Dua tiga kali kak ana ke Aeon Mall, Anggun Rawang terperasan yang outlet restoran Mee Tarik Warisan kat hujung telah bertukar nama kepada Hand Pulled Noodle Ali Mee. Kak ana tak pasti tukar kedai ke atau tukar nama, dari dekorasi dan menu nampak macam masih sama. 

Cuma dah tak ada pekerja yang duk buat mee tarik secara manual kat dalam cermin tu dah. Lama juga dah tak nampak lelaki Cina Muslim bersongkok duk tarik adunan mee dalam cermin ni. 


restoran hand pulled noodle Ali Mee

Beberapa hari lepas, kak ana bersama anak-anak ada urusan nak ke Aeon Anggun, Rawang dan budak berdua ni nak try lah makan di outlet Hand Pulled Noodle Ali Mee ni yang menggantikan Mee Tarik Warisan. 

Bila dah ambil tempat duduk kami lihat menu, tak banyak pilihan menu yang ada waktu tu. Tetapi menu-menunya hampir sama sahaja dengan menu yang kami makan sewaktu Mee Tarik Warisan Asli dahulu. 


Restoran Hand Pulled Noodle Ali Mee - Aeon Anggun Rawang


Kak Long order mee with braised beef & black fungus , Adik pula order mee soup with beef dan kak ana yang tengah lapar nasi order chinesse fried rice. Air pula kami order air oren jus dan Adik try Hot Baboa Tea. 

Kak rasa sedikit Baboa Tea Adik ni, sedap ada ramuan herba cina dalam nya dan kudup bunga ros juga. Sangat mild rasa tea nya. Nanti boleh lah try lagi, kalau dapat yang sejuk pasti lagi sedap kut. 


hot baboa tea


Macam kak ana bagitau awal tadi menu-menu nya seolah sama sahaja dengan yang sebelum ni kami makan Restoran Mee Tarik Warisan. Itu yang buat kak ana keliru dan bila cari di internet tak ada pula terjumpa apa-apa kenyataan mengenai nya.



Restoran Ali Mee


Dari segi rasa tak banyak beza pun menu-menu sebelum ni kami makan . Menu-menu mee tarik ni memang sedap di makan panas-panas. Ada yang agak pedas pada selera kak ana dan ada yang just nice. Maklum lah kan menu masakan ala cina ni lain dan berbeza dari selera masakan Melayu . Tapi ia sedap.


chinesse fried rice


Nasi goreng cina atau chinesse fried rice ni sedap sangat rasanya walaupun bahan cuma telur dan jagung. Kak ana makan dengan chili oil yang wajib ada bila kita makan di restoran-restoran mee tarik. 


chili oil

Kalau sebelum ni restoran Mee Tarik Warisan Asli milik Chinese Muslim dan berstatus Halal, kak ana yakin Ali Mee juga berstatus yang sama, In Shaa Allah. Kerana memang agak sama sahaja menu-menu yang ada cuma ia tidak sebanyak sebelum ini. 

Nantilah bila kak ana dapat kan info yang sahih, kak ana cuba share atau update di sini sama ada pengurusan restoran yang sama bertukar nama atau lain. Apapun menu sajiannya agak sedap dan tidak mengecewakan.. 

3 Comments

  1. Lama tak makan Mi Tarik Warisan. Saya kalau confuse selalunya tanya saja pekerja kedai. Huhu

    ReplyDelete
  2. NASI GORENG MEMANG SEDAP NAMPAKNYA

    ReplyDelete