Makan angin Dataran & Jeti Bagan Datuk
Hari raya haji kedua hari tu, abah ajak kami semua nak merasa lalu jambatan baru Bagan Datok. Dah mula beroperasi di buka laluan jambatan yang menghubungkan Bagan Datuk ke Manjung. Dari carian di internet jambatan Bagan Datuk - Sijagop ini sepanjang 10.5 kilometer dengan 1.54 km adalah panjang jambatan merentasi Sungai Perak .
Kalau kami dari bandar Teluk Intan ni, perlu melalui jalan Batu 5 , ikut jambatan Sultan Yusof dan akan masuk ke jambatan Bagan Datuk selepas Kg Sijagob , hasil carian di internet sebab kak ana tak pasti laluan masuk jambatan ni kat mana. Tapi selepas jambatan Sultan Yusof tu akan melalui lebuhraya baru juga WCE, ada lah papan tanda atau korang waze pun boleh sampai.
Laluan jambatan ini akan memudahkan perjalanan dari Bagan Datuk ke Manjung atau kami dari Teluk Intan ke Bagan Datuk juga kerana keluar jambatan terus sampai ke persimpangan menuju pekan Bagan Datuk atau pun jeti Bagan Datuk.
Kalau sebelum ni, kami perlu ke Simpang Empat dan kemudian masuk lagi hingga ke pekan Bagan Datuk, agak jauh juga lah perjalanan sebelum ni. Dengan siapnya jambatan yang belum bernama ketika entri ini di siapkan, pendek lah masa perjalanan mendekatkan destinasi Bagan Datuk dengan Manjung dan Teluk Intan.
Jeti Bagan Datuk
Tak sempat kak ana nak ambil gambar di jambatan Bagan Datuk ni, sebab kak ana duk belakang masa ni. Biasa lah kalau bawa abah, abah akan duk depan.
Sampai di pekan Bagan Datuk, kami ke jeti ni lah. Jalan-jalan naik jeti dan melihat sungai atau muara di sini. Kak ana tak pasti air masin atau air tawar tapi ia tidak berpantai.
Tarikan utama Bagan Datuk ni dalah Dataran Bagan Datuk ni lah. Ada jeti dan ada lah gerai-gerai jualan. Kak ana nampak juga sebuah replika kapal, tapi tak pasti apakah tujuan pembinaannya. Kapal lebih kurang hat di Melaka tu bentuk dan warnanya. Kami pun tak pii dekat area kapal jadi tak tahu apa kegunaan atau fungsi kapal tersebut, cuma tengok dari jauh sahaja.
Nampak ada pembaharuan juga di deretan kedai lama di hadapan kawasan Jeti Bagan Datuk ni. Bangunan kedai telah di cat warna warni dan nampak lebih cantik dan menarik juga untuk tarikan pelancungan di sini.
Sempat lah Haris beli cendol dan putu perak kat sini, gerai di hadapan menara Jeti Bagan Datuk ni sahaja. Ruang parkir agak terhad juga kat sini. Tapi masa kami pii ni percuma lah, tak nampak pun ada bayaran, mungkin sebab hari cuti kut. Kak ana tak pasti.
Yang pasti tarikan terbaharu di Bagan Datuk ini adalah siapnya masjid terapung . Kalau dari jeti dan dataran ni, kena menaiki kereta juga untuk ke masjid terapung kerana kedudukan nya agak jauh. Di entri akan datang kak ana akan kongsikan pemandangan di dalam dan sekitar masjid terapun ni.
Banyak nampaknya pembaharuan yang ada di kawasan sekitar Bagan Datuk kini. Alhamdulillah.. Semoga akan terus makmur dan permai, gituew. Walau pun tak jauh dari Teluk Intan, memang jarang kak ana ke sini sebab tak ada tujuan pun.
Teringin juga nak pi ke kebun bunga matahari di Bagan Datuk ni. Belum ada rezeki lagi, In syaa Allah kalau di izinkanNya dapatlah kak ana kongsikan dengan korang.
Balik dari Bagan Datuk ni, kak ana terus ke Cyberjaya kerana Kak Long di masukkan ke wad. Dua hari kemudian dia discaj kerana ada masalah sikit pada kehamilannnya. Alhamdulillah semua baik-baik sahaja.
5 Comments
dah lama xke bagan datuk cantik jeti baru bandar makin besar...moga kaklong afiat sjhtra tiasa
ReplyDeleteMakin membangun katanya BD ni, tambahan dgn siapnya sebahagian WCE. Hari tu suami ke Lumut pun lalu WCE yg dah dibuka tu.
ReplyDeleteMudah-mudahan semuanya baik-baik utk Kak Long 🤲
wah kak long dah pregnant..alhamdulillah..tahniah k.ana, bakal opah muda..hehe..
ReplyDeletebagan datuk nieyl penah sampai tapi dlu la masa sekolah rendah..itupun dah lama dah x ingat dahh...
ReplyDeleteRasa nya blm pernah sampai Bagan Dato ni.. Menarik ni..
ReplyDelete