Diari bekas pesakit covid19
Tulis .. padam .. tulis.. padam , kisah 3 bulan lepas yang awalnya ana masih berbelah bagi mahu berkongsi cerita atau tidak dengan korang semua. Ikutkan hati tak nak kenang kan semula apa yang kami lalui, namun blog picisan ini banyak menjadi sumber rujukan dari rentetan perjalanan kehidupan.
Mungkin.. di sebalik pengalaman pahit ini, ada manfaat buat insan lain yang mana serba sedikit dapat apa yang di cari dari carian internet. Ana cuba bariskan semula kata-kata mana yang masih berbaki di minda ingatan. Yang baik semua datangnya dari Allah swt dan khilaf itu adalah dari nukilan hati dan jemari yang kerdil dan alpa menaipkan ayat-ayat.
Diari di uji wabak covid19...
20hb Mei 2021 adalah tarikh ulangtahun ke 26 perkahwinan kami. Syukur alhamdulillah atas pinjaman dariMu di kurniakan sebuah keluarga kecil yang sama seperti insan lain ada suka dukanya, pahit manisnya. Tak ada sebarang sambutan, kami masak makan berempat di rumah seperti biasa.
22hb Mei 2021, suami mula demam. Ingatkan kesan dari suntikan vaksin seperti yang selalu diceritakan. 23hb suami ke klinik dan mendapat MC sehari.
24hb Mei 2021, kerja semula dan balik dari pejabat , suami bagitau salah seorang di bahagian pengurusan positif covid. Suami dah mula tak keruan, badan masih sejuk dan batuk-batuk. Jiran kami Man, nak hantar ke hospital panel di KL untuk buat swab test . Hati rasa berat sangat dan ana bagitau Man, ana akan bawa sendiri ke klinik swasta di kediaman kami ni sendiri selepas ana buka puasa nanti. Lepas sahaja Maghrib, ana dan suami ke Klinik Seri Anggun tak jauh dari kediaman.
Suami buat RTK swab test dan keputusan nya positive. Allah! Itu sahaja yang keluar dari mulut ana waktu itu. Ana juga buat ujian swab sekali dan resultnya negative. Ana bagitau anak-anak dan drive terus balik ke rumah.
Sampai rumah, jiran pun ana maklumkan dan syukur sangat bukan Man yang hantar tadi. Sayangnya Allah pada kami, tidak melibatkan orang lain. Benarlah perancanganNya jua adalah yang terbaik.
Suami terus masuk bilik utama, ana ambil pakaian, keperluan lain seperti berus gigi dan sebagainya, bawa turun tilam bujang bawah katil dan bantal. Malam ini kami kuarantin sendiri di rumah dengan suami di bilik utama, ana di ruang tamu tingkat bawah dan anak-anak di bilik masing-masing.
Malam pertama tu, hanya Tuhan yang tahu apa yang bermain di fikiran. Langsung tak lena tidur. Siapa sangka kami antara insan yang Dia pilih untuk jalani ujian ini. Menangis sorang-sorang, ana takut, takut yang amat sangat. Takut dengan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku. Ambil wuduk baca surah Yaasin. Doa dan terus berdoa.. macam-macam yang ana mohon dariNya..
Esoknya 25hb Mei 2021, bermulalah episod kuarantin kami berempat. Semua keperluan ana senaraikan bersama Kak Long dan minta pertolongan jiran membeli barang makanan dan lauk. Abang Yaya dan Zura tolong belikan dan gantung pada pagar. Semua urusan kewangan ana transfer kepada mereka secara online.
Ubat-ubatan minta tolong Man dan Ida belikan dan selebihnya kami beli secara online di Shopee Mart. Ana maklumkan pada jiran-jiran yang kami sedang kuarantin. Pagi tu ana bawa anak-anak swab test di Klinik Seri Anggun dan Alhamdulillah anak-anak juga negative.
Pihak klinik Seri Anggun maklumkan laporan telah di hantar ke KKM. Namun ana terus cuba hubungi PKP Gombak walaupun tidak berjawab. Ana faham kesesakan di sana walaupun waktu itu belum kemuncak jangkitan yang teruk lagi. Keadaan masih terkawal 3 bulan lepas.
Skrol di FB dari page Jabatan Kesihatan Selangor, ana terjumpa pinned posting yang terdapat Google Form untuk kami isi melapor diri sekiranya ada kes positive dan contact rapat. Akhirnya petang itu dapat juga hubungi Klinik Kesihatan Rawang dan mereka maklumkan suruh kami terus kuarantin diri di rumah sehingga dihubungi semula oleh KKM untuk tindakan selanjutnya. Cuma di pesan sekiranya mengalami kesukaran bernafas terus ke hospital terdekat. Nauzubillahi min zalik..
Ana banyak mendapat panduan dari Kak Ani , salah seorang jiran yang pernah lalui kuarantin rumah dan sekeluarga positive. Kami update MySejahtera dan meneruskan rutin kuarantin dengan tenang.
