Banyak kali dah lalu lalang di wall FB khas nya dari group Hotel Review , ramai yang update bermalam di Zetter Suites, Arte Mont Kiara ni. Terfikir anak-anak suka bergambar di tempat-tempat cantik untuk IG, kebetulan ada rezeki lebih dari adsense, ana suruh Kak Long booked satu unit suite di Arte Mont Kiara ni. 

Kami stay weekday , check in hari Ahad dan check out Isnin 21-22hb November 2021. Nak celebrate birthday Kak Long pada 23hb. Kami booked terus dari laman web zettersuites di www.artezettersuites.com , selepas pilih suite Duplex dengan 2 bilik, 2 katil queen berharga RM230, kami di hubungi oleh whatsapp admin yang akan guide sampailah hari check in. Sangat membantu dan mudah berurusan.


Zetter suite Arte Mont Kiara


Sehari sebelum check in, kami dapat whasapp untuk settel kan bayaran penuh secara online dan confirmation email di terima. Pada hari check in, nanti kita perlu sediakan refundable deposit dalam bentuk cash sebanyak RM200. 


Zetter Suite Arte Mont Kiara , Kuala Lumpur


Kak Ana akan cuba ceritakan secara detail review dan percutian kak Ana sekeluarga di  Zetter Suite Arte Mont Kiara , Kuala Lumpur kerana mungkin ramai di luar sana berminat nak stay lokasi viral ni namun agak banyak pertanyaan yang bermain di minda. Mungkin ramai yang tertanya-tanya harga satu suites di Arte Mont Kiara, lokasinya, apa yang best di Arte Mont Kiara, harga parking dan sebagainya. Jom ikuti kisah staycation kami dari mula semoga sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran di sini.


zettersuite arte mont kiara


Bagi yang tinggal di KL atau Selangor pasti perasan bangunan hitam 3 blok tower yang boleh di lihat dari pintu masuk ke Kuala Lumpur dari arah utara. Kalau dari tol Jalan Duta pun boleh nampak dah atau dari Jalan Kuching nak masuk KL pun nampak dah tersergam. Bangunan Arte Mont Kiara ni terdiri dari 3 tower berbeza pengurusan iaitu Zetter , Ami dan Thomas Chan. 

Ketiga-tiga pengurusan penginapan ni menyediakan suite pada harga yang berbeza, korang boleh jer cari di internet info harga. Namun ketiga-tiga hotel ni berkongsi kemudahan dan taman-taman serta kolam renang yang sama. 

Bila korang sampai di hadapan pintu masuk utama yang di bawa oleh waze, terus parking dahulu di Basement, tanya sahaja security kalau tak pasti kerana mereka sangat membantu. Tak perlu angkut beg dan barang ke lobby terlebih dahulu selesaikan urusan check in di kaunter receptionist.


review zetter suites arte mont kiara


Cuma kami pun tak jumpa juga lobby Zetter Suite ni kerana di hadapan pintu masuk utama tu adalah lobby Ami Suites. Bila tanya security rupanya ia agak tersorok di bahagian kanan bersebelahan Sales Office Arte. Mungkin ... mungkin ana tak pasti lobby Zetter Suite belum siap kerana terdapat kerja-kerja renovation sedang berlangsung, waktu kami check in. Ruang reception pun serba ringkas sahaja dan kaunter pun nampak sementara tidak seperti hotel-hotel biasa yang kita check in sebelum ini. Malahan lift pun kami naik ikut parking basement bukan lif lobby Zetter .

Selepas selesai urusan check in, kita akan di berikan access card, parking access card ( 1 unit parking untuk 1 suites adalah percuma , kalau kereta kedua kena dapatkan acces card parking berharga RM50) dan kunci acces bilik. 

Turun semula ke parking basement , pandu kereta ke blok M3 dan carilah nombor parking yang di berikan. Jangan lupa bawa parking card mula-mula masuk tadi untuk validate di kaunter receptionist sebelum keluar,kalau tak kena bayar pula walau parking sekejap untuk urusan check in. Ni antara yang agak mengelirukan juga kalau kita tak dapat kan review dari mereka yang pernah stay, betul tak ?


parking zetter suites, arte mont kiara
Lot parkir yang khas untuk setiap penyewa unit suites, jangan masuk lot unit lain naa.. 


Duplex Suites, Zetter Arte Mont Kiara

Dari lot parking, boleh lah angkut barang ke lif di blok M3 dan naik terus ke floor suite masing-masing. Suite kami berada di aras 27, no 27-11 kalau tak silap. Pastikan tak salah lif tower naa sebab ada lif tower M2 dan M3 berdekatan waktu kami naik, ada security boleh tanya. 

