Pernah kak ana terbitkan sebuah entri di SINIbila mula-mula kak ana kenal daun chaya atau pokok ajinomoto ni. Waktu tu pokok chaya ni pemberian arwah mak kak ana, kami bawa balik dari kampung dan tanam di belakang rumah.
Arwah mak kak ana kata daun ubi brazil, rupa daun ni seakan daun betik tapi batangnya lebih kurang batang pucuk ubi kayu. Untuk dapatkan kepastian, kak ana cari info di internet sama ada selamat kah pokok ini di makan? Apakah nama sebenar pokok ni?
Dan terjumpalah beberapa info bahawa pokok ni ada khasiatnya tersendiri, selamat di makan dan dikenali dengan nama pokok chaya, ada yang panggil daun ajinomoto, bayam surya dan pelbagailah.
Kami sendiri dah dua tiga kali masak dan makan pucuk daun chaya ni, sama ada celur buat ulam cicah sambal atau pun kak ana masak kan sebagai gulai lemak atau masak lemak. Alhamdulillah tidaklah memudaratkan, sedap rasanya.
Resepi masak lemak daun chaya atau daun ajinomoto
Cuma kak ana akan celur terlebih dahulu pucuk daun chaya ni kerana batangnya agak keras dan kak ana ikut cara arwah mak masak, kalau daun hijau-hijau ni ia ada bau klorofil yang tingggi, kan, jadi lebih elok celur dahulu sebelum masak . Ada sesetengah orang alah makan dan boleh jadi pening kepala.
Sama macam masak pucuk ubi, pucuk manis kak ana celur dahulu kemudian baharu lah di masak sebagai gulai lemak. Jom kak ana kongsikan resepi masak lemak daun chaya atau daun ajinomoto, ikut versi kak ana yang sangat simple dan In Syaa Allah sedap..
Boleh juga tonton video masak lemak daun chaya atau daun ajinomoto ni atau nak lihat bagaimana rupa daun chaya atau pokok ajinomoto ,di atas. Bahan-bahan yang kak ana gunakan :
Daun chaya - petik pucuk muda sahaja, hati-hati sebab pucuknya batang bergetah naa..
Santan kelapa pekat
1 ulas bawang merah
2 biji cili merah atau cili api ikut kepedasan masing-masing
segengam ikan bilis
Serbuk kunyit atau kunyit hidup untuk warna kuning kuah
garam secukup rasa
Cara masak daun chaya atau daun ajinomoto
1. Petik pucuk daun chaya, bilas bersih dan celur dalam air hingga lembut dan mendidih.
2. Tumbuk bawang merah, cili merah dan ikan bilis.
3. Hiris halus daun chaya yang di celur dan masukkan ke dalam periuk.
4. Satukan dengan bahan tumbuk dan serbuk kunyit. Sikit cukup jangan banyak nanti pahit.
5. Masukkan santan dan didihkan atas api perlahan. Kacau selalu supaya tak pecah minyak atau meruap.
6. Rasakan dengan garam secukupnya dan matikan api bila dah dua kali didih.
Selamat mencuba.. sedap rasanya lemak-lemak manis. Makan dengan nasi dan sambal pun enak dah nii.. Cuba naa kalau terjumpa daun chaya ata daun ajinomoto nanti.
Saya pernah jumpa pokok ajinomoto di hutan Pensiangan. Tapi tidaklah dijadikan sayur. Tumbuk sehelai daunnya, dan masukkan ke dalam masakan berkuah seperti masakan sup. Rasanya sama seperti perasa ajinomoto. Mereka panggil daun apa'.
Segala yang terkandung di dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Butiran dan informasi yang tercatat adalah pada waktu dan tarikh entri di terbitkan. Perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan .
2 Comments
Saya pernah jumpa pokok ajinomoto di hutan Pensiangan. Tapi tidaklah dijadikan sayur. Tumbuk sehelai daunnya, dan masukkan ke dalam masakan berkuah seperti masakan sup. Rasanya sama seperti perasa ajinomoto. Mereka panggil daun apa'.
ReplyDeletewahh ada erk nama daun ajinomoto., wak ingtkan perisa ajinomoto tu je., ;p
ReplyDelete