Walaupun dah 26 jodoh dengan orang Pantai Timur, inilah kali pertama ana masak nasi dagang. Pertama nya kerana nak dapat beras nasi dagang ni agak payah di sini, kedua nya pula selalu makan nasi dagang kat kedai makan Mee Kuah Udey yang sedap sangat tu kalau teringin dan ketiganya air tangan kakak ipar dan jiran sebelah rumah kami, Ida kalau masak nasi dagang memang tak boleh 'challenge'.

Tapi sejak PKP berpanjangan ni  nak ke mana pun agak terbatas, dan buka pula kedai menjual produk dari Pantai Timur dan Thai di belakang taman kediaman ana ni, Kelate Mart. Hari Arafah yang lepas, kami sekeluarga berpuasa sunat. Ana dah beli siap-siap beras nasi dagang dan ikan tongkol serta bahan-bahannya. Cuba buat pertama kali dan alhamdulillah berhasil dengan jayanya. 


resepi dan cara masak nasi dagang


Suami kata sedap dan ada rasa nasi dagang waktu buka puasa,mestilah kan berani kata tak sedap :) Erm.. Ikhlas ke idak Waallahu a'lam haha!! Tak pe anak-anak pun kata sedap, Alhamdulillah.. Kami buka puasa Hari Arafah dengan menu nasi dagang, resepi ana dapat dari blog Kak Azie Kitchen kita. Dan ana kongsikannya di sini buat rujukan masa depan dan mereka yang mungkin singgah untuk mendapatkan resepi dan cara masak nasi dagang Kelantan. 

Resepi nasi dagang

Ana pun baru tahu rupanya nasi dagang ni di masak dengan mengukusnya sahaja, senang sangat sama macam masak pulut. Cuma bahan-bahan nya kena ada dan menggunakan beras yang khas, beras nasi dagang. Menurut jiran ana, Ida kalau dapat beras nasi dagang macam yang ana masak ni tak perlu dah campurkan beras pulut, tapi kalau nasi dagang putih tu, kena campur beras pulut. Beras nasi dagang ni ana beli RM10 sekilo. Memang muai banyak dapat walaupun ana masakkan cuma 3 cup.


resepi nasi dagang

Bahan bahan nasi dagang:

3 cup lebih kurang 500g beras nasi dagang
1 mangkuk besar santan pekat 
3 ulas bawang merah - hiris halus
1 inci halia - hiris nipis
Halba secukupnya 
garam secukup rasa 




Pada yang tak pernah tengok atau kenal halba, bijian perang bersama bawang merah dan halia di atas tu adalah halba. Korang boleh beli dari kedai runcit, RM1 sepeket ana beli di kedai Acheh di kawasan rumah ana ni. 

Cara masak nasi dagang 


1. Basuh dan rendam nasi dagang semalaman sebelum mengukus. Kukus sehingga separuh masak dan berwap kemudian angkat dan semasa panas arung kan nasi dengan santan sebati. Santan ni ana campurkan dengan secubit garam.

2. Kemudian kukus semula dan ulang proses sehingga nasi lembut dan masak. Ana kukus dan arung sebanyak 3 kali dan kali ketiga,taburkan hirisan bawang merah, halia dan juga halba. Sama seperti kita kukus pulut caranya, kan. Senang sangat rupanya.





Resepi gulai Ikan Tongkol Nasi Dagang

Nasi dagang kena lah guu kan dengan gulai ikan tongkol kan. Tak pun gulai ayam pun sedap.Cuma gulai nasi dagang ni menggunakan rempah kari. Kalau kami di utara ni gulai adalah untuk masak lemak. Raikan perbezaan naa... 

Bahan-bahan gulai ikan tongkol nasi dagang



resepi gulai ikan tongkol nasi dagang


1 ekor ikan tongkol saiz besar ( ikan tongkol hitam lagi sedap dan lembut dari ikan tongkol putih ) 
- rebus dengan keping asam keping 
1 pek kecil rempah kari ikan
Garam secukup rasa
2 sudu besar cili kering kisar- boleh ganti cili api jika mahu kuah lebih warna kuning 
1 mangkuk santan pekat
1 keping asam keping
cili api atau cili muda ikut suka 


Bahan kisar:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup 
1/2 inci halia 

Cara masak gulai ikan tongkol nasi dagang

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar. Kemudian masukkan serbuk kari. Tumis sehingga pecah minyak. 

2. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan santan dan kacau rata. 

3. Masukkan ikan rebus, asam keping dan garam secukup rasa.

4. Akhir sekali masukkan cili hijau atau cili padi . 

Cara buat acar timun


cara buat acar timun


Set nasi dagang mesti kena ada acar timun dan juga telur rebus. Bahan-bahannya mestilah kena ada timun, lobak merah, cili padi, bawang merah dan juga cuka. Hiris nipis panjang-panjang timun, lobak merah. Hiris nipis bawang merah dan cili padi. Gaul sebati semua bahan, tuangkan cuka masakan , rasakan dengan gula dan garam. Ana suka makan acar timun ni sejuk kan dahulu.

Lengkap lah menu nasi dagang ana dan Alhamdulillah resepi puan Azie ni memang sedap walaupun ada yang ana ubah sedikit mengikut selera. Antaranya ana tak masukkan gula manisan dalam gulai kerana resepi asli Kelantan memang wajib buh gula . Selamat mencuba naa.. sapa kata orang utara tak boleh masak nasi dage' ...

10 Comments

  1. sedapnya nasi dagang ana..beras nasi dagang dua bhgian beras biasa satu bhgian beras pulut

    ReplyDelete
  2. menarik juga untuk cuba, nak kena cari beras nasi dagang buat stok la, rasa hujung minggu teringin boleh terus buat.

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak, dana tak pernah masak nasi dagang sendiri walaupun mil dah ajar... boleh buat tapi takde kerajinan hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab kukus tu renyah sikit kan dana hehe :)

      Delete
  4. wah sedapnya. ni yg buat rasa nak makan nasi dagang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom mama kita masa nasi dagang hujung minggu ni :)

      Delete
  5. Sedapnya nasi dagang. Naniey suka makan kuah banjir..

    ReplyDelete