Alhamdulillah.. dengan izinNya jua majlis pertunangan Kak Long telah selamat berlangsung pada 25hb Disember 2021 yang lalu. Sebuah majlis yang sederhana, bilangan tetamu yang kecil dan semoga mendapat keberkatanNya jua..
Jauh di sudut hati ada sedikit kesedihan bila tak dapat nak bersama-sama keluarga serta rakan-rakan jauh dan dekat kerana kita masih belum bebas seperti dahulu. Kak ana hanya mengundang sepupu-sepupu yang tinggal berdekatan serta jiran-jiran terhampir sahaja untuk majlis ini.
Jutaan maaf dari kami sekeluarga kerana keterbatasan ini, dan dalam hati sentiasa memohon perlindungan dari Nya juga agar majlis terlindung dari segala kemudaratan dan keburukan, syukur Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja.
Bila majlis pertunangan ni, hantaran adalah fokus utama nya ye tak 😊 Bukan lah dari aspek material dan nilainya tetapi gubahan hantaran. Kak ana memilih untuk menggubah sendiri hantaran buat Kak Long dengan bantuan Adik Ika. Kak Long memilih tema warna putih dan dust green , sama seperti warna mini pelamin untuk majlis dan baju yang di pakainya.
Kami ke GM Klang untuk membeli barang-barang gubahan hantaran. Banyak ada yang dah siap di pamerkan dan di jual tapi dah memang berhasrat nak gubah sendiri jadi kami beli bekas hantaran, bunga, riben satin, polistren dan sebagainya.
Hantaran tunang dust green putih
Kak ana masih ingin mengekalkan elemen tradisional penggunaan tepak sireh dan pahar. Di alas dengan kain organza hijau menatang hantaran. Asalnya cuma 7 dulang namun warisan adat kami orang Perak ni, saudara dan jiran ada yang menyumbang makanan untuk di masukkan dalam hantaran kepada pihak lelaki, akhirnya terjumlah 12 dulang tidak termasuk tepak.
Begitulah warisan adat, yang baik dan indah kita teruskan, yang tersimpang jauh dari syariah kita tinggalkan. Pasti kami berbesar hati menerima apa sahaja juadah yang di bawa sepupu-sepupu dan kawan baik kak ana serta jiran terdekat. Bukan setakad sumbangan hantaran malahan masing-masing membawa juadah untuk hidangan tetamu, Masyaa Allah.... Terima kasih semua..
Tepak sireh sulaman tekad benang emas , kak ana pinjam dari besan mak di Teluk Intan. Memang teringin sangat nak miliki sendiri namun sekarang ni sukar untuk mendapatkannya yang benar-benar tekad benang emas asli. Di saluti kain baldu lambang kemewahan warisan lama.
Susun atur isi tepak sireh
Mengikut tradisi warisan adat Melayu lama, di bawah induk tepak tu ada ruang kosong. Di dalamnya di isi sebekas beras atau gula umpama pemanis adat dan duit mengikut masing-masing bertemankan 25sen. Atau di Perak ni kami panggil suku, contohnya RM10.25 atau RM5.25 yang orang Perak sebut Lima Ringgit suku, gituew. Kenapa perlu letak 25 sen, Waallahu a'lam dan kalau tak letak pun tak ada lah mencacatkan majlis.
Di atas petak tepak terdapat cembul-cembul tembaga yang kami isi dengan pinang di kacip, kapur sireh, bunga cengkih dan gambir. Diselit di tepinya 7 helai daun sireh di susun indah dan di serikan dengan kuntuman bunga segar.
Jika dahulu, tepak ni bagaikan pembuka bicara lah bila pihak lelaki datang bertandang sambil-sambil tu makan sireh di dalam tepak, kini ia hanya sebagai simbolik sahaja, tak ada pun tak salah..
Kuih tradisional yang mak dan abah bawa dari kampung juga kami masukkan dalam dulang hantaran. Dua ekor bahulu ikan besar dan anak-anaknya di letakkan di dalam kotak mengiringi barang-barang untuk pihak lelaki.
Kak ana kongsikan disini gubahan dan hantaran dari pihak Kak Long bertemakan warna dust green dan putih buat tatapan semua dan mungkin ada yang tercari idea mungkin boleh mendapat sedikit inspirasi darinya..
|
hantaran cupcake hijau putih |
Hantaran cupcake dari Husna Cookies ni adalah sumbangan dari adik kak Ana ( Lan & Julia Alisya ) , iaitu pak usu dan mak usu Kak Long.
|
hantaran jam tangan |
|
hantaran baju melayu dan samping |
Untuk hantaran kain baju melayu atau kain ela ni, kak ana tak gubah kerana risau akan merosakkan fabriknya. Kak ana cuma gulung sama lebar dan cantum di tengah dah ikat dengan riben. Kain samping di lipat dan alaskan di bawah ikatan kain ela baju melayu tu. Cuma hiaskan pada base kotak atau bekas dulang kayu putih tu dengan bunga dan riben.
