Sebelum ni pun ada jer pokok keladi kat rumah ni, tapi tak lah ana jadikan koleksi. Pokok keladi sekarang ni memang tengah viral jadi buruan ramai, hingga kan cecah harga ratusan ringgit pun ada. Macam selalu lah , ana ni bukan lah pemburu koleksi pokok-pokok viral , rasa macam tak mampu nak ikut trend terkini. 

Pada ana menanam bunga hiasan di laman dan tanaman ni sekadar suka-suka dan terapi sahaja. Yang mampu ana beli, sekadar yang murah-murah selalunya. Risau juga beli mahal-mahal tak hidup mau menangis tak berlagu kata mak ana hehe :) 


Rak bunga kayu pallet


Kalau sebelum ni pokok keladi ana semuanya yang  ana ambil dari kampung sekitar rumah arwah tok di Teluk Intan. Keladi askar tu tumbuh meliar je sekitar belakang rumah arwah tok. Bak kata mak saudara ana, keladi belakang jamban jer tu 😊😊. Ada lah 3-4 pasu dah besar-besar pun. Ada monstera dan beberapa lagi keladi kampung yang dah lama ana bela. 

Tapi baru-baru ni dalam 2 bulan lepas, Kak Long surprised kan ibunya dengan beli 2 pokok keladi dari Shopee. Elok je selamat sampai walaupun di pos tak rosak pokoknya. Kak Long beli masa tengah PKP 3.0 hari tu, dia nampak ibu dah boring agaknya dengan koleksi pokok yang ada, nak keluar pun tak ke mana, jadi dia belikan 2 pokok keladi. 

Ana susun depan porch bersama pokok keladi yang lama, kemudian jiran kami Ida pula hadiah kan 2 pokok keladi viral. Keladi Black Magic dan Tea Cup katanya. Lawa juga Black Magic tu hitam berbelang daunnya, kalau bela elok-elok akan jadi besar kata Ida. Yang tea cup tu dia bentuk macam cawan , cuma masih kecil lagi, mudah-mudahan akan membesar dengan jayanya, aamiin. 


rak bunga kayu pallet


Bila dah ada koleksi keladi ni kenalah ada tempat nak letak, ye tak ? Terfikir nak carikan rak bertingkat untuk koleksi keladi ana ni. Jiran ana, Abang Yaya suruh beli rak besi biru kat Shopee, tapi ana tak minat pula nampak macam tak kena dengan ruang depan rumah ana ni. Ana suka kayu untuk dekorasi dalam dan luar rumah. Kalau besi cat putih tu lawa lah juga kan.

Rak bunga kayu pallet


Teringat sepupu ana Intan, suaminya pandai dalam bertukang perabot dari kayu pallet. Ana pun sesaja lah tunjuk gambar nak tempah rak bunga keladi ana ni. Kata Salleh suami Intan, "senang sangat aih kak kalau gini. Kira onz je lah", katanya. 

Dalam beberapa minggu siaplah rak keladi pallet ana. Ana ingat nak pii ambik sebab dah masuk fasa 2 ni, dah boleh rentas daerah. Tapi depa yang nak hantar sendiri sebab kebetulan nak ke Aeon yang tak jauh dari rumah ana ni. 


Rak bunga kayu pallet


Tadaaa!! Inilah dia rak pokok keladi kayu pallet yang ana tempah dengan Salleh Woodwork. Kemas cantik dan kukuh sangat. Memang ana yang minta Salleh buat 2 tingkat sahaja sebab bawah tu boleh jer ana letak atas tiles di porch. 

Salleh tanya nak varnish gelap ke terang, ana pilih gelap nak sama kan dengan kerusi di ruang parkir tu. Dan bila dah susun koleksi keladi ana, nampak cantik dan kemas, Alhamdulillah. Cuma pasu tu tak senada sebab ana beli sikit-sikit. Dan pokok keladi pun dah bertambah sedikit demi sedikit. Satu ana beli dari kawan suami yang berniaga pokok hujung minggu, merah keladi banyak cabang dah , dia jual RM25. 

Dua lagi ana beli dari nurseri Abang Isa di Kampung Melayu Sungai Bakap tak jauh dari kediaman, cuma RM10 sepasu dan satu lagi Intan yang hadiahkan waktu depa mai anta rak tu , Alhamdulillah rezeki... 

Kalau korang berminat nak tempah rak bunga atau perabot kayu pallet sekitar Selangor ni boleh lah whatsapp Intan di 012 6216370 . Pelbagai perabot pallet yang boleh di tempah mengikut permintaan masing-masing. 


8 Comments

  1. cantik keladi ni kak, pelbagai warna bentuk ada sekarang ni... geram kadang nengok cuma itulah dana minat tengok tak minat bela sebab dah ada pokok berduri kat rumah hehehe..

    ReplyDelete
  2. haritu adik ammi pun buatkan rak bunga untuk arwah mama (dari kayu katil)..tp tak sempat mama nak tengok hasil.

    bila dah siap adik tak sampai nak biarkan rak tu kat depan porch rumah sbb terbayang2 muka mama..jadi dia pun hantarlah rak tu ke rumah along ammi (nasib rumah along belakang lorong je)

    ReplyDelete
  3. Cantikkk 😘😘
    Ahaaa pokok keladi la nie memang jadian buruan 👆👆

    ReplyDelete
  4. Cantik dan sesuai sangat kak. Cute dan ngam.

    ReplyDelete
  5. cantik rak susun bunga keladi pelbagai warna n bentuk

    ReplyDelete
  6. Cantik rak. Nampak la kemas tersusun pasu2 keladi tu

    ReplyDelete
  7. Tengah viral ke pokok keladi ni Ana? Nampaknya hakak ketinggalan zaman lah ek hihi… cantiknya halaman rumah… kemas!

    ReplyDelete
  8. cantik dan sejuk je mata memandang

    ReplyDelete