Suami langsung tidak keluar bilik utama, dengan pintu bertutup dan syukur kerana bilik air ada dalam bilik utama. Anak-anak dengan bilik dan bilik air mereka dan ana guna bilik air di tingkat bawah. Amat penting untuk tidak berkongsi bilik air dengan pesakit antara panduan yang ana jumpa dalam internet. Namun bukan semua miliki bilik air sendiri jadi bagi yang terpaksa juga berkongsi, sediakan bahan pencuci Dettol dan cuci selepas di gunakan pesakit.
Kami sediakan makanan dan minuman serta ubat hantar depan pintu bilik. Ketuk pintu dan tinggalkan. Semua komunikasi melalui whatsapp dan video call. Ana asingkan bekas makanan dan minuman suami. Tuhan sahaja yang tahu dalam hati ni sedih yang teramat bila isikan makanan suami dalam bekas makanan plastik dengan sudu garfu, mug yang asing. Tapi itu ikhtiar kami untuk mengelak anak-anak dari terkena jangkitan. Mop lantai dengan dettol dan pakaian suami ana cuci tangan dan tidak campur dalam mesin basuh. Tingkap dan sliding door semua buka luas untuk pengudaraan dan hanya guna kipas dan tidak on aircond sepanjang kuarantin.
Begitulah rutin kami setiap hari sehinggalah ana di hubungi PKP Gombak dan pada hari ke enam kuarantin 29hb Mei 2021 seorang pegawai kesihatan datang ke rumah bertanya status kesihatan suami dan kami bertiga. Hari ke enam kami dipakaikan gelang merah kecuali suami kerana dia berada di dalam bilik kuarantin.
Walaupun tanpa gelang, kami tidak langsung keluar kerana tahu akan tanggung jawab dan tidak akan merisiko kan orang lain. Syukur Alhamdulillah di kurniakan jiran yang baik-baik semuanya. Merekalah yang membantu membeli barang keperluan harian jika terputus itu pun secara contactless semuanya. Selebihnya kami beli secara online dan food panda.
Masyaa Allah tak terkata ucapan terima kasih pada jiran-jiran yang tak putus-putus menghantar makanan , buah-buahan , ada sahaja bergantung di pagar rumah dan depa akan pm suh ambil. Boleh katakan setiap hari ada sahaja rezeki, yang guna pos, food panda, lala move dan macam-macam. Termasuklah kiriman makanan kucing dari rakan blogger /youtuber Eny Yusnizar.
1hb Jun 2021, hari ke 9 suami kuarantin, ana menerima SMS dari PKD Gombak yang menyuruh ana dan anak-anak ke KK Rawang untuk swab test contact rapat. 2hb Jun 2021 ana dan anak-anak melakukan swab test PCR dan perlu menunggu 2 hari untuk result kami.
3hb Jun 2021, suami tamat tempoh kuarantin 10 hari dan menerima SMS dari PKD untuk ke KK Rawang dan dari penilaian doktor memintanya untuk datang semula pada hari ke 11 iaitu 4hb Jun 2021.
4hb Jun 2021, jam 9 pagi Alhamdulillah suami dapat surat pelepasan dan sekali lagi kami di ujiNya bila pada jam 9:30 pagi lebih kurang, ana dan anak-anak menerima SMS dari KKM. Result swab kami di mana anak-anak kekal negative tetapi ana pula positive. Belum berakhir episod kuarantin kami nampaknya.
Suami sampai rumah, kami bertukar tempat, suami pula tidur di bawah dan ana berkurung di dalam bilik utama. Ada hikmah di sebalik semua ini, kami bergilir di uji Allah swt. Semua urusan rumah sekarang di ambil alih oleh Kak Long dan ayahnya. Adik masih meneruskan pengajian online.
29 Comments
besar sungguh dugaan akak dan family, untung jiran-jiran kawan terdekat sangat membantu ya kak...skrg ni masih ada rasa sakit-sakit lagi tak kak? sebab kawan pejabat dana yang kene bulan 6 aritu sampai skrg ni katanya masih kurang deria bau dan rasa, kadang badan rasa sakit-sakit.
ReplyDeleteapa pun, moga akak sekeluarga terus sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah, moga kita semua terhindar dari terkena covid.
cuma rasa cepat penat Dana, lain-lain dah okay alhamdulillah .. aamiin in shaa allah dana pun jaga diri naa :)
DeleteYa Allah Kak Ana kena waktu adik bongsu kena juga. Dia duduk Rawang juga. Dia sekeluarga kena Covid cuma anak sulung yang tidak kena. Memang susah sebab anak sulung baru 4 tahun kena asing daripada orang lain.
ReplyDeleteAlhamdulillah sudah sihat.
