Tengah viral juga lah resepi pan mee kebelakangan ni, kan. Kebetulan kak ana masih ada lagi se paket Pan Mee dari Vit's , Adik Ika pula suka sangat makan menu pan mee dari Pop Meal yang kami try baru-baru ni. Memang sedap pan mee Pop Meal cuma agak pedas chili oil nya pada kak ana lah.. sebab kak ana tak tahan pedas sangat.

Bila Khairul Aming upload resepi chili pan mee di Instagramnya, berpandukan resepi beliau , Adik Ika pun buat lah sendiri di rumah. Cuma bezanya Khairul Aming menggunakan mee kuning dan kami menggunakan pan mee sebenar jenama Vit's yang halal Jakim. Jom lah kak ana share kan semula resepi Chili Pan Mee resepi Khairul Aming yang kami olah menjadi versi Adik Ika.. mudah dan sedap bagi penggemarnya, In Shaa Allah.. 


Chili Pan Mee resepi Khairul Aming

Chili Pan Mee resepi Khairul Aming

Resepi ini juga memerlukan beberapa step untuk memasaknya. Cuma waktu Adik Ika masak , kak ana tak ada di rumah jadi tak lah sempat nak ambil gambar langkah demi langkah nya. Sempat ambil gambar yang dah siap sahaja, Korang boleh tonton video masak di Instagram KhairulAming naa.. 

Langkah pertama sedia kan chili oil nya atau minyak cili untuk memberi rasa pedas kepada pan mee kita. 

Bahan-bahan pan mee chili oil :


2 biji bwg merah
3 ulas bwg putih 
1 sudu udang kering 
4 biji cili padi (ikut pedas masing-masing ) 
Sedikit belacan 
segenggam kecil cili kering (kami guna chili flakes)

Caranya blend kan kesemua bahan dengan blend kering, panaskan minyak dan tumis hingga garing. Rasakan dengan gula dan garam. Ketepikan chili oil kita untuk sajian.

Langkah kedua daging kisar .

Bahan-bahannya : 
300g daging kisar (kami guna Ramli)
1/2 cawan cendawan (kami guna cendawan shitake segar)- hiris nipis-nipis
1 sudu sos tiram 
1 sudu kicap manis 
Garam secukup rasa 

Cara masak daging kisar :

Panaskan minyak tumiskan daging kisar dan cendawan, Masukkan sos tiram dan kicap manis, rasakan dengan garam sedikit sebab sos tiram dan kicap manis dah ada rasa masinnya. Gaul sebati sehingga masak, dah siap untuk hidangan. 


resepi chili pan mee khairul aming



Kami menggunakan Pan Mee Vit's ni mudah celurkan seketika dalam 10 minit hingga berwarna putih dan toskan. 

Resepi Pan Mee Sup di SINI


resepi chili pan mee khairul aming


Untuk hidangan isi kan pan mee ke dalam pinggan, tuangkan daging kisar, taburkan ikan bilis goreng dan chili oil tadi dan pecahkan telur separuh masak. Kalau suka boleh sahaja hidangkan bersama sayur sawi pendek atau pak choy. Siap untuk hidangan. Nak makan baca Bismillah gaulkan sahaja semua bahan dalam pinggan dan nikmatinya.. 



0 Comments