Kak ana nii tak boleh sangat nak duk diam lama-lama. Ada jer ilham datang nak dekor-dekor ruang dalam rumah ni. Rumah lama laa katakan dah hampir 20 tahun mendiami nya, syukur Alhamdulillha. Belum di rezekikanNya lagi nak renovate, masih sama sejak kami diami. 

Apa yang sering kak ana buat adalah mendeko seadanya di setiap ruang laman dan dalaman , paling tidak pun ada juga new look kata omputih kan. Refreshing semula area yang ada dengan ubah dekor-dekor nya sahaja. 

Bulan ni target nak dekor dan kemas ruang rak buku celah tangga, Alhamdulillah selesai. Pas tu nii laa projek dekor kak ana, kemas semula dan susun atur untuk ruang laundry atau tempat mesin basuh pula. 


decor ruang laundry


Dekor ruang laundry luar rumah 


Ruang laundry kak ana ni terletak di bahagian luar rumah sebelah belakang dapur. Ada ruang berbumbung dan lantai tiles di sediakan pemaju dari awal beli dahulu. Di sini lah kak ana letakkan mesin basuh dan kandang anak-anak bulus. 

Tapi depa tak tidur pun dalam kandang, dah besar-besar bebas sahaja duk merata di area nii. Asalkan ada tempat berteduh , syukur dah untuk budak-budak bulus ni. 

Mesin basuh ni pula yang ketiga lah selepas kami duk sini hampir 20 tahun. Yang pertama manual rosak, kemudian beli auto , dalam bulan Oktober tahun lepas rosak dan dapat lah hat ni. Semoga bertahan lah riwayatnya. Aamiin.

Dekor ruang laundry luar rumah


Tak adalah beriya sangat dekorasi nya. Maklum lah ruang di luar rumah kan. Di sekeliling nya kak ana letakkan juga pokok-pokok dalam pasu , ada pudina, daun kari, daun bayam brazil, daun kesum dan pokok kunyit serta pokok bunga raya. 

Kat ruang laundry ni ada kak ana letakkan pokok kucai. Hat yang tergantung berjuntai tu pokok kucai lah dan satu lagi yang dalam pasu atas rak plastik biru VESKEN dari Ikea tu, pun pokok kucai. Senang kak ana letak dalam kawasan dalam ruang berpagar kat belakang, nak masak petik-petik je tak yah keluar dah.

Rak kayu atas mesin basuh tu kak ana letakkan sabun basuh dan sepasu juntaian money plant. Pokok money plant ni banyak dah biak kat rumah kak ana cucuk-cucuk dalam pasu hidup dengan mudah. 

Belah tepi menghadap luar tu , kak ana pasangkan bidai dapatlah elak dari pandangan aurat bila ada orang lalu atau jiran belakang. Tapi jiran belakang kak ana ni, Cikgu Mat Noor sekeluarga dah tak tinggal sini, depa balik cuti sekolah je sekali sekala. 


Dekor ruang laundry luar rumah

Kak ana letakkan juga sepasu pokok jenjuang merah di sudut tepi bidai tu. Dan hat baharu cumalah papan wall decor yang kak ana pakukan kat dinding atas rak Vesken. Kak ana cari yang  tulisan laundry tapi tak ada pula. 

Tapi kak ana suka dengan wording pada wall board tu, sangat menarik, jadi kak ana pilih hat tu. Murah je, kak ana beli di kedai ECO Shop. Laa nii dah RM2.50 satu barang dah kan, bukan lagi kedai dua hengget. 

Itu je la yang sempat dan termampu kak ana menghias ruang laundary. Kalau tengok dalam IG memang cantik-cantik gaya dekorasi laundry rumah-rumah moden sekarang ni. Cuma kalau dalam rumah lain lah gayanya siap ada wall kabinet. Kak ana banyak share dekor rumah di IG kak ana AJ Suka Decor . Geng suka decor bolehlah follow kita tukar-tukar idea, kan.. 



5 Comments

  1. Kemas dan menarik ruang laundry K.Ana
    Ruang laundry Mrs. A kecik je tak reti nak deko dah penuh dengan besen dan bakul dan baldi huhuhuuu

    ReplyDelete
  2. bersih dan kemas je laundry room kak ana

    ReplyDelete
  3. cantik kak...sedap mata memandang

    ReplyDelete
  4. Cantik dan menenangkan...

    ReplyDelete