Ramai yang mengeluh bila harga barang boleh di katakan majoriti nya naik kebelakangan ini. Mana tidaknya, ramai di antara kita yang baru sahaja nak kembali kepada rentak kehidupan sedia kala dalam masa yang sama masih berjaga-jaga kerana pendamik masih aktif. 

Paling terkesan adalah apabila harga bahan makanan dan masakan naik melambung, bagaikan tiada kawalan lagi dah. Pelik juga, kebelakangan ini umpama tidak ada pemantauan atau solusi oleh pihak berwajib dalam menangani isu kenaikan harga khasnya produk makanan. 


pokok ulam raja

Nak ulas panjang pun, bukan bidang kak ana lah nak bercerita di mana silapnya, namun sebagai marhein dan rakyat tanahair ini, perlu juga menyuarakan pendapat dan pandangan, mudah-mudahan pihak yang di pertanggung jawabkan ambillah apa-apa tindakan dan carilah solusi untuk kesejahteraan hidup rakyat dari pelbagai lapisan ekonomi untuk meneruskan kesinambungan kehidupan. 


pokok kacang botol


Bila harga bahan mentah naik, mustahillah peniaga produk makanan untuk menstabilkan harga makanan siap ye dak? Bagaimana nak buat pusingan modal dan menjana keuntungan dalam perniagaan dan pastilah pembeli juga turut menanggung kesan dari kenaikan harga ini. Allahu.. risau bila sampai suatu masa nanti, nak makan pun di luar kemampuan.. Nauzubillah.. 

Ulam ganti sayuran 

Untuk yang tinggal di kawasan bertanah ni adalah kelebihan sedikit yang di pinjamkanNya untuk bercucuk tanam. Namun kalau ada keinginan tu, tinggal di rumah bertingkat pun masih boleh menanam. Kak ana dahulu pun tinggal di apartment pun masih bertanam di ruang balkoni dalam pasu. 


pokok belimbing buluh


Sekarang ni rezeki sangat bila dah berusia ni dapat tinggal di kediaman bertanah, walau tak luas mana sekangkang kera belakang rumah tu , kak ana manfaat kan juga dengan tanaman keperluan harian seperti serai, kunyit, halia, lengkuas, kantan, limau purut, limau kasturi, pokok pandan dan sebagainya.

Bukan apa, kak ana ni malas nak keluar ke kedai selalu, beli stok lauk dan sayur pun seminggu dua kali sahaja. Jadi sejak pindah sampailah ke hari ini, Alhamdulillah setakad nak makan sekeluarga dan keperluan jiran-jiran tu lepaslah bahan-bahan masakan petik-petik belakang rumah ni. 


daun bawang

Namun, ada yang menjadi, malahan tanaman jenis kekal, dan ada juga yang kecundang, khasnya daun kesum, kejap sangat hidup subur bila sampai satu tahap ia mula kering dan mati. Ia lah, kak ana tanam suka-suka sahaja, bukan ada ilmu dan khusus sangat pun. Ikut dan dan ikut mood je , maklumlah badan pun kian tak bertenaga sangat , faktor usia lah katakan...


pokok ulam selum

Tapi bila menjadi tu rasa syukur dan seronok sangat. Macam sekarang ni lah, memandangkan harga sayuran tinggi, kak ana gantikannya dengan makan ulam-ulaman. Pokok ulam ni mudah nak hidup dan cepat untuk di tuai hasilnya berbanding pokok sayuran. 

Macam pokok ulam raja, ulam selom ni, beli tanam dah boleh terus makan . Lagi selalu kita petik lagi banyak ia bercambah pucuk baharu. Nak tanam pun mudah, kalau daun selom ni guna keratan batang dan kalau pokok ulam raja, biarkan ia berbunga dan dari biji benih bunga tu dapatlah anak pokoknya. 


pokok limau purut


Untuk pokok kacang botol tu , kak ana tanam dari semaian biji benih, jadi makan masa juga lah nak dapatkan hasilnya. Kak ana biarkan sahaja ia menjalar pada pagar belakang rumah, seronok tengok bila ia bergayutan berbuah. Nanti simpan lah satu dua buah nya hingga tua di pokok dan jadikannya benih semula. 


pokok bayam brazil

Paling senang nak tanam, nii.. pokok bayam brazil. Lama sungguh benihnya bertahan. Bertahun dah rasanya kak ana tanam. Lepas tuai untuk ulam atau masakan, korang patahkan sahaja dahan dan cucuk pada tanah. In Shaa Allah naik lah sebagai pokok baharu dan tak akan mati benih..


pokok daun kesum

Apapun, perlu lah ada minat dalam bertanam ni. Kak ana ni mungkin lah sebab anak kampung, di besarkan pun di kampung jadi biasa dah main tanah dan tanaman ni. Ikut mak, kak ana suka bercucuk tanam. Di belakang rumah kak ana tanam pokok tanaman herba, pokok kegunaan masakan dan ulam serta sayur dan buah. 

Bukanlah pokok buah apapun, pokok betik, pokok mulberi,pokok rozel tu pun dah pupus. Pokok besar-besar tak boleh nak tanam sebab kawasan yang terhad dan dekat dengan rumah,risau kalau tak terkawal akan datang memudaratkan pula. Tanam pokok yang tak kekal sahaja lah dah memadai.


pokok kailan

Pernah juga tanam sayur macam sawi kecil, kailan dan kobis. Ada yang menjadi ada yang tidak. Pokok cili pun sama, jarang yang bertahan lama, entah di mana silapnya.. 


bunga limau kasturi

Bagi yang tak kenal, ini bunga limau nipis. Sekali tengok macam sama sahaja dengan bunga limau kasturi kat bawah tu , kan. 


pokok bunga telang

Ni pula pokok bunga telang. Memang meriah berbunga berwarna biru. Mudah sangat nak hidup cuma ia jenis memanjat. Jarang pun kak ana gunakan selalu berguguran je bunga nya. 


bunga limau kasturi

Cantik kan bunga limau kasturi, Alhamdulillah tak pernah putus pokoknya berbuah . Lepas lah nak buat basuh ikan atau jus limau kasturi kegunaan kami sekeluarga. 


bunga kantan

Bahan nak masak asam pedas atau laksa belakang rumah ni in shaa allah sentiasa ada. Serai, lengkuas, kunyit, daun kesum dan bunga kantan. Sediakan sahaja ikan dan laksanya serta asam keping ..



Begitulah kata orang berbudi pada tanah, adalah hasilnya jika di izin Allah swt. Seronok sangat bila dapat menuai hasil tanaman. Syukur atas segala nikmatNya.. jom korang,isi masa lapang kita bertanam. 

7 Comments

  1. best nengok semua tanaman akak ni, segar semuanya
    dana tak dapa nanam memcam rupa gini...
    tapi yelah bila ada masalah harga sayur semua naik, mmg membantu kalau boleh tanam sendiri di rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa kak ana tinggal area Dana dulu pun bertanam dalam pasu gak dana, cuaca sana sejuk subur je tanaman kan :)

      Delete
  2. bunga kantan tu kak, geram je tengok hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sedap kan buat ulam dan masuk dalam asam pedas ann :)

      Delete
  3. sejak naik keje, abis semua ulam aida.
    kucing berak dlm pasu.
    anak kucing main pondok2 dlm pasu :(
    aduhai sayang-sayang.
    time pkp dulu berjaga, puas makan.
    nak kena replant la, AJ.

    ReplyDelete