Resepi sambal gesek belimbing buluh
Pokok belimbing buluh belakang rumah ana ni dah makin kurang berbuah berbanding sebelumnya. Mungkin sebab dah lama suami tak cantas dahan-dahan nya , berbuah pun setakad pangkal dahan bawah sahaja kali ni.
Apapun syukur Alhamdulillah dapat juga berkongsi rezeki dengan jiran-jiran terdekat. Selain dari masak lemak dengan telur itik dan ikan tongkol dua kali sebelum ni, ini kali kedua ana jadikan sambal gesek. Suami dan anak-anak suka pula makan sambal gesek belimbing buluh ni.
Resepi ana ni tak pedas, sebab ahli rumah ni semua tak tahan makan pedas-pedas. Jadi kalau yang suka pedas tu, korang tambahkan sahaja cili atau tukarkan kepada cili api pun boleh jer. Ikut lah kepedasan masing-masing naa.. Lagi satu kami pun tak makan belacan rumah ni, kalau korang nak buh belacan mesti lagi kaw... Adjust naa ikut citarasa masing-masing..
Resepi sambal gesek belimbing buluh
Bahan-bahan sambal gesek belimbing buluh
Buah belimbing buluh
Cili merah / cili api - ikut kepedasan sendiri
Bawang besar
Bawang putih
Ikan bilis
Belacan - kalau suka
Minyak masak
Garam gula
Cara masak sambal gesek belimbing buluh
2. Ketepikan dalam kuali yang sama goreng bawang besar, bawang putih, belimbing, cili api dan belacan jika buh belacan lah kan. Goreng sehingga layu.
3. Angkat dan toskan , biar sejuk seketika.
4. Masukkan dalam blender dan blend halus kesemua bahan. Kalau rajin nak tumbuk pun boleh tapi hati-hati lah nanti mercik .
6. Gunakan minyak goreng tadi, tumiskan semula bahan kisar dan biar masak hingga pecah minyak.
7. Rasakan dengan gula dan garam secukupnya.
Dah siap lah sambal gesek belimbing buluh yang sedap makan dengan nasi putih. Dapat ikan goreng pun sedap dah kan bersama ulam-ulaman. Selamat mencuba naa. Semoga bermanfaat..
6 Comments
Tak pernah cuba lagi sambal gesek ni.
ReplyDeletekalau ada belimbing buluh nanti try naa JR :)
DeleteTak pernah try lagi ... Sedapnya kak belimbing buluh. Kalau dpt buat masak gulai masam. Sedapnya.. A
ReplyDeletesekali sekala sedap kan naniey :)
Deletewah sedap tu boleh cuba ni
ReplyDeletecuba lah kak PI :)
Delete