaikan rasa terlebih dahulu. Masak sehingga kuah sebati dan matikan api

Bahan untuk sup :

2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6 cawan air
Kiub ikan bilis
Fish cake atau fish ball
Lada sulah dan garam
Daun bawang

Penyediaan sup mee kicap

~ Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau, masukkan air
~ Biarkan mendidih, letak pati ikan bilis lada sulah, fishball, fish cake dan sedikit garam
~ Renih sebentar dan matikan api dapur




Celur mee dan taugeh. Toskan .

Ana juga tambahkan isi ayam yang di rebus seketika kemudian di perap dengan kicap dan sos tiram dan goreng hingga garing bahagian luarnya. Bila menghidang hiris nipis isi ayam tadi atau boleh juga carik-carikkan seperti kita makan soto.

Letak mee dan taugeh tadi di dalam pinggan dan tuang kuah kicap. Tabur daun bawang dan bawang putih goreng . Makan dengan kuah sup tadi. Korang boleh sahaja nak makan dengan cili padi hiris berkicap atau sambal merah sebagai penambah rasa pedas sebab mee kicap ni memang tak pedas langsung. Ianya adalah menu asal makanan Cina jadi memang tak pedas , kalau nak selaras kan selera kita orang Melayu ni tambah lah sambal atau cili padi potong kan. Try lah korang, memang sedap tau :)

* 6 Resepi menu berkuah di bawah adalah dari carian di internet dan bukan resepi ana sendiri. Kredit buat tuan punya resepi semoga perkongsian kita bermanfaat buat semua. 


5.  Resepi Mee Bandung


Resepi Mee Bandung


Bahan-Bahan:

1 bungkus mee kuning

6 ekor udang basah

2 ekor sotong

50 gm udang kering – ditumbuk

1/4 cawan kacang tanah goreng – ditumbuk

Sedikit sayur sawi – dihiris

Sedikit kobis – dihiris halus

Sedikit hirisan daging – direbus

Air rebusan daging @ 1 kiub pati ayam

4 biji telur

Gula dan garam secukup rasa

Mee kuning – dicelur

1 sudu besar tepung jagung

Bahan Kisar –

1/2 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

5 tangkai cili kering

Bahan Hiasan –

Bawang goreng

Hirisan cili merah

Limau kasturi/limau nipis

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga cili masak. Masukkan udang kering yang telah ditumbuk dan tumiskan hingga naik bau.

2. Kemudian masukkan air rebusan daging, kacang tanah, udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan seketika, masukkan gula dan garam secukup rasa.

3. 5Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji sebiji. Jangan kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak atau separuh masak, ikut suka anda.

4. Akhir sekali masukkan sawi, kobis serta tepung jagung. Kacau rata hingga kuah masak.

5. Tuangkan kuah di atas mee. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau nipis/limau kasturi. Hidangkan.


6. Resepi  Mee Kung Fu 


mee kung fu



Bahan-Bahan:

200gm mee kuning
2 biji telur gred
1/3 sudu teh Knorr cukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Bahan Kuah –
3 ulas bawang putih diketuk
100gm isi ayam dipotong kecil
5 ekor udang dibuang kulit
2 ekor sotong dipotong bulat
1 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air suam
2 cawan air
2 sudu makan sos tiram
3 batang baby corn dipotong memanjang
3 tangkai cili padi diketuk
carrot dipotong panjang & halus
hirisan brokoli
hirisan kobis bunga
garam & gula secukup rasa
serbuk lada sulah
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis

Cara Memasak:

1. Goreng mee, anggaran untuk seorang makan. Panaskan minyak dalam fry pan. Masukkan mee, kemudian masukkan telur dan bahan perasa.
2. Goreng hingga kekuningan, kemudian masukkan ke dalam pinggan dan ketepikan.
3. Buat kuah mee. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau & keperangan. Masukkan ayam, udang & sotong, kacau hingga masak.
4. Masukkan air, garam, gula, sos tiram & perasa, biarkan hingga mendidih.
5. Masukkan semua sayur, cili padi, lada sulah & bancuhan tepung jagung. Kacau selama 2 minit & angkat.
6. Tuangkan kuah ke atas mee kungfu tadi. Hiaskan dengan hirisan daun sup, daun bawang, bawang goreng & hirisan limau nipis. Sedia untuk dihidang.


7. Resepi Mee jawa 


resepi mee jawa



Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg. daging (rebus lembut dan hiris nipis)
300 gm tauge (buangkan akarnya dqn dicelur)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:
1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
2 sb cili kisar
3 sb serbuk kari daging
air rebusan daging
1 cawan air
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula

Bahan Kisar Halus 
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3 batang serai
Sedikit halia
sedikit lengkuas
100 gm udang kering
sedikit cili padi, jika suka pedas

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah kari & cili kisar hingga garing. Masukkan air dan kacau.
2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Angkat dan hidangkan dengan bahan yang dihiris.

