Sebelum ini kak ana hanya tahu tentang khidmat insurans atau takaful sahaja jika berlakunya pembiayaan rawatan perubatan di kalangan kita. Tak dinafikan untuk membiayai kos perubatan masa kini , selain dari hospital kerajaan bukanlah satu jumlah yang kecil.
Memang benar, dengan mengambil pelan insurans takaful , membolehkan kita membuat tuntutan kos rawatan perubatan di hospital-hospital swasta yang lebih cepat , kurang kesesakan dan jauh lebih selesa berbanding khidmat hospital kerajaan.
Namun tidak semua kita bernasib baik, berkemampuan untuk membiayai bayaran bulanan untuk pelan perlindungan insurans yang ditawarkan. Dengan kos hidup yang makin hari bagai tiada kesudahannya membebani rakyat marhaen khususnya , menjadi sebab ramai tidak mampu memiliki sebarang pelan insurans.
Ini realiti hidup walau apa pun cabarannya, nak tak nak bagi yang tidak mampu tidak ada pilihan lain melainkan pergi juga mendapatkan rawatan di premis kesihatan kerajaan walau sesak dan terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan dan kecemasan.
Namun, hari ini kak ana tertarik pula nak berkongsi dengan korang semua, kita lah golongan marhaen yang kurang kemampuan ini, untuk mendapatkan rawatan perubatan seperti mempunyai pelan insurans tetapi bukan lah dalam bentuk perlindungan insurans atau takaful.
Ia mengetengahkan perkongsian kewangan dalam membuat bayaran kos perubatan dalam satu kumpulan komuniti di mana sekiranya ada ahli yang memerlukan bayaran kos perubatan, ia akan di bahagi sama rata di kalangan ahli.
Dan yang lebih membuat kak ana teruja, bayaran keahlian dan yuran adalah serendah RM10 sebulan di mana ia tertakluk kepada terma dan syarat yang digariskan.
Lyndung komuniti perkongsian bayaran bil perubatan bukan insurans
Apa yang kak ana maksudkan adalah produk LYNDUNG , dan sekali lagi kak ana nak jelaskan, ia bukanlah syarikat insurans takaful. Kak ana ambil kenyataan dari Ketua Pegawai Eksekutif Lyndung, Shamsuddin Salleh, menerusi terbitan beritaharian.com.my 1 , berkata " menerusi kaedah perkongsian itu, bil perubatan akan dibahagi sama rata bersama ahli komuniti seandainya ada ahli yang sakit dan memerlukan rawatan di hospital."
Menurut beliau lagi, "mengambil contoh dengan jumlah ahli seramai 2,000 orang, jika ada ahli dimasukkan ke hospital dan jumlah bil perubatan yang dikenakan adalah sebanyak RM30,000, maka jumlah bil itu akan dibahagikan sesama ahli.
Ini bermakna, setiap ahli perlu membayar RM15 seorang sahaja dan jumlah bayaran ini akan dihadkan sehingga RM50 sahaja sebulan. Jika jumlah bayaran adalah lebih, ia akan dibawa ke bulan depan pula.
Jelas,kan. mula-mula kak ana pun tidak begitu faham mengenai konsep produk LYNDUNG yang diperkenalkan dan telah pun di lancarkan pada 28hb February yang lalu.
Dengan bayaran yuran bulanan sekadar RM10 setiap bulan atau pun secara tahunan berjumlah RM120 sahaja yang mana ia adalah untuk pembiayaan kos pentadbiran pengurusan.
Ahli juga hanya perlu membayar RM100 sebagai Initial Sharing Contribution (Sumbangan Perkongsian Awal) semasa pendaftaran. Inilah yang di maksudkan sumbangan perkongsian komuniti dalam membayar bil perubatan ketika kita memerlukan kelak melalui program Lyndung.
Sumbangan Perkongsian ini akan disimpan di dalam sebuah akaun amanah di bawah pemantauan AWARIS, dan hanya akan ditolak jika ada ahli memerlukan rawatan di hospital. Lyndung juga menghadkan perkongsian kepada RM50 sebulan bagi menjaga kebajikan ahli.
Jika perkongsian melebihi RM50 pada sesuatu bulan, baki perkongsian tersebut akan ditolak pada bulan berikutnya. Tambah nilai sumbangan perkongsian secara automatik akan berlaku jika baki kurang atau bersamaan dengan RM50.
Jelas dah kan apa yang dimaksudkan dengan berkongsi bil perubatan kita secara sama rata sesama ahli komuniti Lyndung. Dalam erti kata , kita tidak perlu lagi menanggung beban kos perubatan seorang diri.
