Ada beberapa resepi masakan Melayu khasnya yang menyatakan cara masakan menggunakan teknik tumis darat. Mungkin ada sesetengah orang tak tahu apakah yang di maksudkan dengan istilah tumis darat ? 

Kak ana suka juga dengan kaedah masak menu masakan cara tumis darat ni kerana ia memberikan kelainan pada rasa hasil masakan itu di penghujungnya. Antara yang sering di kaitkan dengan resepi masakan tumis darat ini seperti resepi masak sup tulang dan juga gulai ikan. 


apa maksud tumis darat


Apa maksud tumis darat dalam resepi masakan ?

Meh laa kak ana kongsikan dengan korang yang belum faham apakah makna tumis darat . Ia adalah teknik memasak di mana, selepas selesai kita masak satu-satu menu dalam periuk tanpa menumis, contohnya sup atau gulai, kemudian di dalam kuali yang berasingan, tumiskan bahan tumisan seperti bawang merah, bawang putih, halia atau daun kari untuk masakan gulai.


cara masak tumis darat


Kemudian bahan tumisan di dalam kuali bersama minyak panas, kita tuangkan ke dalam periuk sup atau gulai. Kacau dan ia akan memberikan rasa yang lebih sedap pada masakan kita tadi. Ini lah maknanya cara masak tumis darat. 


cara masak tumis darat


Memang sedap, tidaklah masakan kita akan berasa rebusan sahaja, bahan tumis darat ini memberikan aroma dan rasa pada gulai atau sup. Beza kan dengan cara masakan biasa di mana kita menumis di awal proses masakan, tetapi teknik tumis darat pula memasukkan bahan tumisan di akhir proses memasak.


apa maksud tumis darat


Jadi lepas ni kalau ada resepi yang menyatakan kena tumis darat , inilah kaedah memasak yang di maksudkan. Boleh la try naa... selalunya masakan tumis darat lebih popular pada masakan menu orang utara, tapi ada juga di negeri lain menggunakan kekdah tumis darat. 

Kita raikan sahaja kerana setiap orang tu resepi depa ikut cara masing-masing, lagi berbeza lagi lah meriah menu-menu masakan kita semua kan... Semoga bermanfaat... 










3 Comments

  1. selalu jugak guna teknik ni.. dapp

    ReplyDelete
  2. masak sup n gulai tumis darat harum aroma rempahnya

    ReplyDelete
  3. tumis darat ni biasanya bauan tumis tu lagi seap kan

    ReplyDelete