Bersyukur sangat di pinjamkanNya usia kak ana hingga ke hari ini. Satu perjalanan usia yang telah melalui pelbagai peringkat dan pengalaman. Tak banyak yang kak ana minta dariNya , cukuplah diberikanNya kesihatan yang baik.

Dalam meniti usia ni, hari demi hari satu persatu kudrat kian berkurangan. Kadang-kadang jangan tersilap makan sikit, ada lah kesannya pada diri. Terlebih makan pedas, tau tau kena gastrik teruk, lewat makan pun mula lah mengigil badan. Tak ambil buah atau sayur dalam sehari boleh pula kena sembelit dan macam-macam lah..

Sebab tu di usia kak ana ni sangat perlu pada pengambilan supplimen. Tapi bukan semua sesuai untuk di makan, kak ana agak cerewet dalam pengambilan suplemen ni. Penting untuk kak ana pastikan yang Halal dan yang mempunyai sijil serta kawalan produk yang di iktiraf badan berwajib. 

Baru-baru ni kak ana di perkenalkan oleh rakan blogger juga, kebaikan suplemen rangkaian produk GKB . Produk ni mempunyai pensijilan Halal dan di jual di dalam farmasi sahaja. Tak bimbang dah untuk mengambilnya sebagai keperluan harian.


GKB Suplimen


GKB Suplimen untuk proses penghadaman menyeluruh kesihatan usus


Rangkaian produk GKB ( GK Bio International Sdn Bhd ) telah berada di pasaran sejak 2018 lagi. Matlamat utama adalah untuk mengetengahkan pentingnya kesihatan produk yang mampu mengawal fungsi tubuh. 

Namun bukan hanya itu sahaja, GKB sentiasa mempastikan setiap produk kesihatannya di perkaui sijil PIC/S GMP, ISO22000, HACCP, NSF GMP, TQF, HALAL malahan sijil kawalan kualiti tahap 2 TFDA dan sebagainya. 

Kelebihan utama probiotik GKB adalah dihasilkan dengan teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul. GKB ialah satu-satunya syarikat suplemen kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya, untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi. Selain itu, probiotik yang bentuk granul probiotik ini juga dapat membantu mengurangkan risiko tercekik, sesuai untuk dimakan terus atau dicampurkan dengan minuman.

Penggunaan kultur probiotik dan cendawan di gunakan sebagai formulasi GKB menumbuhkan bakteria yang tahan asid, aktif, sihat dan bermanfaat dengan inovasi bioteknologi. Ia membantu mengekalkan fungsi saluran pencernaan, meningkatkan bioflora usus dalam menjadikan metabolisme dan imuniti tubuh.

GKB menggunakan lebih daripada 40 jenis cendawan dan pribiotik , 100% bahan semulajadi tanpa bahan terlarang yang sesuai di ambil oleh setiap ahli keluarga agar mendapat kesihatan yang baik setiap hari. 


GKB Suplimen


5 suplimen penting untuk penjagaan perut dan usu dari GKB 


Gaya hidup kita masa kini, bagi kak ana sendiri misalnya bermula rutin dari subuh lagi, kemudian melakukan ibadah dan kerja hakiki berkebun, mengemas rumah dan blogging, sering kali terlewat makan sarapan atau pun paling mudah terus brunch sahaja. 

Pengambilan makanan yang tidak berkhasiat apabila keluar makan di luar pada hujung minggu bersama keluarga, kurangnya aktiviti kecerdasan atas faktor fizikal dan sebagainya membuatkan sering kali kak ana alami gastrik, sembelit, kulit kering dan adakalanya terkena cirit birit atau sakit perut memulas. 

Sebab itu kak ana perlu sangat pada suplemen tambahan khasnya probiotik yang sesuai bagi mengekalkan kesihatan dalaman dan luaran. Seronok bila di perkenalkan dengan rangkaian produk GKB dalam penjagaan usus ni. Mestilah dah berusia pun nak cantik dalaman dan luaran kan. Kelima-lima jenis suplemen yang kak ana cuba waktu ini pengambilannya adalah seperti di bawah. 


GKB Probiotik Suplimen


GKB Probio + - untuk memperbaiki sistem usus 


GKB Probio +


Kak ana paling risau jika tak cukup mengambil sayuran atau buahan dalam sajian seharian kerana mudah sangat kini mendapat sembelit. Untuk kita wanita ni, sembelit adalah sesuatu yang menakutkan . Kak ana kini mencuba pengambilan GKB Probio+ yang mengandungi 5 jenis bakteria aktif dan 4 prebiotik yang membantu pencernaan dan mengurangkan sembelit atau cirit birit. 

Sehari dalam seminggu ni kak ana cuma mengambil 1 sachet yang mengandungi 20 bilion bakteria probiotik hidup sebagai penjagaan kesihatan usus. Mudah-mudahan dapat lah melegakan sembelit atau senak perut yang sering kak ana alami, apatah lagi menjelang puasa ni. Setiap sachet boleh di ambil terus atau di bancuh dalam air kosong di jadikan minuman di waktu pagi. 

Nampak keberkesanannya bila senang 'membuang' setiap pagi sebelum solat subuh. Rasa lancar juga tidak mengalami sembelit atau selang beberapa hari baru rasa nak buang air besar. Lega sangat bila dapat ke tandas setiap pagi. 


GKB Probizymes - Mengurangkan Gastritis 


GKB Probizymes


Paling kak ana tak tahan bila di serang gastrik, tak kira kadang-kadang waktu pagi dan ada ketikanya waktu malam pun kena. Jangan lewat makan, atau makan makanan terlalu pedas, mulalah rasa pedih hulu hati hingga muntah-muntah. 


