Nasi goreng udang geragau
Menu nosalgia ketika membesar di kampung halaman kak ana di Teluk Intan. Kehidupan di waktu itu amat indah walaupun tidak mewah dan punya banyak pilihan. Membesar sebagai anak kampung, apa sahaja yang ada di sekitar itu lah juadah , permainan dan keseronokan yang ada.
Jauh berbeza dari anak-anak waktu ini, segalanya mudah, punyai banyak peluang untuk memilih. Dunia berubah namun bagi insan yang pernah laluinya, kami pasti akan terkenang semula dan ianya sesuatu yang terlalu istimewa. Bila dapat di ulang kembali, bagaikan kembali ke zaman itu adalah suatu yang amat di syukuri.
Baru-baru ni jiran kak ana, Zura ada beri segumpal udang geragau segar dari kampungnya di Pengkalan Balak, Melaka. Segar-segat bau laut lagi. Pengkalan Balak ni memang terkenal lah dengan aktiviti menangkap udang geragau, yang di jadikan cencalok dan juga belacan.
Kalau dahulu waktu kak ana kanak-kanak di kampung, udang geragau yang kami jadikan menu biasanya dalam bentuk kering. Sama seperti udang kering tapi di Teluk Intan, kami panggil udang kepai. Udang geragau ni tak ada isi pun jernih je dan transparent. Memang kalau nak masak tu ambil segenggam basuh bersih dan tumbuk lumat terus.
Bila Zura bagi yang segar ni, kak ana jadikannya perencah nasi goreng. Buat cucur pun sodap ni. Terhimbas lah kembali memori silam waktu kanak-kanak, antara menu sarapan yang selalu mak masak nasi goreng udang geragau ni lah. Memang sedap makan panas-panas.
Kak ana kongsikan juga di sini, kalau korang ada stok udang geragau nanti boleh cuba. Senang ya amat. Pejam mata je kata orang dulu-dulu :)
8 Comments
ya allah sedapnya...dulu kan...selalu kirim kat kawan yang berulang Melaka - Seremban, memang suka sgt..sekarang jer susah nak dapat
ReplyDeleteSama, kami pun panggil udang kepai :)
ReplyDeleteSedap sungguhlah nampak nasi goreng Kak Ana ni.
belah utara panggil udang kepai kan PH :)
DeleteBila kunyah mewah rasa udang tu,, Ya Allah nikmatnya.
ReplyDeletekan PC goreng garing-garing dulu adoiyai...
Deleteudang geragau yg fresh tersangatlah sedapnya masak bening campur serai saja
ReplyDeletehaah sedap gak kan SA
Deleteaida memang ada stok udang geragau kat rumah. tapi yg kering la. tak mudah nak cari yg fresh kat melaka sekarang. bermusim. kalau ada pun nun jauh tu di klebang.
ReplyDeletesedap ni. aida geragau ni feveret buat cekodok la, AJ. wajib letak kalau buat cekodok. tambah rasa sedap.