Tahu sahaja ada aiskrim bunga ros warna pink, Kak Long lah orang yang paling excited nak cuba. Budak yang obses sangat dengan warna pink sampaikan apa sahaja menu viral dengan warna pink semua dia nak. Sampai kan kalau ada minuman warna pink pun dia akan order walau pun dah boleh agak dah pasti lah rasa strawberri atau bandung ye tak .. 

Kali ini dapat tahu dari Instagram ada nya aiskrim Cornetto bentuk bunga ros berwarna pink. Sibuk suruh ibu beli kan. Mujur lah ada jual di Speedmart 99 di sekitar kediaman kami ni sahaja. Beli lah dua ketul untuk dia dan ana pun nak try sendiri. Sedap ke aiskrim Cornetto ros ni atau sekadar cantik sahaja?

aiskrim Wall's Cornetto Love Rose Peach

 

Aiskrim Wall's Cornetto Love Rose Peach  


Cantik tak korang aiskrim Wall's Cornetto Love Rose Peach ni? Sama macam bunga ros kat belakang tu kan.. Bila buka balutannya memang cantik sangat aiskrim berbentuk sekuntum bunga ros pink. Nama nya aiskrim Wall's Cornetto Love Rose Peach . 

Harganya cuma RM3.50 sahaja dan korang boleh je dapatkannya dari mana-mana pasaraya atau kedai yang ada peti aiskrim Wall's. Tak pasti ianya limited edition atau memang akan sentiasa ada, kalau berkenan pii laa cari naa. 


aiskrim Wall's Cornetto Love Rose Peach


Rasa dia ada lah rasa ala-ala bandung laici walaupun di tulis ianya perisa buah peach. Sebab ada macam krim susu tu agaknya dia rasa bandung sikit-sikit dan masam-masam manis macam rasa buah laici. Sedap juga lah cuma ia pada bahagian atas sahaja, bawah tu rasa vanila dan hujung nya ada lah wafer coklat sama macam aiskrim cornetto biasa. 

Sedap juga lah dan sangat cantik. Tapi kena ngap cepat-cepat sebab dah aiskrim tentulah cepat cair kan.. Okay lah itu sahaja nak kongsi dengan korang kali ini.. Jaga diri baik-baik naa...

12 Comments

  1. mesti sedap rasanya bentuknya pun cantik

    ReplyDelete
  2. ramai dah cuba, kita jelah belum dapat beli lagi... tengok rupa dia pun cantik nya

    ReplyDelete
  3. sedap saya suka... tapi makan sekali cukuplah... belum lagi nak hantar kaki gi potong

    ReplyDelete
  4. Saya suka aiskrim Cornetto Love Rose ni. Memang sedap dan cantik.

    ReplyDelete
  5. Cantiknya ais krim akak. CP punya terpenyek.. tak cantik macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. CP kena cari yang bungkusan bahagian atas tu masih cun in shaa allah cun isi aiskrim nya nanti hehe :)

      Delete
  6. Boleh bayang rasa bagaimana. Terima kasih beritahu.

    ReplyDelete