Jom kak Ana nak share dulu apa yang ada di Duplex Suites yang kami stay ni. Memang ada dua jenis 2 bedroom suites di Zetter ni cuma satu tu tak ingat jenis dia, tapi ia 2 bilik juga tapi 1 katil queen dan 1 single. Sebab kak Ana berempat dengan anak-anak, kami ambil Duplex dengan 2 katil queen. 


Duplex Suite Arte Mont Kiara

Masuk sahaja ke suite, dekorasi memang cantik dan mewah. Duplex ni unit nya 2 tingkat, ruang tamu dan dapur serta sebuah tandas di bahagian bawah, dua bilik tidur beserta tandas dan bilik mandi setiap bilik di tingkat atas. Ruang tamu dengan android tv siap ada Netflix laa untuk korang yang nak layan movie lepak malam-malam. 






Ada sofa panjang dan sofa sisi, pemandangan luar cermin luas boleh lah nampak KLCC dan menara PNB sayup-sayup, mengadap Mitec dan komplek mahkamah persekutuan. Malam-malam cantik lah nampak kerlipan lampu kotaraya. 


duplex suite zetter arte mont kiara


Terdapat set meja makan dan lengkap pinggan mangkuk. Cuma kami agak was-was nak gunakan peralatan dapur ni kerana ianya awam, siapa-siapa pun boleh stay, jadi ada sedikit was-was dengan pinggan mangkuk, sudu dan sebagainya. Jadi kami tak guna lagi pun dah bawa meggi cup, snacks dan dinner pun kami keluar makan ke Kampung Baru. Nak lepak makan Publika pun 2-3 minit je dari Arte ni.. 


duplex suite zetter


Ruang dapur moden serba lengkap dengan induction cooker , fridge, microwave serta mesin basuh lengkap dryer. Kalau mandi pool nak basuh baju pun senang kan. Bawa balik baju dah siap kering. Kami tak guna juga peralatan dapur sini. Stay semalaman sahaja kan.. 

Kat tingkat atas ada dua bilik tidur, setiap satu dengan katil queen dan bilik air. Di sediakan juga seterika dan iron board dan hair dryer . Tak ada pula ambil foto bilik tidur tapi korang boleh tonton full review suite dan lokasi-lokasi cantik sekitar Arte Mont Kiara dalam YTC bawah ni : 



Jom kita ronda-ronda di sekitar taman-taman cantik Arte Mont Kiara ni. Dengan access card yang diberikan kita boleh masuk ke taman-taman yang cantik ber ootd. Dari aras 27 ni kami turun ke level R, MK3 ni dah boleh lah access ke Chrome Garden, Lamp Shade Garden, Pavilion, Bloom Garden dan juga Mosaic Pool serta Gymnasium. 


arte mont kiara
Chrome Garden, Arte Mont Kiara


Memang cantik untuk bergambar di sekitar level R ni. Dan disini jugalah terletaknya Grand Lobby MK3 di mana setiap tower ada Grand Lobby sendiri di aras R ini. Kami pun ronda-ronda pagi esoknya kerana waktu check tu sampai ke malam hujan. Turun juga waktu malam ke sini tapi gelap dan scary pula sebab tak ada orang dalam jam 8 lebih tu. Mungkin kerana ia bukan weekend jadi tak ramai penyewa, agaknya. 


Arte Mont Kiara
Grand Lobby MK3 Arte Mont Kiara


Bersebelahan sahaja Chorme Garden ni adalah Lampshade Garden. Cantik sangat kalau nak bergambar di sekitar kolam berlatar belakang sebuah lampshade putih di hujungnya. Sayang sekali air kolam depa tak on waktu kami ada kat sini, jimat kos kut hehe :) 


Lampshade Garden, Arte Mont Kiara


Terus ke hadapan lagi adalah Pavillion yang mana kalau korang view dalam video tu memang Pavillion ni di hadapan menara MK1 dan sangat cantik kalau korang ambil gambar berlatar belakang kan blok tower dan Pavillion ni, pandai-pandai lah cari angle yang insta worthy kay.. Tapi kan, kak Ana geram tengok pokok-pokok calathea yang menghias landskap di sini segar-segar dan gemoks semuanya. Baja apa depa guna agaknya ye .. 


arte mont kiara


Ke depan sikit lagi terpandanglah tersergam luas kolam renang Mosaic Pool ni. Cukup luas dan besar dan ada pool kanak-kanak dan dewasa. Kat sekitar situ pun lawa sangat untuk korang bergambar berhadapan gym yang berbentuk curve tu. 


mosaic pool arte mont kiara
Mosaic Pool, Arte Mont Kiara 


Di kiri kanan pool ni lah yang di namakan Bloom Garden, dome berbunga jingga merah beberapa unit untuk lepak-lepak sambil mandi. 


bloom garden arte mont kiara
Bloom garden, Arte Mont Kiara

Selesai ronda-ronda dan ootd sekitar Level R ni, korang masuk dengan access card ke MK1 tower. Grand lobby sini lagi cun untuk korang ootd. Ada lampshade cendawan yang besar di tengah lobby. Kalau tak silap kak Ana ni adalah Grand Lobby untuk Thomas Chan, kak Ana tak pasti sangat. 


