Dua hari lepas telah pun di umumkan taqwin pembelajaran anak-anak sekolah di mana pelaksanaan semula  PdPR selama 25 hari bermula 13, 14 Jun 2021. Pada pendapat ana, ia adalah sangat wajar sebagai salah satu langkah yang di ambil kerajaan sebagai usaha bersama membendung dan memutuskan rataian pendamik . Biarlah ia seiring dengan perlaksanaan PKP 3.0 yang mana total lockdown sedang berjalan waktu ini dengan harapan ia mampu memberi impak yang baik kepada situasi pendamik. Aamiin..

Kalau hendak ikutkan rungutan, ia tidak akan pernah habis.. masing-masing ada sahaja ketidak puasan di pihak masing-masing. Namun sebagai ibu bapa, ambillah apa sahaja cabaran yang mendatang sebagai usaha bersama kita dalam menempuhi ujian ini. Pendidikan anak-anak adalah tanggung jawab kita juga untuk mereka mendapat ilmu yang secukupnya dari aspek akademik dan juga sasiah diri dan rohani, semua itu akan di persoalkan di kemudian hari.. 


idea susun atur ruang belajar anak di rumah


Ramai ibu bapa telahpun mengambil beberapa langkah untuk mempastikan anak-anak mempunyai akses dan ruang belajar yang selesa di rumah. Bagi yang berkempuan di rezeki kan mempunyai ruang khas untuk anak-anak belajar , ini satu kelebihan. Namun bukan semua rezeki dan takdir kita serupa, mana yang kurang usah bimbang gunakanlah setiap ruang yang ada untuk keselesaan bersama seisi rumah. 


12 idea susun atur dekor ruang belajar anak-anak di rumah 


Dan hari ini, ana nak kongsikan idea susun atur ruang belajar untuk anak-anak di rumah. Apa yang ana kongsikan di bawah ini adalah idea susun atur yang boleh ibu bapa gunapakai untuk mencipta ruang belajar anak-anak. Bukan semestinya menggunakan produk atau perabot yang di pamerkan sebaliknya dengan idea yang ada gunalah kreativiti dan recycle sahaja perabot dan peralatan yang ada dirumah mengikut susun atur yang di kongsikan.


susun atur ruang belajar anak di rumah


Semuanya bergantung kepada keluasan ruang, bilangan anak-anak, bajet dan dalam waktu-waktu begini keterbatasan untuk keluar yang mana bolehlah cuba cari di platform online untuk pembelian. Kalau ada yang boleh di guna pakai perabot yang sedia ada , adalah lebih baik kita mix & match kan sahaja mengikut kreativiti masing-masing kerana waktu begini apa yang boleh jimat , kita jimat kan . 


susun atur ruang belajar anak di rumah

Paling penting ruang belajar untuk kelas secara online ini perlu lah mempunyai sumber elektirk dan sambungan kepada gadget seperti laptop, tab dan sebagainya supaya tidak menghadapi masalah gangguan habis bateri ketika sedang belajar nanti. Jika ruang tidak mempunyai penyambungan plug sedia ada, boleh lah dapatkan extension dan pasang siap-siap ke bawah meja atau sebagainya. 


susun atur ruang belajar anak di rumah


susun atur ruang belajar anak di rumah


Alhamdulillah.. jika rezeki anak-anak mempunyai penghawa dingin di ruang belajar mereka namun usah risau jika tiada pun kerana di sekolah pun anak-anak belajar di bawah kipas. Cukup lah dengan adanya kipas untuk memberi keselesaan waktu belajar khasnya bila mengikut waktu persekolahan di tengahari. Kalau tak ada kipas siling sekali pun pinjamlah dulu kipas kat dapur tu pasang untuk ruang belajar anak-anak... Semua pun perlu mengikut situasi masing-masing, ana sekadar memberi ilham dan idea tak semestinya betul, kan.. 


susun atur ruang belajar anak di rumah


Dari kebanyakan perkongsian di internet yang ana jumpa, perabot yang perlu ada untuk ruang belajar adalah meja, kerusi , para yang di lekatkan di dinding sebagai penjimatan ruang untuk meletakkan buku dan alat tulis di samping hiasan-hiasan kecil yang memberi kan mood suasana belajar kepada anak-anak khasnya di peringkat kanak-kanak. 


