Kak ana suka makan tuna puff tapi nak buat pastri dia yang selalu failed. Ada jer jual kulit pastri yang dah ready made tu, tapi payah nak jumpa. Kalau ada pun kat bakery atau sesetengah supermarket sahaja,kan.
Ada kak ana tonton di tiktok kalau tak silap, orang buat tuna puff ni dari paratha segera. Mudah sangat pun nak buat senang bahan nak gunakan dalam resepi nya. Kak ana selalu juga beli paratha segera Lotus buat stok dalam peti ais, kalau tak ada makanan sarapan atau makan malam, boleh je panaskan makan dengan sambal sardin pun jadi.
Kali ini kak ana beli dan memang tujuan nak buat puff tuna dengan kulit roti paratha segera. Kak ana pilih Lotus Onion Paratha, sedap sikit ada perisa bawang merah pada kulit paratha ni. Untuk inti puff ni kak ana gunakan Ayam Brands Tuna Pedas. Bahan-bahan lain kak ana ikut idea masakan sendiri sahaja, buh apa yang ada bahan di dapur. Tapi hasilnya... Alhamdulillah sedap rangup..Jom kak ana kongsikan resepi tuna puff dari paratha segera..
Resepi tuna puff dari paratha segera
Bahan-bahan puff tuna dari paratha segera
1 pek paratha segera kak ana guna Lotus
1 tin tuna Ayam Brand
1 biji bawang besar
1 biji telur
Mayonis secukupnya
Daun bawang ( pilihan kalau tak ada pun okay )
Lada sulah dan garam secukup rasa
Italian mix herbs ( untuk tabur di atas puff )
Cara buat tuna puff dari paratha segera
Mula-mula kita buat kan inti tuna nya terlebih dahulu. Perlu kak ana nak pesan paratha segera ni korang simpan sahaja dalam frezer jangan keluarkannya sampailah proses untuk membalut inti puff. Ini kerana paratha ni akan melekat jika terdedah pada suhu bilik dan tak boleh dah nak melipatnya dengan mudah.
Untuk inti tuna satukan sahaja isi tuna dalam tin, bawang yang di dadu, daun bawang yang di hirir halus. Rasakan dengan lada sulah dan garam secukupnya, campurkan juga dengan mayonis secukupnya. Jangan buat inti ini basah biarkan ia kering, naa....
Bila dah siap inti barulah keluarkan sekeping demi sekeping paratha untuk melipatnya. Sekeping paratha di bahagi dua di bahagian tengah menjadikannya separuh bulatan. Bermakna setiap sekeping paratha akan dapat 2 puff .
Letakkan inti tuna di sudut hujung paratha dan lipat dua kemas-kemas.
Tekan keliling kemas-kemas dengan menggunakan garfu. Pecahkan kuning telur dan sapukan di atas permukaan puff tuna. Kak ana suka taburkan Italian mix herbs di atas puff untuk cantikkannya dan berikan aroma pada puff kita. Kalau tak ada pun okay je rasanya.
Bakar dalam oven pada suhu 200 selama 10 -15 minit, ikut pada keluasan oven masing-masing. Senang cite tengok kalau garing terus keluarkan dari oven. Ada juga orang guna kan air fryer untuk resepi ni. Jangan lupa alas dengan baking paper naa..
Dan terhasillah puff tuna yang sedap dan rangup untuk di makan bersama keluarga.Simpan stok di rumah, mana tahu emergency ada tetamu maii, boleh je buat puff tuna mudah ni kan.
Selamat mencuba dan semoga perkongsian kak ana di sini ada manfaatnya, Aamiin... In Syaa Allah...
4 Comments
TQ kak ana bg idea...saya nak ambil resepinya nnt sy buat..halalkan ye kak
ReplyDeleteNampak sedaplah puff tuna tu.
ReplyDeletecantik bentuknya mesti sedap puff tuna ni
ReplyDeletememang pernah cuba buat, hasilnya mabeles kan kak
ReplyDelete