Sedap resepi Khairul Aming ni. Ana cuba time buka puasa dahulu. Perapan ayam yang mudah dan sedap di makan dengan sambal ala sambal gesek tu yang boleh korang adjust pedas masing-masing. Makan panas-panas dengan nasi kosong pun dah cukup dah. 

Ayam ni memang kesukaan anak-anak, depa kalau ada ayam goreng ratah pun dah kenyang. Cuma kita ni kadang-kadang dah mati akal fikir nak masak apa untuk keluarga. Jadi bila ada resepi-resepi adunan baharu kita cuba dan sedap pada selera boleh lah dijadikan menu harian tukar-tukar selera. Jom ana kongsikan resepi dan cara masak ayam berlada dengan air fryer resepi Khairul Aming. 


Resepi ayam berlada mudah dengan air fryer


Resepi ayam berlada mudah dengan air fryer

Bahan-bahan ayam berlada 


Ayam separuh bersihkan dan toskan
Sos tiram
garam
minyak masak

Perap ayam dengan sos tiram dan sedikit garam. Lumurkan dengan minyak masak dan goreng dalam air fryer selama 20 minit atau hingga masak pada suhu 200'.





Bahan-bahan sambal berlada 


Cili merah ikut kepedasan masing-masing berapa biji nak guna dalam sambal korang
1 biji bawang besar
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
Sehelai daun limau purut
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara masak sambal berlada 


resepi sambal berlada


- Goreng seketika cili merah, bawang besar dan bawang putih. Kemudian masukkan tomato dan matikan mati angkat sejukkan sekejap dan tumbuk dalam lesung atau blend.

- Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik minyak. Rasakan dengan garam dan gula.

- Masukkan daun limau purut dan hidang kan bersama ayam goreng kita tadi. Selamat mencuba naa... 

4 Comments

  1. Assalamualaikum... Waa, nasib baik ade khairulaming kan. menjana minda ibu2 nak masak. lagi senang bila ada air fryer.

    ReplyDelete
  2. kolin memang suka betul ada air fryer skrg. multi purpose gilaaa

    ReplyDelete