Kak ana cukup suka makan mee sup yang plain ala-ala chinese style. Makan pula dengan minyak bawang putih , memang menyegarkan selera, nak nak kalau tekak tak berapa nak sihat. Kalau kuewtiaw sup pun kak ana suka makan dengan kuah sup jernih sahaja letak bebola ikan dah okay dah kan..
Baru-baru ni kak ana menerima gift box sempena CNY dari Vit's Malaysia dan di dalamnya ada diberikan dua pek Vit's Pan Mee. Semangat nak try masak sendiri pan mee kerana Vit's Pan Mee ni mempunyai Halal Jakim, usah risau naa..
Resepi pan mee sup
Resepi ni kak ana olah sendiri dari inspirasi mee kicap yang pernah kak ana terbitnya di SINI .Cuma kak ana gantikan mee kuning kepada pan mee dari Vit's ni. Di bawah ni kak ana serta gambar pan mee bagi yang tak pernah melihatnya.
Vit's Pan Mee Halal
Pan mee ni merupakan mee putih yang lebih kurang rasa seperti kuewtiaw tetapi ia pejal dah tidak lembik macam kuewtiaw dan ia juga kenyal. Dalam satu pek pan mee Vit's ni di berikan 3 pek kecil sesuai untuk hidangan 3-4 orang makan. Jom kak ana sharekan resepi dan cara masa pan mee sup untuk korang mencubanya..
Cara masak pan mee sup
Sama seperti mee kicap, resepi pan mee sup ini juga kak ana bahagikan kepada beberapa langkah penyediaannya. Korang boleh sahaja tonton secara visual di video di bawah :
Langkah pertama kak ana sediakan minyak bawang putihnya terlebih dahulu . Kak ana gunakan 5 ulas bawang putih hiris nipis-nipis. Panaskan minyak dan goreng hingga perang. Jangan terlalu garing nanti ia jadi pahit. Angkat dan tuangkan sedikit minyaknya sekali. Simpan baki minyak untuk menumis kuah sup pula nanti.
Langkah kedua, kita masakkan stok ayam. Bersih kan isi ayam , potong kecil dan rebus sehingga mendidih. Angkat isi ayam untuk di jadikan hidangan sampingan bersama pan mee. Perapkan dengan seosoning atau pun sos tiram atau kicap manis. Kemudian carik-carikkan isi ayam. Stok ayam adalah untuk masakan kuah sup.
Dari dua bahan di atas, jom kita masakkan kuah sup pan mee versi kak ana . Bahan untuk sup adalah bawang putih
halia
bebola ikan atau fish ball atau pun kepingan fish cake
cendawan shitake segar atau tin pun boleh jer
sos tiram
kicap manis
garam
serbuk lada sulah
stok ayam dari air rebusan ayam tadi
Cara masak sup pan mee
1. Bawang putih dan halia di tumbuk kasar.
2. Gunakan lebihan minyak bawang putih dan tumiskan bawang putih dan halia tumbuk seketika.
3. Masukkan fish ball / fish cake gaul sebati. Masukkan hirisan cendawan shitake.
4. Masukkan stok ayam tadi dan sekiranya kurang tambahkan air hingga mendapat kuantiti kuah yang di perlukan. Kuah sup pan mee ni tak perlu banyak sekadar membasahkan hidangan sahaja.
5. Masak hingga mendidih dan rasakan dengan sos tiram, kicap manis, garam jika perlu dan serbuk lada sulah secukup rasa.
6. Matikan api dan sedia untuk hidangan.
Cara sediakan pan mee
Pan mee Vit's perlu dikeluarkan dari peknya dan tak perlu basuh. Didihkan air dan celur dalam 10-15 minit hingga ia lembut dan kenyal bertukar kepada warna putih berkilat. Toskan dan sedia untuk hidangan. Pan mee tidak akan mengembang jika di celur lama, tidak seperti mee kuning naa..
Untuk sajian, letakkan pan mee ke dalam mangkuk, tuang kan kuah sup, taburkan isi ayam, daun sup dan daun bawang. Tuangkan minyak bawang putih dan sedia untuk di nikmati. Kalau nak pedas korang tambahlah cili api potong.. Selamat mencuba...
Segala yang terkandung di dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Butiran dan informasi yang tercatat adalah pada waktu dan tarikh entri di terbitkan. Perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan .
4 Comments
Sedapnya! Baru kelmarin nampak perkongsian resipi ini dalam tik tok.
ReplyDeleteNampak sedap dan menyelerakan
ReplyDeleteBEGA2 SEMUA SEDAP KAN
ReplyDeletenampak sedap la. kena cuba ni
ReplyDelete