Ingat tak kak ana ada share sebelum bulan puasa lepas, yang kak ana ada ke Saudagar Nanas di Sungai Merab dan makan nanas goreng sedap bangat tuu.. Korang boleh baca kat SINI . Memang best situ, pemandangan pun cun di ladang nanas untuk korang nak ber ootd.

Lepas sahaja ke sana, kak ana dan suami sementara tunggu Adik Ika ada urusan kerja di MAEPS, kami waze pula ke Farm Fresh @UPM di UPM Serdang. Tak lah jauh sangat dua lokasi ni berdekatan sahaja. 


Farm Fresh UPM

Sampai sini kami cari parkir dahulu, waktu ni tak ramai sangat orang mungkin dah dekat nak puasa kan, orang tak jenjalan dan fokus nak sambut puasa dan raya. Parkir percuma je kat sini, cuma kena menapak agak jauh dari pintu masuk. Kalau bawa anak-anak atau orang tua, baik lah drop off kan depa dulu pas tu pii cari parkir. 


Sampai kat pintu masuk, kena lah beli tiket. Harga tiket dewasa RM15 dan kanak-kanak RM10 dan bawah umur 4 tahun percuma. Kita akan dapat gelang tu pakailah sepanjang masa semasa di dalam ladang sepanjang hari. 


Apa yang menarik di Farm Fresh @ UPM ?


Farm Fresh UPM


Jom kak ana kongsikan apa yang best sepanjang kak ana berada di Farm Fresh @UPM ni. Masuk sahaja di kawasan ladang ni, cuaca memang agak panas terik. Waktu tu sekitar jam 11 pagi lebih kurang. Kami terus ke seksyen ternakan di sebelah kanan tu ada banyak sangkar unggas seperti burung dan aneka jenis ayam.


Farm Fresh UPM

Depa duk dalam sangkar yang agak luas dan ada beberapa spesis ayam dan burung yang kak ana tak pernah lihat pun sebelum ni. Ada spesis ayam tu, ya amat besar saiz dia, gemoks gebu kaki dan bulunya. Boleh lah nak bawa anak-anak tengok, menarik juga pada kak ana. 


Farm Fresh UPM

Pas tu, kami terus pula ke bahagian lembu susu. Kat sini kita ada walk way di hadapan kandang-kandang lembu susu Farm Fresh . Setiap kandang tu adalah jenis dan kenapa lembu-lembu tu di tempat kan disitu. 


Farm Fresh UPM

Ada kandang untuk anak lembu yang baru lahir, di asingkan juga lembu-lembu susu ni mengikut usia depa kerana makanan depa pun di berikan mengikut kesesuaian umur. Sempat lah kak ana bertanya pada adik yang bertugas menjaga lembu susu kat sini.


Farm Fresh UPM

Macam-macam saiz lembu kita boleh tengok kat sini, ada juga labour room untuk ibu lembu yang melahirkan , tempat perah susu dan sebagainya. Satu pengalaman baharu pada kak ana dan suami sepanjang kita berjalan di walk way yang di sediakan. 



Habis sahaja melawat kandang lembu susu Farm Fresh, kami kembali ke bahagian hadapan dan masuk pula ke ruang akuarium ikan. Adalah dua baris akuarium mempamerkan pelbagai jenis ikan-ikan hiasan kat dalam ruang berhawa dingin ni. Tuu sebenarnya nak tumpang aircond kat dalam ni sebab panas sangat kat luar sana...


Farm Fresh UPM

Kat sini juga ada di sediakan tandas dan surau. Di hadapan akuarium ikan ada lah Kids Barrel Ride . Hat ni kanak-kanak suka lah naik trem comel duk dalam tong drum kecil yang akan bawa depa pusing taman di Farm Fresh @UPM . 


Farm Fresh UPM

Kalau korang nak pii nanti pakaikan topi kay, sebab kawasan ni kawasan terbuka memang panas. Kanak-kanak akan di bawa pusing sekitar taman tapi bukan di bahagian kandang. Pusing lah satu pusingan tengok pokok-pokok dan ayam, rusa,kambing serta burung yang di biarkan bebas ditengah padang bawah pokok yang berpagar. 


