Lama sungguh laa teringin nak makan dan merasai sendiri Sambal Nyet Berapi Khairul Aming ni.. Dari awal-awal dia jual di Shopee anak-anak dah cuba banyak kali nak beli tapi selalu keciwa sebab laju benar dah Sold Out! Kak ana ni peminat dan follower tegar dak Khairul Aming ni, selalu je cuba resepi-resepi beliau dan selalu menjadi dan sedap.

Jadi teringin benar lah nak merasa sendiri resepi dari anak muda yang sangat berbakat ini. Pernah satu waktu tu, cakap dengan anak-anak, ibu ni dari sihat kemudian di ujiNya positif Covid, Alhamdulillah di berikanNya kesembuhan semula ,tapi belum juga dapat merasa Sambal Nyet Berapi Khairul Aming, haa sampai cam tu sekali dah kempunan, adoi...


Sambal Nyet Berapi Khairul Aming

Sambal Nyet Berapi Khairul Aming


Kalau dah rezeki kata orang tak kan ke mana ye dak . Beberapa minggu lepas, kebetulan Adik Ika saja-saja masuk Shopee kedai Sambal Nyet Berapi Khairul Aming , rupanya ada slot pre-order. Adik pun saja-saja try proceed dan sampai lah ke payment, berjaya lah place order sebotol Sambal Nyet Berapi Khairul Aming. 

Kan main seronok dia bagitau ibu dia dah dapat beli pre order. Adik bagitau dalam beberapa hari baru akan terima, tak kisahlah kan, janji dapat merasa nanti. Korang tahu tak, lepas jer Adik dapat beli buka semula dah Sold Out , mak aii!! Betul-betul rezeki Adik.


Sambal Nyet Berapi Khairul Aming


Sedap ke Sambal Nyet Berapi Khairul Aming 


Tak sampai seminggu pun Alhamdulillah sampai lah sebotol Sambal Nyet Berapi Khairul Aming di tangan Kak ana. Erm.. happy sangat lah berjaya juga akhirnya. Kami pun try lah makan dan nak review lah kat sini dari pendapat peribadi Kak ana tentang sambal viral no 1 di Malaysia ni..Sedap ke idak ?

Jujurnya.. kalau korang pembaca setia blog dan pengikut di sosial media kak ana, tak pernah atau seingat kak ana belum pernah lah nak update benda-benda yang tak kena dengan selera, kan. Selalunya kalau sedap, best , kak ana akan review, tapi kalau kurang pada kak ana, mungkin selera kita berbeza, sedap pada kita tak sedap pada orang lain. Haa gituew.. 


Sambal Nyet Berapi Khairul Aming

Kak ana makan Sambal Nyet Berapi Khairul Aming ni dengan nasi kosong dan ikan goreng sahaja sebab nak rasa sambal itu sendiri. Pertama nya kak ana boleh katakan ianya sedap pada selera kak ana. Kena lah dengan selera kami sekeluarga cuma suami tak berapa tahan pedas, jadi dia tak boleh nak makan sangat. 

Pedas sangat tu tidak juga, boleh di terima oleh selera kak ana yang juga tidak begitu tahan pedas ni sebab kak ana pengidap gastrik. Tapi sambal ni kak ana masih boleh nikmatinya. Bahan tumisannya di masak sempurna dan yang penting cili tu cukup masak dan taklah berkuahkan minyak. Terbaik bab ini..

Rasa dia lebih kurang rasa makan sambal gesek, gitu. Cuma tidak ada rasa masam atau rasa belacan yang kuat, Sedang molek je semua citarasa sambal ni. Sambal ini juga hanyalah basic sambal sahaja tidak ada ikan bilis atau apa-apa bahan lain, Kalau nak jadikan pes sambal tumis pun sedap juga, tapi sayang lah kan. 

Secara keseluruhannya pada penilaian selera kak ana boleh bagi 8/10 lah untuk Sambal Nyet Berapi Khairul Aming. Sedap di makan, punya sayang kami makan sikit-sikit je nak dapat kan merasa lama sambal ni. Adik Ika lah yang paling kerap makan, dia makan dengan mee segera lah, makan dengan mee goreng lah, mihun goreng.. memang sedap.

Korang yang belum pernah merasa tu, pii laa try beli di Shopee naa, kat official store Khairul Aming tu. Kalau nasib baik dapat lah sebotol nanti dan cuba sendiri.. Semoga bermanfaat, In Shaa Allah. 

20 Comments

  1. Om nak beli sampai ke sudah tak dapat-dapat. Nanti Om nak try beli lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye om kak ana pun berjanggut baru dapat huhu :)

      Delete
  2. Laku keras sambalnya ye Kak Ana. ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la PH memang rezeki nak merasa sambal ni :)

      Delete
  3. Ramai yang cakap sambal ni selalu sold out. Tapi kalau dah rezeki, dapatlah merasa.

    ReplyDelete
  4. dana nak beli selalu sold out sampai naik nyampah nak cuba beli hahahaha... harapnya nnti makin reda dan boleh juga merasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la dana, tak tahu rezeki agaknya tiba-tiba dapat sebotol dengan pre order :)

      Delete
  5. Alhamdulillah. Dapat beli juga ya kak.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah…lepaslah rasa teringin tu ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah lepas dah ngidam ujie hehe :)

      Delete
  7. Sedap memang sedap tapi pedas giler...SA x tahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh.. SA pun tak leh tahan kepedasan sambal nyet ni ye :)

      Delete
  8. SEDAP TU RUGI XDPT RASA SBB XTAHAN PEDAS

    ReplyDelete
  9. Naim tak pernah mencuba lagi tapi banyak review kata memang sedap. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena try sendiri naim mana tahu kena dengan selera naim :)

      Delete