Siakap lah ikan paling versatiles sekali selepas ikan kembung, pada kak ana lah...Bukan apa, ia mudah dan boleh di pelbagaikan menu masakan dengannya. Boleh di katakan , masaklah menu apa pun kena sahaja dengan selera dan citarasa kami sekeluarga.

Ikutlah kadang-kadang kak ana kukus, tak pun masak sweet & sour, jadikan ikan bakar pun sodap, masak kari pun jadik, buat goreng pun okay jer. Tak pun jadikan masak taucu pun kena juga.. pendek kata ikut muu laa nak masak apa, In Syaa Allah boleh ngam. 


resepi asam tumis ikan siakap

Kali ni kak ana nak share pula resepi ikan siakap yang di jadikan masakan asam tumis. Kalau di utara kami panggil asam tumeh. Menu ni lebih kurang sahaja masakan asam pedas. Cuma untuk kak ana ia tidaklah terlalu pedas berbanding dengan masakan asam pedas Melaka. 

Jiran kak ana orang Negori dan suaminya orang Melaka, Zura, kalau masak asam pedas Melaka memang beza sangat rasanya dengan asam tumis orang utara. Memang power lah resepi original asam pedas Melaka. Sedap sangat masakan Zura. 

Bahan pun banyak dari asam tumis yang kak ana masak ni. Ada buh lada hitam dan sebagainya. Hat resepi yang kak ana nak share dengan korang ni mudah sangat, basic sahaja. Jom kita tengok. 


Resepi dan cara masak asam tumis ikan siakap


Bahan-bahan masak asam tumis ikan siakap 

Ikan siakap - boleh juga masakkan dengan ikan kembung,pelaling, pari ikut lah selera masing-masing.

Cili blend 

Bawang merah

Bawang putih

Serai

Belacan - jika suka

Kunyit hidup atau serbuk pun boleh jer

Air asam jawa

Bunga kantan/daun limau purut/daun kesum - ikut mana suka

Garam secukup rasa

*Bahan-bahan masakan ni ikut kuantiti ikan yang korang nak masak, sebab tu kak ana tak tentukan berapa biji bawang dan sebagainya. Pendek kata adjust sendiri naa.. :) 


Cara masak asam tumis ikan siakap

1. Tumbuk bawang merah , bawang putih dan ketuk serai bersama belacan dan kunyit.

2. Gaulkan dengan cili blend.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan agak garing sedikit. Buh minyak lebih sikit baru dapat tekstur pecah minyak yang sedap.

4. Masukkan ikan siakap yang di potong dan bersih, goreng seketika bersama bahan tumis supaya tak lah rasa rebus. 

5. Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih.

6. Rasakan dengan garam dan boleh lah masukkan bahan aroma seperti bunga kantan, daun limau purut atau pun daun kesum.

7. Matikan api dan sedia untuk hidangan makan bersama keluarga. Selamat mencuba naa... 

6 Comments

  1. Sedapnyaaa...SA x pernah lagi masak macam ni...nak cuba la kak ana...nampak sedap tu ha...kalau letak bendi ok x?

    ReplyDelete
  2. Betul tu, Kak Ana.. siakap, masak apa pun sedap.

    ReplyDelete
  3. dalam rumah ni saya sorang je yang suka siakap...klu dah teringin sangat masak juga sikit buat lepas tekak

    ReplyDelete
  4. siakap best boleh pelbagai masakan semuanya sedap :)

    ReplyDelete
  5. sedapnya asam tumis siakap

    ReplyDelete
  6. ikan siakap masak apa pun sedap kak

    ReplyDelete