Lama sangat rasanya kak ana tak menghadiri majlis resepsi dan akad nikah selepas ujian pendamik. Tak kira sama ada di dewan, rumah atau wedding event, di kampung atau di KL Selangor. Teruja sangat baru-baru ni bila kawan lama sekerja kak ana dan suami, Abang Joe jemput majlis akad nikah dan resepsi puteri sulungnya pada 2hb September 2022 yang lalu. 


The Urban KL


Majlis berlangsung di The Urban KL, salah sebuah wedding venue di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Laa nii amat penting untuk kita buat rsvp setiap kali menerima jemputan, bukan apa ia memudahkan bajet jemputan tuan rumah kerana kebanyakan venue terhad bilangan jemputan. 

Jawablah rsvp supaya tidak menyukarkan tuan rumah , betul tak, andai nya kita tak dapat hadir, nyatakan awal-awal supaya tempat kita dapat di gantikan oleh jemputan yang lain. Kos majlis laa nii bukan murah.. lainlah kalau memang berkemampuan. Dan kami awal-awal dah rsvp kak ana dan suami. Menarik juga di kad jemputan tertera kod berpakaian serba putih.. 


The Urban Kuala Lumpur 


the Urban KL


Sebelum ni, kak ana memang selalu menerima jemputan untuk review venue-venue majlis perkahwinan di serata KL dan Selangor. Kali ni kak ana nak share pengalaman sendiri di satu event venue yang tak kurang cantik di The Urban KL, yang terletak di Jalan Ampang. Kami ke sini dengan waze sahaja . Ampang ni biasa bagi kami kerana pernah tinggal di Ukay Perdana sebelum berpindah ke kediaman sekarang.

Kami keluar lepas Maghrib dan sampai dalam jam 8.30 malam. Ruang parkir agak terhad dan dah pun penuh , anggota RELA yang bertugas mengarahkan kami parkir di lot sebelah sebuah Club House dan masih banyak ruang parkir di sana. Parkir percuma malam tu , ingatkan kena bayar tapi tak pun.


THe Urban KL

Di The Urban KL ni terdapat dua ballroom dan majlis Adira dan Haikal ni berlangsung di Heritage Ballroom. Melangkah masuk ke dewan sangat cantik dan elegan dengan dekorasi dewan di penuhi hiasan bunga berwarna putih di sepanjang walk way ke pelamin serta meja makan tetamu. Pelamin juga turut berwarna putih bersih cuma kak ana tak dapat nak ambil gambar pelamin serta pengantin kerana majlis fotografi bersama keluarga sedang berlangsung, sampai lah kami balik. 

Ini antara kekurangan juga bila majlis pada waktu malam di mana jangka masa yang begitu terhad untuk majlis berlangsung dan sessi fotografi sahaja telah makan masa yang panjang. Majlis bermula jam 8.30 hingga jam 11 malam mengikut aturcara.  Jadi kita bagi lah keluarga dan kenalan rapat untuk sessi fotografi , kita sekadar meraikan majlis dan dapat jumpa ayah pengantin pun dah memadai, kan. 


The Urban KL


Alhamdulillah pasangan pengantin selamat di ijab kabulkan dan majlis nampak sangat indah bila hampir majoriti tetamu yang hadir memakai pakaian serba putih mengikut tema yang di nyatakan dalam kad jemputan. Tapi biasa lah masih ada yang tak ikut tema pun ada juga hehe :) 



The Urban KL
 

Kak ana dapat semeja dengan rakan sekerja suami dan isteri masing-masing. Kami menikmati jamuan makan malam dengan hidangan nasi beriyani, ayam goreng berempah, daging masak hitam, kuah dhal , acar timun dan popadum. 




Mungkin jumlah tetamu tidak begitu ramai, jadi hanya satu meja buffet hidangan di sediakan dan membuat kan queue agak panjang hingga ke luar dewan. Apapun Alhamdulillah sekejap sahaja settle dah. 


The Urban KL


Di samping menu utama, kuih muih pun sedap-sedap dan ada juga bubur pulut hitam sebagai sajian sampingan. Kenyang laa kami berdua hingga ke pagi esok. Selesai makan dan berbual seketika, dalam jam 10.30 malam kami pun keluar untuk pulang dan sempat jumpa abang Joe . 

Di luar dewan terdapat photo booth untuk abadikan foto kenangan , satu untuk kami bawa balik dan satu lagi kami lekatkan di guest book untuk pengantin baru. Kak ana coretkan sepatah dua kata tahniah buat mempelai. Menarik kalau majlis ada photo booth ni kan, seronok tetamu dapat bawa balik gambar untuk kenangan. 





Antara goodies yang kami bawa balik malam tu, telur pindang dan biskut, kek kukus buah-buahan yang sedap sangat serta sekeping gambar dari photo booth KOTAK yang cun. Terima kasih abang Joe atas jemputan dan selamat pengantin baharu buat pasangan Adira dan Haikal, semoga kekal bahagian hingga ke syurganya. Satu pengalaman indah bila sama-sama dapat meraikan mempelai di venue yang cantik dalam tema warna putih bersih ala-ala wedding Lofa , kann.. Haa! Gituew... 


2 Comments