Sambung kisah jenjalan Bagan Datuk masa hari raya haji yang lepas, yang kak ana kongsikan di SINI , Alhamdulillah.. sempat kami singgah di masjid terapung yang terletak tak jauh dari Dataran Bagan Datuk. 

Dari dataran tu nampak dah sebuah bangunan masjid yang terapung di dalam air. Kalau air jernih cantik lah kan, boleh nampak bayang masjid kat air. Tapi waktu kami maii ni, air surut agaknya, tak berapa nampak seperti ia terapung sangat sebab nampak tiang kaki masjid. 


Masjid terapung Bagan Datuk


Masjid terapung Bagan Datuk - Masjid Tuminah Hamidi


Nampak warna kebiruan sebuah masjid yang tersergam indah di penjuru laut di Dataran Bagan Datuk ni. Kak ana dapatkan sedikit info dari keratan terbitan utusan online mengenai masjid terapung ni untuk info kita semua. 

Memetik terbitan utusan online ' Masjid Tuminah Hamidi yang mampu menampung 5,000 jemaah pada satu-satu masa, mula dibina pada 2017 dengan kos kira-kira RM53 juta menggunakan dana Yayasan Al-Falah, yayasan milik keluarga Ahmad Zahid. 

Difahamkan, ia menjadi masjid terapung keempat yang dibina di Perak selepas Masjid An-Nur Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Tronoh, Masjid al-Badr atau dikenali juga sebagai Masjid Seribu Salawat di Pulau Pangkor dan Masjid Kampung Telaga Nenas, Ayer Tawar.'


Masjid terapung Bagan Datuk


Sebelum ni kak ana pernah di rezeki kan ke masjid terapung di Pulau Melaka iaitu Masjid Selat Melaka , cuma mungkin kerana masjid Selat Melaka tu lokasi nya di laut luas rasa berbeza sedikit dengan masjid terapung Bagan Datuk ni. 

Senibina masjid terapung Bagan Datuk ni kak ana lihat ada unsur kesenian Morocco dari segi warna nya juga di mana di dominasi warna biru laut.


masjid terapun bagan datuk


Ia kini antara mercu tanda bandar Bagan Datuk seperti mana kat kampung kak ana yang menjadi ikonnya adalah Menara Condong, Teluk Intan yang berusia lebih seratus tahun tu. Pasti akan menjadi tarikan terbaharu di Bagan Datuk ni dengan adanya masjid terapung. 

Semoga masjid tersergam indah ini akan di isi dengan aktiviti kemasyarakatan muslimin muslimat dan sentiasa di pernuhi bukan setakad mercu tanda sahaja, Aamiin... In Syaa Allah.. 


masjid terapung Bagan Datuk


Tak banyak yang dapat kak ana tulis kan di sini mengenai Masjid Tuminah Hamidi ni, sekadar nak kongsikan serba sedikit gambar yang sempat kak ana rakamkan buat yang belum lagi berkesempatan ke sini. 

Di sebelah tepi masjid ni ada ruang terbuka dan kita boleh tengok air laut dari sini. Agak berangin juga , kak ana rasa kalau belah petang atau masa air pasang mesti lagi berangin kat ruang ni. Kami sampai sini selepas sarapan pagi dalam jam 11 pagi macam tu. 



masjid terapung Bagan Datuk


Hat ni pintu masuk ke ruang masjid. Cantik pintu kayu tersergam indah dengan ukiran ayat-ayat dan di hiasan warna keemasan pada ruang pintu dan pembuka nya. 


masjid terapung Bagan Datuk


masjid terapung Bagan Datuk

Ruang dalam masjid berhawa dingin dan juga berwarna biru dan kuning keemasan. Karpet pun warna biru. Kak ana terpaksa crop foto ni sebab ramai yang duk melepak atas karpet waktu kami ada di sini. 

Mungkin sebab kak ana terbiasa ke masjid yang lebih luas seperti di KL dan Selangor dan baru-baru ni kami singgah di Masjid Sri Sendayang, pada pandangan kak ana, ruang dalam masjid Tuminah Hamidi ni tidak begitu luas. 

Dan tak jumpa juga ruang solat muslimah, mungkin sebab hari Jumaat kami kat sini, AJK masjid sedang menyiapkan ruang untuk jemaah solat Jumaat. Jadi kalau korang berada di Bagan Datuk boleh lah singgah solat sunat atau solat fardhu di masjid terapung Tuminah Hamidi.

jom baca juga - 10 masjid terapung di Malaysia 


4 Comments

  1. cantiknya masjid nya kak ana. subhanallah. mcm apa eh, morocco2 gitu kan

    ReplyDelete
  2. hebat masjid terapung bagan datuk cantik

    ReplyDelete
  3. cantiknya rekaan masjid ni.. tak pernah sampai sini lg akak

    ReplyDelete
  4. cantik sangat id masjid ni... sejuk je dgn kaler biru laut lg tu... kombinasi yg cun dgn persekitaran

    ReplyDelete