Dalam entri kak ana sebelum ni ada kak ana cerita kan , kak ana ke Pantai Remis , Jeram , Selangor dan membeli hasil laut di pasar petang kat sana. Selain dari ikan pelaling yang dah pun kak ana jadikan ikan lengat , resepinya kak ana dah pun kongsikan di SINI , kak ana juga sempatlah membeli sotong yang dah siap di potong gelong seplastik berharga RM10 sahaja. 

Banyak isi nya, berbaloi lah dengan harga RM10 dan ia di rendam dalam air. Bila bawa balik, alhamdulillah ia masih segar dan kak ana toskan airnya,simpan dalam peti sejuk. Kelmarin, hari Sabtu pagi,kak ana proses jadikan sotong goreng tepung. 


resepi sotomg goreng tepung


Kak ana follow resepi youtuber tersohor kita, siapa lagi kalau bukan Che Nom. Syukur sangat menjadi kali ini resepi sotong goreng tepung , ia tidak meletop masa menggoreng, elok lekat tepung sadur pada sotong, isi sotong tidak kenyal dan ia juga rangup . Jom kak ana share kan pula dengan korang, selepas kak ana berjaya dalam menghasilkan sotong goreng tepung yang sedap nii..


Resepi sotong goreng tepung 


Resepi ini terbahagi kepada dua adunan bancuhan , iaitu bancuhan basah untuk salutan pertama dan paduan tepung untuk salutan kering pada isi sotong. Kita mulakan dengan adunan basahnya terlebih dahulu.

Bahan-bahan salutan basah sotong goreng tepung :


resepi sotong goreng tepung tidak meletop


Isi sotong yang di bersihkan, toskan airnya dan lap sikit dengan tisu agar kering. Sotong ni dah di potong bulat gelang-gelang naa..

1 biji putih telur sahaja

Tepung gandum ( anggaran 5 sudu atau ikut pada jumlah sotong yang di gunakan untuk mendapatkan bater yang sesuai )

Tepung jagung ( kuantiti yang sedikit dari tepung gandum ) 

Baking powder

Garam 

Serbuk cili , serbuk lada sulah & serbuk lada hitam ( ikut kepedasan masing-masing )

Serbuk perasa ( jika suka - kak ana tidak gunakannya ) 

Air secukupnya 

1. Langkah pertama , perapkan sotong yang dah di toskan bersama sesudu baking powder dan garam seketika hingga ada tindakbalas berbuih pada perapan. Sementara itu boleh lah kita sediakan bancuhan bater saduran basah. 


resepi sotong goreng tepung


resepi sotong goreng tepung tak meletop
Bersihkan sotong selepas perap dengan baking soda dan toskan semula


2. Satu kan dalam mangkuk, tepung gandum, tepung jagung, serbuk cili, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, serbuk perasa ( jika suka ), garam dan putih telur. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga dapatkan pekatan sesuai untuk saduran basah.




resepi sotong goreng tepung tak meletop


3. Selepas siapkan adunan bater basah, basuh sotong yang kita perap dengan baking soda dan garam tadi dan toskan sekali lagi dan lap-lap dengan tisu dapur untuk keringkan ala kadar jer.

4. Masukkan sotong ke dalam adunan saduran basah seperti dalam gambar kat atas tu.

5. Bolehlah sediakan pula saduran kering untuk sotong goreng tepung kita dan bahan-bahannya adalah :

Tepung gandum 

Tepung jagung

Tepung beras ( sukatan pada nisbah yang sama setiap jenis tepung ) 

Garam sedikit sahaja kerana dalam adunan basah dan buh garam. 



6. Satukan kesemua bahan kering dalam mangkuk dan biarkan pada jumlah yang banyak untuk mudahkan proses saduran satu persatu sotong. Ini supaya sotong tidak melekat antara satu sama lain dan tepung tidak menjadi basah. 




7. Celupkan satu persatu sotong yang dah di sadur basah tadi ke dalam adunan tepung kering dan golek-golekkannya. 

8. Panaskan minyak dan terus goreng sotong yang dah di celup adunan kering ke dalam kuali minyak yang panas. Goreng sehingga garing dan jangan terlalu banyak kuantiti dalam satu satu masa naa, untuk mengekalkan kepanasan minyaknya.





Bila dah garing angkat dan toskan dalam jaring bukan atas tisu kerana ia akan mengekalkan kerangupan saduran tepung pada sotong. In Syaa Allah saduran tepung kekal lekat pada isi sotong dan ia tidak meletop sepanjang proses kak ana menggoreng nya. Memang menjadi resepi Che Nom ni. Terima kasih berkongsi ilmu dan kak ana lebarkan lagi perkongsian beliau yang amat bermanfaat ini. 


resepi sotong goreng tepung tak meletop


Lebihan saduran basah dan kering ini boleh korang goreng untuk jadikan serbuk rangup dan taburkan atas sotong goreng tepung macam yang kita makan di gerai-gerai di Pantai Timur tuu. 

Cuma kak ana tak sempat nak buat lah sebab kami nak makan sotong goreng tepung sahaja dengan nasi goreng sebagai sarapan pagi, Alhamdulillah.. semoga perkongsian ini ada manfaatnya.. Selamat mencuba naa..



5 Comments

  1. Cantik kejadian sotong goreng tepung kakna... ni fav anak² sy ni

    ReplyDelete
  2. sedapnya sotong goreng celup tepung rangup

    ReplyDelete
  3. nice sharing..kadang malas nak goreng sotong sebab bab meletop tu la..hahaha..habis dapur

    ReplyDelete
  4. memang helok kejadiannya, mekasih share resepi kak

    ReplyDelete