8. Resepi Mee Udang Kuala Sepetang


resepi mee udang


Bahan-Bahan:
1 kati mi kuning
½ kati udang basah – bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering – dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
½ sudu teh gula pasir
4 batang sawi
½ kati taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tahu – goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng

Cara Memasak:

1. Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.

2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan. Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.

3. Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa. Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.

4. Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.


9. Resepi Mee Hailam 


mee hailam



Bahan-bahan:
3 ulas bawang putih
Biji lada hitam
1 kiub pati ayam
Kicap pekat
Ayam / daging / fishball / fishcake / sotong / udang
Sayuran – sawi, cendawan, baby jagung, carrot, kobis bunga, dll
Mee kuning

Cara-cara
1. Mula-mula tumbuk 3 ulas bawang putih dengan biji lada hitam.

2. Kemudian tumis bahan yang dah ditumbuk tadi. Sambil tu masukkan sekali dengan kiub pati ayam.

3. Masukkan Air & Kicap Pekat. Bila dah bau wangi, masukkan air setengah periuk. Masukkan kicap pekat 1 senduk kecil dan kacau. Kicap pekat ni bolehlah nak guna jenama apa pun tak apa asalkan kicap pekat.

4. Masukkan Ayam & Fishball . Seterusnya masukkan ayam + fishball + fishcake. Kalau nak ganti dengan udang / daging / sotong pun boleh. Ikutlah citarasa masing-masing. Kacau dan tunggu isinya masak.

5. Masukkan Sayur . Bila bahan-bahan tadi dah masak, masukkan sayur yang dah dibasuh.
Sayur ni semua saya masukkan macam ni:
sawi – asingkan batang dan daun. Daun sawi saya masuk akhir sekali masa tutup api tu. Sebab takmau daun jadi layu sangat
cendawan – saya guna yang dalam tin. Kalau nak potong nipis pun boleh, saya potong 4 saja.
baby jagung – potong kecil
carrot – potong memanjang
bunga kobis – potong kecil

6. Pekatkan Kuah
Bila dah gaul semua sayur tadi, sekarang kita pekatkan sikit kuahnya. Caranya masukkan 2 sudu tepung jagung yang dah dibancuh dalam air. (Mesti bancuh dalam air dulu tau, kalau masuk terus nanti dia jadi berketul ketul

7. Kacau semua bahan dan rasa dulu, kalau kurang masin tambah sedikit garam halus.
Kalau kuah agak pekat tambah sedikit air. Kuah mendidih dan semua bahan dah masak tutup api dan masuk kan daun sawi. Saya masuk akhir sekali sebab tak mau daun tu layu sangat.

8. Tabur Daun Sup, Cili & Bawang Goreng OK dah siap! Boleh tabur daun sup + bawang goreng hirisan cili ikut suka.

10. Resepi Mee/Meehun Sup


mee sup



Bahan kisar
*2 biji Bawang besar
*5 biji Bawang putih
*Halia sikit
Bahan-bahan lain
Isi ayam
Sayuran ikut suka
Lada hitam (tumbuk kasar @ serbuk)
Cili padi
Telur
Garam
Bihun / mee (nak celur dan letak asing pun boleh, atau nak masakkan skali dalam kuah terus pun boleh)

Cara-cara
1. Mula-mula, kisarkan bawang dan halia. Kalau nak lagi sedap boleh lebihkan sikit. Baru kuah tu rasa manis-manis dari bawang. Inilah rahsia yang jadikan mee atau bihun rebus lebih sedap. Sebelum ni saya dah cuba tumbuk dan ternyata kalau kisar memang lagi sedap. Ok seterusnya bila dah kisar, sediakan periuk dan tumiskan bahan kisar tadi.

2. Kemudian masukkan air ikut lebih kurang  banyak mana kita nak kuah.

3. Seterusnya masukkan isi ayam. Lepas tu, masukkan serbuk lada hitam. Biarkan sekejap dan bila dah mendidih masukkan sayur-sayur, cili padi yang diketuk, telur, dan garam.

Itulah 10 resepi menu berkuah yang boleh kita jadikan idea untuk menu buka puasa mahupun bila-bila waktu untuk bertukar-tukar selera. Kadang-kadang buntu juga nak memikir kan setiap hari menu apa yang ingin di sajikan untuk santapan sekeluarga. Mudah-mudahan perkongsian dari ana dan tuan punya resepi yang ana pinjam di internet dan FB ini akan membawa manfaat yang baik untuk kita semua. In Shaa Allah. Terima kasih buat tuan punya foto dan resepi, sila komen untuk ana kreditkan di dalam entri. 


6 Comments

  1. memang jadi pilihan kalau menu gini... sesekali je baru menu nasi berlauk

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Dana pening juga nak fikir menu hari2 nanti

      Delete
  2. Tak sedar masa pantas berlalu. Tak lama lagi bulan puasa akan tiba!

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kita akan dipertemukan dengan Ramadan kali ini Aamiin

      Delete