Ini kali kedua kak ana nak bercerita pengalaman kak ana cabut gigi di klinik kesihatan kerajaan dengan korang. Last kak ana pii cabut gigi tahun 2017 rasanya, lama dah wehh.. pernah terbitkan entri di blog ni dan alhamdulillah puluhan ribu view yang capai.

Kak ana tahu mesti ramai nak tahu dan baca pengalaman sakit ke tidak cabut gigi di klinik kerajaan ni. Kita selalu di mitos kan , kalau cabut gigi di klinik kerajaan ni sakit, tunggu lama dan macam-macam lagi lah.

Kak ana sendiri pun lama dah gigi geraham kiri dan kanan dah goyang. Nak makan pun tak syok sangat takut terkena saraf mau menjerit menanggung sakit. Setakad ni , tak lah sakit cuma rasa tak selesa bila makan.

Try la juga survey beberapa klinik pergigian swasta di sekitar kediaman kak ana nih. Rata-rata harga sekitar RM200 ke atas untuk sebatang geraham. Ada jer duit tapi biasa lah bertangguh dan macam sayang pula kan, RM200 tapi kita boleh dapat rawatan yang sama pada harga jauh lebih murah, pada kak ana laa..


pengalaman cabut gigi di klinik kerajaan


Pengalaman cabut gigi di klinik kerajaan 


Penyudahnya 10hb Oktober lepas, sebaik sahaja kak ana hantar Adik ke stesen KTM, lebih kurang jam 8 pagi, terus kak ana lajak ke Klinik Kesihatan. Malas nak fikir dah kan redah ajer laa. Kak ana naik ke tingkat atas , klinik pergigian .

Daftar di kaunter , buat pembayaran pendaftaran RM1 sahaja dengan menggunakan debit kad laa nih. Kemudian tak sampai 15 minit dah kena panggil nama untuk pemeriksaan tekanan darah. Alhamdulillah, BP cun pagi ni.

Kalau tekanan darah tak cantik, memang doktor tak akan cabut gigi atau pun kalau masa tu gigi korag bengkak atau tengah sakit pun sama, tak boleh nak cabut pada hari tersebut. 

Tunggu sat dalam 5 minit dan nombor di panggil masuk ke bilik rawatan. Doktor gigi pun check la satu persatu. Bila kak ana ceritakan mana yang nak cabut , doktor kata okay kita cabut sebelah kiri dulu. Redha jer laa kan.

Doktor pun bius, masa ni sakit kena cucuk jarum sahaja lah di bahagian lelangit. Kena tunggu kebas sekejap dalam 2-3 minit macam tu, doktor sentuh-sentuh la dalam mulut, nak test sama ada dah cukup kebas atau tidak.

Lepas tu doktor pun tarik lah dengan peralatan depa, sebatang gigi geraham kak ana. Tuu diaa panjang tunjang. Habis clear tercabut. Sakit tak ? Alhamdulillah tak berasa sakit sedikit pun, cuma sakit rahang mulut je lah sebab kena nganga luas-luas kan.

Doktor pun buh kapas dan tunjuk kat kak ana gigi yang dah tertanggal. Bekalkan dengan ubat tahan sakit dan satu set kapas, kak ana ke kaunter semula serahkan kad pergigian. Kena bayar RM2 lagi untuk kos cabut gigi. Total RM3 sahaja untuk cabut sebatang gigi geraham.

Erm.. syukur selamat dan jimat. Kak ana turun dan terus drive balik ke rumah. Sempat pi kedai beli mee rebus sebab doktor pesan suh makan makanan sejuk dan lembut sehari dua ni. 

Sampai rumah, rehat jemur kain bagai. Bila ubat bius dah habis ada rasa nyilu sedikit pada gusi yang cabut tadi. Kak ana telan sebiji ubat tahan sakit dan tidur. Bangun sebelum Zohor alhamdulillah tak sakt dah. 

Malam tu suami bawa makan KFC dah hehe. Makan ayam belah kanan dulu dan okay semua tak sakit. Syukur Alhamdulillah... Jadi pada kak ana yang sayang nak bayar RM200 untuk cabut gigi, okay sangat cabut gigi di klinik kerajaan ni. 

Doktor muda, baik sangat. Cepat juga proses tak perlu tunggu lama dalam 45 minit selesai. Syaratnya maii awal pagi dapat nombor awal. Semoga perkongsian ini bermanfaat naa. Tapi kalau korang ada duit dan boleh claimed misalnya pii la cabut di swasta. Ikut pada kemampuan masing-masing. 

4 Comments

  1. Alhamdulillah ..semuanya selamat

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. tak perlu tunggu lama prosesnya.
    Cabutlah kat mana-mana pun yang penting tak sakit lagi dah huhu..
    Hanya yang pernah mengalami sakit gigi je tau perasaan sakit tu macamana.

    ReplyDelete
  3. Wah, best pulak baca pengalaman Kak Ana pegi klinik gigi kerajaan. Lain kali saya pun nak try jugak klinik gigi kerajaan harap2 tak kena beratur dan tunggu lama2.

    ReplyDelete
  4. Rasa bila dh semakin berusia ni ammi pun dengan berkawan dengan klinik kerajaan. Masa kerja ni mampulah nak bayar mahal gi swasta.

    Masa kak ana gi klinik gigi tu gigi masih sakit ke? Ammi ada dgr org kata kalau gi klinik govt dorang tak cabut masa sakit. Tp tulah kalau nak tunggu baik boleh jadi raksasa gorgon ammi nanti

    ReplyDelete