|
hantaran wajik pulut manis |
Satu lagi menu tradisional yang di selitkan dalam hantaran adalah pulut manis atau wajik . Kak ana isikan di dalam plastik kecil, bentukkan bujur dan susun di atas base polistren yang di hias bunga. Ikat riben untuk penyeri. Pulut wajik ni sumbangan dari mak saudara kak ana dari Teluk Intan, Wan Mit dan Wancu.
|
gubahan hantaran wallet dan tali pinggang |
Hantaran buah-buahan ni adalah sumbangan dari kawan baik Kak Ana, Ida Megat. Walaupun Ida tak dapat hadir kerana kebetulan tarikh sama dengan majlis perkahwinan anak besannya di Trengganu, Ida kirimkan duit dan suruh kami beli buah-buahan. Buah-buah kak ana isi kan sahaja ke dalam sebuah sangkar burung berwarna putih di hias bunga dan riben di bawah base polistren.
|
gubahan hantaran coklat |
Sebekas hantaran coklat juga adalah sumbangan dari sepupu kak ana Effa yang transfer je duit suruh kami belikan coklat dan gubahkan di atas dulang hantaran, Simple sangat susun kan sahaja kotak coklat dan dekor lah di atas base polistren dengan bunga dan riben,selitkan rama-rama.
Sebekas roti jala jelita ni adalah sumbangan dari jiran kak ana sebelah rumah ni jer, Ida dan Man. Dah cantik dah dalam bekas transparent jadi tak perlu nak gubah dah. Cuma letakkan di atas pahar beralas, kuahnya jangan lupa bagi kemudian berasingan, tak kan nak buh atas pahar tumpah lak nanti dan tak cun pula kan hehe :)
|
hantaran cheese tart berhias |
Sekotak Cheese tart berhias adalah dari sumbangan sepupu kak ana juga, Intan Marina dan sekotak kek pandan gula melaka adalah dari jiran kami Cikgu Fazlina. Alhamdulillah terima kasih semua , hanya Allah swt sahaja yang mampu membalas setiap kebaikan kalian, aamiin.
|
hantaran kek pandan gula melaka |
Juga terdapat satu lagi yang kak ana selitkan last minute pemberian jiran kami Kak Ani sekotak seri muka durian yang tak sempat nak ambil gambar kerana majlis dah nak bermula. Terima kasih Kak Ani.
Dan dari pihak lelaki pula yang awalnya hanya 7 dulang hantaran akhirnya bertambah juga bila saudara mara datang membawa sumbangan kuih muih dan makanan. Begitu lah rezeki kan bila di kelilingi oleh insan yang menyayangi.
Kami menerima dua bentuk cincin untuk kak long dari pihak lelaki, sebentuk cincin tunang dan sebentuk lagi berupa cincin hadiah harijadi kak long yang lalu. Berserta juga tepak sireh tembaga di isi daun sireh, gambir , kapur sebagai penyeri adat.
Menemani cincin tunang, pihak lelaki juga membawa sebahagian wang hantaran sebagai pengikat adat tempoh pertunangan. Segala runding cara berjalan dengan indah dan tenang di selang seli dengan berbalas pantun dari kedua belah pihak.
Belah kak long, di wakili oleh pak sedaranya Pak Long Shaha dan sama juga belah lelaki di wakili oleh bapa saudara. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan ringkas. SOP katakan, masing-masing memakai facemask sepanjang majlis kecuali ketika makan dan bergambar. Kita usaha dan selebihnya semua adalah dari perlindungan Allah swt .
Pihak lelaki membawa hantaran dalam tema gubahan berwarna pinik hasil kreativiti bonda Aiman sendiri.
|
gubahan hantaran kain lace |
|
hantaran cookies |
|
hantaran brownies tower |
Hantaran brownies tower dalam kotak transparent ini adalah hasil baking dan dekor bonda Aiman sendiri yang memang pakar dalam tempahan kek, roti dan makanan.
Sekadar sebuah perkongsian idea sahaja sebenarnya, tiada niat untuk menunjuk. Sebagai blogger kak ana akan berkongsi apa sahaja yang mungkin ada manfaatnya buat mereka di luar sana yang sedang mencari idea untuk gubahan hantaran.
Terpulang lah pada bajet masing-masing, ikut kemampuan dan sebolehnya kita elakkan pembaziran. Pada sesetengah orang menggubah sendiri lebih jimat dan ada pula yang suka membeli yang dah siap di gubah.
7 Comments
😊💕Cantik hantaran-hantarannya.
ReplyDeleteCantik-cantik hantarannya. Warnany lembut menawan.
ReplyDeletecantik2 semua hiasan dulang hantaran
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Tahniah Ana dan family....
ReplyDeletetahniah ana n fmili cantik semua hantarannya
ReplyDeleteRingkas tapi indah dan masih mengekalkan tradisi lama. Gabungan moden tradisional.
ReplyDeletesemua pun nampak cantiks & berseri..alhamdulillah
ReplyDelete