GKB Probizymes

Sebab tu kak ana nak sangat cuba mengambil GKB Probizymes ni setiap hari satu sachet sahaja di awal pagi . Ia diformulasikan daripada probiotik, prebiotik, enzim karbohidrat, protein dan lemak khusu untuk menangani simptom gastrik dan sedih hulu hati yang melampau. 

Dalam seminggu ni, belum lagi kak ana alami gastrik yang teruk seperti sebelum ini. Cuma kadang-kadang masih ada resa pedih ulu hati hadir kejap-kejap. Ambil masa juga untuk ia serasi dalam badan.


GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus 


GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus


Macam kak ana cerita awal tadi lah kan, pagi-pagi kak ana suka sangat berkebun di halaman atau pun di belakang rumah. Leka kadang-kadang sampai ke tengahari. Mulalah kulit terdedah pada panas. Sebelah malam pula, wajib tidur di dalam hawa dingin. Di tambah dengan faktor usia ni, kulit pun cepat kering.
 
Risau sangat bila tengok tangan dan wajah bila kulit mengering ni. Kak ana di syorkan juga untuk mengambil GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus . Banyak khasiat kebaikannya bukan sahaja untuk usu malahan mengurangkan gejala kulit kering dan sensitiv dan mambantu mencegah jangkitan kelamin wanita sambil meningkatkan imuniti melawan penyakit berkaitan ketidakseimbangan mikrob. Sesuai untuk golongan wanita dan rasanya pun sedap ala-ala berri gitu. 

Dalam tempoh percubaan seminggu kulit di tangan ada rasa kelembapan dan tidak kering melampau. Penggunaan losyen juga kak ana amalkan setiap malam sebagai mencegah kekeringan kulit ketika tidur di samping minum air kosong secukupnya. 


GKB G-Pro Gold - Mengurangkan sembelit




GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus


Selain daripada hadir dalam bentuk sachet GKB Probio+ , kita juga boleh mengambil GKB G-Pro Gold dalam bentuk kapsul bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit yang serius. GKB G-Pro Gold mengandungi 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik di dalam setiap kapsul vegetarian yang tidak was was pembuatannya. 




GKB G-Pro Gold sesuai di ambil oleh mereka yang mengalami masalah sindrom iritasi usu, cirit birit dan sembelit yang mana probiotik membiak dan memetabolisme usu, meningkatkan PH dan mengurangkan kemandirian bakteria patogen. Senang cerita usus akan terjaga dengan baik.


GKB  Lactobacillus Plantarum GKM3 - Mengawal minyak dan mengurakan kalori



GKB  Lactobacillus Plantarum GKM3


Dinyatakan , GKB  Lactobacillus Plantarum GKM3 ni satu-satunya bakteria yang boleh menyerap minyak malahan mengandungi Lactobacillus Plantarum probiotik yang kuat untuk menyerap lemak dalam badan, asid urik dan lipid darah ( kolestrol , trigliserida ) . Ia juga baik dalam membantu mengurangkan penyerapan kalori dan pastilah baik untuk mengawal berat badan. 

Pasti idaman setiap kita wanita dan juga kaum lelaki mengimpikan bentuk badan yang ideal di samping menjaga kecantikan kulit dan usus dalaman juga. Kiranya semua dalam satu dah kan. Ia telah pun memenangi lebih daripada 20 anugerah dan paten dari pelbagai negara termasuk US, Jepun, China, Singapura dan Taiwan. Dah tak perlu berlapas untuk mendapatkan bentuk badan ideal di samping menjaga usus juga. 

Untuk kak ana, berat badan bukanlah masalah , kerana hingga ke hari ini kak ana masih mampu mengekalkan berat badan yang ideal. Ia sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan secara sihat. 






Banyak kebaikan khasiat di dalam setiap produk GKB ni untuk kita semua mengamalkan gaya hidup sihat dan cantik. Rangkaian produk GKB boleh di beli dari mana-mana rangkaian farmasi berhampiran seluruh negara termasuk Alpro Pharmacy, GKB Official Selling Platform:

Central: Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy         

Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak        

Penang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy        

Perak: Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy        

East Coast: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan         

Southern: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy        

Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy        

Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy

atau layari ke :  https://www.mygkb.com/Article/Detail/1188 

Untuk keterangan lanjut dan promosi layari sahaja ke :

Laman Web: www.mygkb.com

Facebook: www.facebook.com/mygkb

Instagram: www.instagram.com/mygkb

TikTok: www.tiktok.com/@gkbmsia

RED ID: 1318211221 (GKB 集康宝)

YouTube: https://www.youtube.com/@mygkb01


#gkbinternational #gkbsoftlaunch2023 #gbprobiotics #gkbspacesuit






3 Comments

  1. Mudah-mudahan kita sentiasa sihat. Memang cerewet jugalah apabila usia sudah mula keemasan ini. Bagus jugalah ada rangkaian produk sesuai untuk atasi masalah kesihatan.
    Selamat berpuasa buat AJ sekeluarga.

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan Kak Ana. Menarik produk yg Kak Ana review ni. Saya tertarik dgn produk GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 dan GKB Probizymes tu. Nanti boleh la saya cari kat farmasi dekat area rumah.

    ReplyDelete
  3. kolin suka yang serap minyak dan kalori tu ...best wei. mmg kurang berat hahaha

    ReplyDelete