Keperluan dunia masa kini, dan pada kak ana salah satu ikhtiar sahaja dan selebihnya kepada Allah swt jua tempat kita berlindung dan mengharapkan pertolonganNya. Ini kali kedua kak ana mendapat notification dalam My Sejahtera untuk mengambil suntikan booster.

Kali pertama bulan lepas, kak ana tak pii, belum bersedia nak ambil bila baca banyak kesan selepas pengambilan booster ni. Yang agak merisau kan bila vaksin dose pertama dan kedua adalah Sinovac tapi majoriti booster pula adalah Pfizer. 


sakit tangan selepas ambil booster pfizer

Dari pembacaan di internet, ada kenyataan yang agak membimbangkan bila vaksin ini di campur dan memberikan kesan kepada kesihatan tubuh. Namun dari sudut lain pula sebaliknya, ia tidak memudaratkan. Berbelah bagi nak pii ambil atau tidak. 

Suami dan anak kata tunggu dahulu, nanti ada lah penggilan kedua atau pun kalau keperluan nanti boleh sahaja walk in. Lepas lah panggilan pertama, sempat bercuti ke Arte Mont Kiara dan sebagainya, maklumlah tarikh booster pertama tu sehari sebelum kami nak bercuti, risau juga buatnya demam, tak boleh check in, benda dah bayar huhu... itu yang sebenarnya yer:) 

Selang sebulan dapat sekali lagi notification di My Sejahtera. Kali ini rasa tak boleh nak ngelak lagi dah. Memikirkan beberapa faktor dan rasanya bagaikan satu keperluan untuk kak ana ambil booster ni, kak ana tawakal kepada Allah swt. 9hb Disember 2021 kak ana hadir ke Klinik SP Care, di kawasan kediaman ni sahaja untuk mendapatkan booster dose.

Sebelum di suntik, doktor ada menerangkan serba sedikit keperluan untuk pengambilan booster ni kepada kak ana. Cuma berdua sahaja giliran pada waktu tu, kak ana pii pun sorang-sorang drive sebab tak jauh dari rumah. Dari penerangan doktor, di nyatakannya bahawa penerima vaksin Sinovac ni imun nya turun selepas beberapa bulan dan bimbang tidak mampu melawan varian-varian virus yang baharu, kerana itu perlunya pengambilan booster.

Sama lah seperti apa yang kak ana baca di internet. Risiko dan keberkesanannya juga bergantung pada kekuatan imuniti tubuh seseorang, dan ia berbeza-beza tidak sama. Korang baca lah dari kenyataan-kenyataan mereka yang arif dalam bidang ini, kak ana bercerita dari apa yang kak ana faham sahaja,naa.

Kesan selepas ambil booster Pfizer


Selesai di suntik, kak ana drive ke rumah dan rehat. Pastikan korang dah makan sebelum pii booster dan jangan perut kosong, pun boleh memudaratkan. Petang tu masih okay lagi macam biasa, tapi lengan kiri bahagian yang di suntik dah mula rasa sakit.


Kesan selepas ambil booster Pfizer

Dari perkongsian sepupu-sepupu dalam group whatsapp yang dah kena booster ni, depa duk pesan suruh beli Panadol dan Panadol Extend siap-siap. Boleh di katakan semua yang dah booster akan mengalami sakit lengan dan ada yang demam.

Mula petang hingga lah ke malam dah mula rasa sakit pada tangan kiri. Dia rasa macam ada benda berat timpa atas tangan. Nak angkat tangan pun tak larat dah malam tu. Terus kak ana makan sebiji Pandol Extend. Tidur malam tu macam biasa, Alhamdulillah lena sampai subuh. 

Tapi bila bangun masih terasa sakit tangan dan badan macam nak demam. Check suhu masih normal. Kak ana makan juga sebiji Panadol biasa. Sempat kemas rumah masak sarapan, bersihkan kandang kucing pastu makin sakit tangan ni. Terus naik bilik dan baring.

Kak Long dengan Adik ada , depa lah masak makan tengahari, bagai. Memang tumbang gak seharian sampai suami balik kerja. Kak ana paksa diri makan juga sebab takut kalau perut kosong lain pula jadinya. Telan lagi sebiji Panadol Extend dan tertidur. 

Kiranya hari kedua selepas 24  jam pertama tu, memang kak ana kalah, sakit tangan sesangat rasanya. Tak seperti waktu vaksin dose pertama dan kedua tidak alami seperti ini. Alhamdulillah hari ke tiga tu dah beransur sihat. Tidak demam dan sakit tangan mulai ringan. 

Kebetulan ada urusan kerja di Damansara, dapat kak ana lunaskan hadir dan jenjalan sekejap. Syukur Alhamdulillah dah sihat sepenuhnya dari kesan booster ni. Dah seminggu selepas booster kesihatan kembali normal, tiada apa-apa kesan di rasakan.

Jadi pada yang akan ambil booster tu dari pengalaman kak ana, sediakan lah Panadol sekiranya demam dan Panadol Extend jika mengalami sakit tangan. Rehatkan diri dan yang penting makan dan minum air secukupnya, naa.. 

Kita hanya mampu berusha, semoga ianya baik-baik sahaja. Bukanlah kita bergantung pada booster atau vaksin, SOP perlu jaga juga untuk mengelakkan jangkitan. Covid ini benar.. Kak ana sendiri dah di ujiNya, dan ia sangat mengganggu emosi dan fizikal bila di takdirkan kita positive. Coretan pengalaman kak ana di SINI .

Kak ana sendiri telah kehilangan kawan baik dari sekolah rendah kerana Covid. Video call bersama arwah beberapa hari sebelum di tidurkan dan tidak bangun-bangun akhirnya, masih bermain  di fikiran. Begitu juga ramai kawan-kawan kak Ana kehilangan insan-insan tersayang kerana pendamik ni. Jadi jika ada sahaja cara dan kaedah untuk mencegah kita ikhtiarkan. Sama lah waktu kak ana dan suami positif Covid, apa sahaja petua yang disarankan kami cuba. 

Andai kata di takdirkan juga di uji dengan wabak, itu adalah di luar keupayaan kita sebagai hambaNya. Namun sejak program vaksinasi ni, keadaan semakin baik dan agak terkawal dari sebelum ni. Walaupun kes masih ada tetapi kes stage 4 & 5 tidak lah seramai dahulu, begitu juga dengan kematian yang jika sebelum ini, hampir setiap hari lalu di wall FB berita sedih rakan-rakan dan saudara mara. Sebagai hambaNya kita tahu, mati itu pasti, dan kematian atas 1001 asbab. Waallahu a'lam.. Kak ana selalu berpegang pada kalimah Hasbunallah wanikmalwakil.. 

12 Comments

  1. Replies
    1. alhamdulillah dah sihat sepenuhnya Kolin dan pii event lepas 3 hari huhu :)

      Delete
  2. Replies
    1. alhamdulillah sihat selepas hari ke 3 Syaz :)

      Delete
  3. Alhamdulillah. Betuk kak, ini usaha kita. Selebihnya tawakal padaNYA.

    ReplyDelete
  4. Semoga cepat sembuh kak, saya next week

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dh dpt booster kak belum lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah ada nanti kak PI dalam MySejahtera

      Delete
  6. Alhamdulillah tak teruk side effect kak Ana. semoga kita dijauhkan dari virus covid 19 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin, cukup lah sekali merasa menjadi sebahagian statistik SAL.. kerana pernah di uji Nya dan lalui sendiri dengan itu lah kak ana sekeluarga akan ikhtiar , Hasbunaallah wanikmal wakil...

      Delete