Elok cerita pengalaman untuk panduan. Adik bongsu saya memang doktor jadi senang sedikit, dia tahu ubat apa kena makan dan boleh awasi keadaan.
Eh silap anak sulung umur 5 tahun.
DeleteAlhamdulillah NA, betul bukan mudah kalau nak asing dalam rumah sendiri, kondisi rumah berbeza kan. syukur semua nya di berikanNya kesembuhan..
DeleteSaya pun masih kuarantin di rumah kerana kilang tempat bekerja ramai yang dijangkiti. Risau tapi tak boleh buat apa. Semoga dilindungi...
ReplyDeletebetul eyma, kita keluar kerana mencari rezeki dan terdedah pada risiko, semoga kita semua sentiasa di dalam perlindunganNya jua, aamiin in shaa allah
DeleteAlhamdulillah. K.Ana sekeluarga telah kembali pulih. Allah uji kerana Dia tahu K.Ana mampu hadapi. Wallahualam
ReplyDeleteAlhamdulillah Mrs A
DeleteSyukur semua sudah kembali seperti sediakala. Allahu. Bersyukur dikelilingi insan yang baik-baik kan kak.
ReplyDeletesyukur sangat PC Alhamdulillah
DeleteAturan Allah itu yang terbaik. JIran ammi pun mcm kak ana juga. Lepas suami bebas covid, dia pula kena. At least ada yg boleh tengok anak-anak dirumah. Anak-anak masih kecil
ReplyDeleteitulah yang amat kak ana syukuri, Dia menguji semampu kita aami, syukur atas segala yang di permudahkanNya jua
DeleteMaaf. tak tahu Kak Ana sekeluarga diuji dgn Covid. Apapun, alhamdulillah syukur semuanya dah selamat.
ReplyDeleteTake care Kak Ana.
Tak apa PH, alhamdulillah.. jaga diri baik2 naa , semoga PH sekeluarga sentiasa di dalam perindungan Allah swt, aamin
DeleteAlhamdulillah kak ana sekeluarga bebas covid. sebak miza baca semasa di uji Allah hantar ramai orang yang baik hatinya
ReplyDeleteMiza dua kali di uji Nya kan.. Allahu Alhamdulillah Miza sekeluarga pun sihat sedia kala
DeleteYa Allah!
ReplyDeleteSaya turut membayangkan situasi kena kuarantin di dalam bilik! Besar sungguh dugaan yang ditanggung. Syukur Alhamdulillah, dapat jiran yang baik, dapat pertolongan yang diperlukan dan Allah permudahkan segala urusan sehingga sembuh.
Sudah tentu peristiwa yang menimpa keluarga Ana tidak akan dapat dilupakan.
Alhamdulillah amie, atas segala yang di permudahkanNya , jaga diri naa
DeleteAlhamdulillah selamat semua mampu menjalani ujian-Nya yg getir reda n bertawakal
ReplyDeleteterima kasih kak, syukur ya amat sangat
DeleteAlhamdulillah syukur...
ReplyDeleteNieyl pun akhir julai husband, mak mertua, adik ipar dan anak buah positif...Tak tahu nak ckp mcm mana perasaan ketika itu, apa2 pun Alhamdulillah semuanya kembali sihat, kecuali arwah mak mertua nieyl Allah lebih menyayangi dia...Al fatihah
Innalillahi wainna ilaihirojiun.. salam takziah Nieyl dan alhamdulillah yang lain di berikanNya kesembuhan..
DeleteAllahu besar ujian kak ana sekeluarga. alhamdulillah semua dah berlalu semoga keluarga kak ana sentiasa dilindungi. selain dari sakit fizikal, mental pun erlu dijaga kan
ReplyDeleteAlhamdulillah mama, kami sekeluarga redha dengan ujian ini, in shaa allah
DeleteAssalamualaikum k.ana… betul k.ana.. kun fa ya kun… bersyukur semuanya dipermudahkan.. semoga k.ana sekeluarga sihat walafiat… dan dipelihara olehNya selalu… teruskan jaga diri…
ReplyDeletewaalaikumsalam Sha, aamiin in shaa allah
DeleteAlhamdulillah.. Kak Ana & family dah sembuh. Kadang rasa macam tak percaya kan kak. Dalam kita berdoa supaya terhindar dari jangkitan, tapi kena juga. Memang Insan terpilih untuk Allah uji. Saya pon rasa bertuah sangat kak, sebab simptom saya pon teruk juga. Tapi masih boleh handle bila fikir kan anak-anak. Paling tak sangka bila husband dah tahap 4 & alhamdulillah survived. Semoga kita semua sentiasa di bawah lindunganNYA. Take care kak Ana.
ReplyDeletealhamdulillah fiza, betul kadang-kadang kita sebagai ibu dan isteri ni kena kuat sangat bile di ujia seperti ini, apapun syukur alhamdulillah kak ana dan fiza sekeluarga diberikanNya kesembuhan jua..
Delete