Farm Fresh UPM


Kak ana seronok ke bahagian nurseri tanaman kat Farm Fresh @UPM . Tak banyak pun tanaman yang ada, waktu kak ana kat sini, terdapat pokok-pokok bunga vinca, tanaman pokok sawi dan labu air. Kecil je nursery nya tapi boleh lah kan...


Farm Fresh UPM

Kat tengah padang pula ada banyak patung-patung lembu yang berwarna-warni untuk korang yang nak bergambar. Dalam kawasan bulatan di tengah padang. 


Farm Fresh UPM


Dah habis ronda-ronda,kami ke cafe The Acre yang terletak sebelah pintu masuk. Kiranya dah nak keluar dah la dari Farm Fresh @UPM . Menu kat sini semuanya Halal dan harga agak mahal . Kak ana postkan kat sini antara menu yang ada untuk korang bajet siap-siap kalau rasa nak makan .


Farm Fresh UPM


Kak ana dan suami pun cuma minum dan ambil sepotong kek sahaja. Lagipun kami dah makan brunch di Saudagar Nanas sebelum ni. Cafe dia menarik lah. 


The Acre Farm Fresh UPM


Dan sebelum kak ana lupa nak ingat kan yang semua transaksi di Farm Fresh @UPM  adalah secara cashless.  Korang boleh gunakan debit, e-wallet dan qr code naa. Cash tak laku kat sini termasuklah pembelian tiket dan produk Farm Fresh.


Farm Fresh UPM


Selain cafe the Acre ni ada juga kiosk minuman dan aiskrim dan di bahagian hujung sebelum keluar tu, korang boleh beli produk Farm Fresh di Fresh Picks . Harga sama je macam kat pasaraya. Kecuali  Farm Fresh @UPM belian yang dalam kotak dalam kuantiti yang banyak dapatlah harga murah sedikit.


Ladang Farm Fresh UPM


Farm Fresh UPM

Sebelum keluar, kak ana dan suami beratur lah nak naik trem keliling ladang Farm Fresh @UPM  yang di luar. Ada pemandu pelancong yang akan bercerita dengan kita aktiviti di sekitar Farm Fresh @UPM . Luas juga perjalanan dan sampai di puncak bawah pokok lokasi pengambaran Lagenda Budak Setan dan Magika ni trem akan berhenti.


Farm Fresh UPM


Korang boleh turun dan ambil gambar dari view atas bukit UPM dengan panorama yang menarik, boleh nampak ladang Farm Fresh @UPM dan sayup nampak pemandangan Kuala Lumpur. Kat atas ni juga ada sign Farm Fresh @UPM tapi kak ana tak dan nak ambil sebab ramai nau awek nyonya seksi sedang ber ootd. 

Berdebu gak lah muka lepas turun dari trem di tengahari rembang nii kan. Selesai tu, kami di turunkan di hadapan pintu masuk dan kak ana dan suami kembali ke  kereta. Nak balik dah.. 


Farm Fresh @UPM


Berbaloi ke lawatan ke Farm Fresh @UPM , pada kak ana okay je.. menarik juga dapat tengok depan mata lembu-lembu susu Farm Fresh, pokok-pokok, unggas dan makan minum serta membeli produk Farm Fresh. 

Best juga la, dah jemu ronda mall sekali sekala back to nature berpanas ke ladang ternakan pula. Kalau korang berada di sekitar Serdang, Kajang dan sekitarnya boleh lah jenjalan ke Saudagar Nanas di Sungai Merab dan ke Farm Fresh @UPM di Serdang. Semoga bermanfaat... 




4 Comments

  1. bawa budak2 suka sangat ni tengok lembu tengok ayam

    ReplyDelete
  2. Cx suka nak bawa anak2 ke tempat macam ni tapi tulah agak panas leting ekh kak ana. Kena standby everything lah kalau nak masuk. Tempat dia cantik dan best cx tengok. Baca pengalaman kak ana pon dah best dan terujA

    ReplyDelete
  3. wah menarik tempat n suasananya

    ReplyDelete
  4. Suka tempat2 mcm ni. Seronok kalau blh melawat

    ReplyDelete