susun atur ruang belajar anak di rumah


Ini kerana anak-anak remaja lebih bijak mendekorasi ruang belajar mereka sendiri megikut citarasa masing-masing. Adik Ika misalnya mempunyai ruang belajarnya sendiri di kamar tidur di rumah mengikut citarasanya sendiri. Selalunya dia banyak menghabiskan masa di bilik sepanjang kelas online yang telah pun setahun setengah berjalan untuk pengajian ijazahnya.


susun atur ruang belajar anak di rumah


susun atur ruang belajar anak di rumah


Ruang belajar yang baik adalah yang mempunyai ruang pencahayaan yang cukup supaya anak-anak jelas ketika membuat kerja sekolah dan sewaktu sessi pembelajaran secara online. Di samping itu sebaiknya letakkan di ruang terbuka di mana pengudaraan yang cukup seperti di tepi tingkap di mana dapatlah anak-anak kita melihat pemandangan di luar sambil belajar. 


susun atur ruang belajar anak di rumah


susun atur ruang belajar anak di rumah


Ruang belajar juga tidak perlu dekorasi yang sarat dan pengunaan warna yang banyak. Ikutlah tona warna yang di sukai asalkan minimalis dan seeloknya adalah warna polos yang tidak bercorak. Pening nanti anak-anak pandang dinding dengan wallpaper atau warna cat yang mengganggu pandangan mereka  ye dak :) 


susun atur ruang belajar anak di rumah


Inilah sahaja serba sedikit perkongsian idea yang dapat ana berikan untuk mencipta ruang belajar yang selesa untuk anak-anak. Takdir dan nasib kita berbeza, ruang rumah pun tak sama, mana yang baik boleh di jadikan panduan mana yang tak relevan tu abaikan sahaja. 

Usah risau di mana pun anak-anak hendak belajar bukanlah asbab untuk mereka berjaya atau sebaliknya. Ana dahulupun belajar di meja makan sahaja waktu di rumah di kampung, habis juga persekolahan.. Kalau di rumah kampung yang terbuka, lebih seronok belajar di luar kan sambil menikmati udara segar. Inilah yang ana maksudkan, sekadar berkongsi pencentus idea selebihnya gunakanlah kesesuaian kita sendiri mencipta ruang untuk anak-anak. 



Semoga dengan langkah kerajaan ini akan dapat sama-sama mengurangkan malahan dengan izinNya kelak akan terputus juga rantaian pendamik ini dan anak-anak akan kembali ke sekolah dalam keadaan yang selamat dan menikmati alam persekolahan yang nyata bersama guru dan kawan-kawan...aamiin. 

22 Comments

  1. Banyak susun atur decor ruang belajar kita boleh rujuk dan buat untuk keselesaan anak-anak belajar.. Bila ruang belajar selesa, in shaa Allah diaorg pun seronok belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu LZ bila ada ruang khas yang memberi keselesaan pada anak-anak :)

      Delete
  2. Menarik sangat... semoga ibu bapa sabar dan tabah dengan norma baru ini dan semoga anak-anak dapat belajar dengan tenang...

    ReplyDelete
  3. Cune...boleh cedok idwa ni👍👍

    ReplyDelete
  4. Menarik idea ni tapi dah try yang simple2 dl kat bilik bdk2 kat rumah ni tapi adoii klu malas drg dah datang, alamat nya jadi lintang pukang gak tmpt belajar ni hehehe pening dibuatnya..

    ReplyDelete
  5. ni bukan je anak suka, mak pun suka. i suka workspace macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan memberi keselesaan dan kemasan ruang :)

      Delete
  6. ruang belajar anak2 yg sangat selesa cara dekornya tu

    ReplyDelete
  7. cantik2 design nya..bila ada ruang yg teratur mudah nak belajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting selesa dan kemas kan AD :)

      Delete
  8. cantiknya. nanti boleh la cedok idea ni untuk susun tempat belajar anak-anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Cik T kita boleh je mix and matchkan :)

      Delete
  9. Menarik sangat idea dekor ni.

    ReplyDelete
  10. buku penuh dah ruang belajar anak-anak hahah. 2 sekolah kan..jenuh nak susun kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Kolin tu baru dua ada orang lagi ramaikan hehe :)

      Delete
  11. cantik la plak macam diri sendiri plak berkenan untuk work station :D

    ReplyDelete