Arte Mont Kiara

Dari grand lobby MK1, ni korang naik lif ke aras 27 untuk ke Floating Butterfly Garden. Memang cantik sangat Butterfly Garden ni untuk bergambar dengan gaya dekorasi Eropah seolah taburan rama-rama di atas nya. 


Arte Mont Kiara


Cuma taman ni agak sempit kerana berada di luar bangunan MK1 , rezeki sebab waktu kami naik ni tak ada orang cuma kami berempat sahaja maklumlah weekdays kan, lepas keluar dari sini baru naik satu keluarga lain, dapat lah menjaga SOP dan buka mask seketika untuk berfoto. 


Floating Butterfly Garden Arte Mont Kiara
Floating Butterfly Garden Arte Mont Kiara


Selesailah ronda-ronda kami pagi tu disekitar Arte Mont Kiara dan anak-anak bergambar sakan. Cuma kami tidak masuk ke tower MK2 Grand Lobby dan Le Petit Playland di level 21 MK1. Sebab jam dah pukul 11 lebih tak sedar hampir 2 jam lebih juga explore seluruh taman-taman di Arte Mont Kiara ni.


Arte Mont Kiara

Naik semula ke suite dan kemas-kemas barang untuk check out pada pukul 12 tengahari. Serah kunci dan segala access card dapatkan semula cash deposit RM200. Alhamdulillah staycation yang singkat dan di Kuala Lumpur sahaja. 

Sekali sekala jadi warga condo mewah ye dak , bila lagi nak merasa. Apapun untuk warga emas to be macam kak Ana ni agak tidak sesuai lah nak tinggal di kondo mewah di tengah bandaraya ni. Syukur dengan kediaman atas tanah, boleh gantung pokok bunga, anak kucing dan kejiranan yang ada. Jiwa kampung ni lain bila kian meningkat usia. 

Semoga perkongsian kak Ana ni dapatlah memberikan serba sedikit gambaran untuk korang yang ingin bercuti di Arte Mont Kiara bersama keluarga dan rakan-rakan, In Shaa Allah.. semoga bermanfaat :) 


16 Comments

  1. wahh cantik2. next time boleh pergi. hari tu dah book, pastu cancel sbb nk balik kg pulak. tak de rezeki lagi nak mnginap dekat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni boleh la pii leyla honeymoon sekali lagi hehe :)

      Delete
  2. Cantek2.... tu la ada jgk tgk tmpt ni viral...
    mybe satu hari bole try stay jgk

    ReplyDelete
  3. Jika ada rezeki nnt boleh try tmpt ni, mmg nampak cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin, in shaa allah..berbaloi kalau stay ramai sebab dua bilik tidur dan boleh lepak tidur bawah tu juga kan :)

      Delete
  4. Cantik dan grand betul ni :)
    Hari tu lalu tepi highway, nampak bangunan ni... memang tak tahu pun namanya. Struktur bangunan ni nampak unik kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan PH bangunan dari jauh dah nampak awal2 dulu malam lawa lampu nyala keliling bangunan tp masa kak ana stay tak nyala lak huhu :)

      Delete
  5. selesanya menginap di hotel mewah serba sempurna n cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki anak-anak kak Pi sekali sekala huhu :)

      Delete
  6. Lawa betul kan hotel dia. Selalu tgk lalu lalang kat fb hehe I syallah nanti nak gi jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh Min in shaa allah satu hari nanti sampai tu :)

      Delete
  7. kalau ada tetamu nak dtg senang tak sis?
    sop check guard??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh rasanya, guard tak check apa-apa pun sebab kita ada access card sendiri untuk naik ke suites. cuma parking tu hanya untuk satu kenderaan kalau lebih dari satu kena bayar lah untuk per entri rate :)

      Delete
  8. saya nak tanya harga dh termasuk breakfast ke atau ada tmbhn byr bila nk msuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga suites penginapan saya adalah melalui booking terus di website Zetter dan ada beberapa perbezaan harga sekiranya booking di platform lain dan ia tidak termasuk sarapan :) Tiada bayaran lain di kenakan tetapi ada deposit dalam bentuk wang tunai RM200 dan akan di kembalikan selepas check out. Pembayaran untuk suites adalah secara online sebelum check in..

      Delete