Dan ianya sangat lah rendah dan mampu bayar kata orang, jika dibandingkan dengan medical card yang ada di pasaran masa kini. Ini kerana ia tidak menggunakan sistem agen dan ini antara sebab ia boleh dikendalikan pada kos yang lebih murah di kalangan ahli kerana sekali lagi kak ana nyatakan disini bahawa ia bukan syarikat insurans/takaful.
Walaupun Lyndung ini bukanlah syarikat insurans/takaful tapi manfaat program Lyndung lebih kurang macam korang beli medical card. Antara manfaat utama program perkongsian komuniti Lyndung adalah seperti berikut:
1. Perkongsian bil perubatan akibat kemalangan sebanyak RM20,000.
2. Perkongsian bil perubatan termasuk kemalangan sehingga RM1 juta selepas 180 hari tempoh menunggu.
3. Khairat kematian sebanyak RM5,000 kepada waris ahli Lyndung.
4. Pemindahan organ layak untuk dikongsi sehingga RM20,000 jika ahli adalah penerima.
5. RM100,000 maksimum sepanjang hayat layak untuk dikongsi bagi rawatan kanser dan dialisis bagi pesakit luar.
6. Servis ambulans sehingga RM250 jika berlaku kecemasan.
7. Bilik dan makanan hospital sehingga RM150 layak untuk dikongsi.
8. Caj pendapat kedua juga layak untuk dikongsi jika nasihat diterima 60 hari sebelum dimasukkan ke hospital.
Lyndung juga mempunyai rangkaian panel hospital yang banyak di seluruh negara. Korang boleh layari ke laman sesawang Lyndung di pautan yang kak ana berikan di bawah untuk semua butiran rasmi dan pendaftaran serta FAQ.
Siapa yang layak mendaftar sebagai ahli Lyndung?
Tentu kita tertanya siapakah yang layak untuk menyertai program komuniti Lyndung ini ? Untuk pengetahuan kita semua, program ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang sihat tanpa penyakit sedia ada berusia dari 18 hingga 40 tahun dengan pendaftaran dibuat secara dalam talian menerusi e-Kyc.
Adakah Lyndung patuh syariah ?
Kak ana pasti, kita semua perlu mengambil tahu adakah produk ini mematuhi hukum syariah bila melibatkan kewangan dan pembiayaan. Dari penelitian kak ana di laman rasmi merka di lyndung.my, Lyndung merupakan satu produk patuh Syariah.
Lyndung Community Sharing Programme ini juga telah di anugerahkan sijil pematuhan Shariah oleh Tawafuq Consultancy pada 1hb December 2022.
Alhamdulillah, tidak ada keraguan lagi dalam penyertaan untuk program Lyndung sebagai pelindung diri ketika memerlukan rawatan perubatan di masa depan, In Syaa Allah.
Kerana Lyndung bukanlah sebuah syarikat takaful atau insurans, ia tidak tertakluk di bawah akta Bank Negara Malaysia (BNM). Walaubagaimana pun , pengurusan Lyndung telah mengadakan perjumpaan dengan BNM tahun lalu untuk berbincang mengenai produk mereka dan pihak BNM memaklumkan bahawa model Lyndung tidak tertakluk di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA). Korang boleh rujuk sendiri ke laman sesawang Lyndung dimana segala matlumat mengenai produk serta FAQ di
https://lyndung.my/Sehingga kini , telah ramai yang menyertai program Lyndung dan korang bolehlah baca sendiri beberapa keratan terbitan testimonial di SINI . Selain itu program Lyndung juga menawarkan affiliate untuk yang berminat dan korang dan sahabat korang yang menyertai akan mendapat ganjaran untuk setiap keahlian yang berjaya di daftarkan kelak.
Untuk keterangan lanjut dan butiran yang lebih tepat korang boleh dapatkannya di mana-mana pautan yang kak ana berikan di bawah :
Pejabat pengurusan Lyndung beralamat di
Lyndung Sdn. Bhd.
18A, Jalan Pinggiran Putra 4a/4,
Desa Pinggiran Putra,
4300 Kajang, Selangor .
Waktu operasi Isnin hingga Jumaat kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum adalah 10:00 AM - 5:00 PM
24 Hours Hotline untuk urusan hospitalisation & Guarantee Letter (GL)
Lyndung Operator e-MAS Hotline - 03-27790012
Telegram : https://t.me/LyndungSupport
Whatsapp : Lyndung Support
1. https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2023/04/1094325/lyndung-tawar-perlindungan-perubatan-serendah-rm10-sebulan
1 Comments
wah insuran perlindungan perubatan patut sertai tu
ReplyDelete