Berpegang pada kalimah Hasbunallah Wanikmal Wakil , namun sebagai hambaNya jua, kita di ajar untuk berikhtiar untuk menjauhi daripada segala keburukan. Atas nama dan niat untuk menjaga keselamatan dan kesihatan diri dan insan-insan tersayang, maka ana terima untuk mendapatkan suntikan vaksin yang di yakini dapat mengurangkan risiko sekiranya berhadapan dengan ujian wabak ini.

Vaksin ini bukanlah ubat atau jaminan untuk tidak mendapat jangkitan, namun hasil penyelidikan mereka yang pakar dalam bidangnya dan di perakui juga oleh mereka yang arif dalam hukumnya, ia sebagai imuniti dalam tubuh dan dapat mengurangkan risiko parah sekiranya terjadi. Rujuklah mana-mana laman dan portal yang di iktiraf untuk butiran yang lebih lengkap.



Suntikan vaksin di PPV Le Garden Pavilion, Gamuda Garden


Apa yang ana nak kongsikan di sini adalah coretan pengalaman ana mendapatkan vaksin di PPV Le Garden Pavilion, Gamuda Garden , Rawang dua hari lepas. Mana lah tahu ada yang sedang tercari info di mana lokasi Gamuda Garden ni, mungkin terjumpa entri ini dan dapat membantu korang. 

Bila ana dan suami di ujiNya dengan covid 19 dua bulan lepas, waktu itu suami telah pun mendapat suntikan dose pertama vaksin. Kemudian kami menjalani kuarantin di rumah selama 20 hari ( 10 hari suami & 10 hari ana ) sebelum mendapat pelepasan dari CAC PKD Gombak. Waktu itu arahan dari KKM menyatakan bekas pesakit Covid hanya boleh mendapatkan vaksin selepas 3 bulan dari pelepasan.


PPV Gamuda Garden


Namun Alhamdulillah, baru-baru ini telah pun di nyatakan bekas pesakit covid tidak perlu lagi menunggu 3 bulan dan boleh terus mendapatkan suntikan vaksin selepas pelepasan. Suami telah pun melengkapkan dose suntikannya , kemudian Adik pula dapat tarikh dan mendapat dose pertama. Cuma ana dan Kak Long masih belum dapat apa-apa notifikasi dari My Sejahtera sehinggalah minggu lepas kami berdua terima SMS dan kemudian check di My Sejahtera dan mendapat tarikh temujanji dose pertama.


ppv gamuda garden


Dipaparkan tarikh kami pada 1hb Ogos 2021 , pada jam 19:30 malam di Gamuda Garden, Gombak dengan lokasi Le Garden Pavilion, Gamuda Garden, Persiaran Gamuda Gardens 1. Alhamdulillah, kami memang biasa dengan lokasi ini dan tidak berapa jauh dari kediaman. 

Kalau dari Bandar Rawang atau Bandar Country Homes, paling dekat ialah menggunakan laluan hala ke Kuang. Atau boleh juga di akses melalui exit tol PLUS Gamuda Garden terus akan sampai ke pintu masuk Gamuda Garden, sebuah residensi perumahan baharu yang cantik dan berkonsepkan taman. Korang waze je In Shaa Allah sampai.




Jika sebelum pendamik dahulu, ana sekeluarga kerap juga ke sini untuk riadah dan bergambar. Memang cun lokasi ni, jadi kalau korang dapat lokasi vaksin di sini nanti bolehlah nak ber ootd sekitar taman , alang-alang dah dapat keluar waktu PKP ni kan, lama dah tak ber ootd ye dak. Apapun jagalah SOP naa, pakai double face mask, sanitized tangan selalu dan jaga jarak. Mudah-mudahan kita semua di lindungi Nya selepas berikhtiar mengelak.


ppv vaksin gamuda garden


Memandangkan waktu temujanji ana dan Kak Long pada waktu Maghrib, kami keluar awal dengan harapan dapat di percepatkan. Jam 5:30 kami dah keluar dan Alhamdulillah sampai di sana, petugas terus minta kami daftar masuk dengan prosedur step by step yang di awasi dan tidak sampai 1/2 jam selesai mendapat suntikan .Rezeki kami tidak ramai orang waktu itu.

Ada 3 photo booth di sediakan di sini untuk korang bergambar. Ana dan Kak Long agak selamat kerana kami berdua boleh bergilir mengambil gambar. Cuma kalau sorang-sorang tu risau juga nak minta orang lain ambilkan gambar dengan menyerahkan telefon. Kalau nak juga tu jangan lupa sanitized tangan dan phone korang naa.. Tak pun korang selfie je berlatar belakangkan props photo booth atau di sekitar taman , baru lah unik , lain dari yang biasa.

Video Reel sekitar PPV Le Garden Pavilion, di


Update! Dari komen dan nampak keywords yang masuk ke entri ini, adalah pertanyaan vaksin jenis apa kah yang ana terima di PPV Gamuda Garden ini? Awalnya ana tak tulis pun sebab ana tak kisah jenis apa pun vaksinnya dan bukan kita boleh memilih ye tak ? Pada hari ana di suntik, ana menerima vaksin Sinovac . 

Semoga usaha kita semua ini mendapat keredhaanNya dan atas niat ikhtiar ini mampu merubah dan mengembalikan kehidupan kita kepada yang normal tidak lama lagi. Tiada siapa yang mampu menjaga diri kita dan keluarga kita waktu ini selain memohon perlindunganNya dan berusaha mengelak. Yang baik semua dari Allah swt dan yang alpa itu adalah kerana kekerdilan kita sebagai hambaNya yang tidak pernah sempurna.


16 Comments

  1. Alhamdulilah ana.. Semoga kita semua sentiasa dilindungi dr penyakit berbahaya...

    ReplyDelete
  2. ALHAMDULILLAH MOGA MAKIN YAKIN MENIKMATI INDAHNYA DUNIA

    ReplyDelete
  3. Sinovac atau astrazeneca atau Pfizer kat ppv gamuda? Cerita la bagi abis

    ReplyDelete
    Replies
    1. sinovac semasa saya dapatkannya, saya tak pasti sama ada sama untuk semua akan datang sb tu saya tak kongsikan perkara di luar pengetahuan saya, mungkin bila turn u di tukar vaksin lain mana tahu kan ?

      Delete
  4. Kalau saya first dose kat klcc, boleh ke second dose kat sini ya.. Mohon pencerahan

    ReplyDelete
  5. gamuda boleh walk in ke ? pukul brpa walk in ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ppv gamuda dah tutup rasanya, sila rujuk ppv centre untuk lebih info sahih :)

      Delete
  6. salam
    Saye nak tanye saye blm vaksin lgi sebab blm lgi temu janji sdari tgl 26 julai tpi blm skrng dipanggil.
    Dsni masih buka ke tak buat nak vaksin

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, kalau tak silap saya dah tutup PPV Gamuda ni, sila hubungi PPV Centre untuk keterangan lanjut mengenai vaksin , ye :)

      Delete