Sambung kisah percutian kami ke Kuantan lagi, selepas singgah makan tengahari patin tempoyak di Go'Bang Maju di Temerloh  , kami masuk semula ke LPT dan meneruskan perjalanan ke Kuantan. Tak jauh sangat dah. 

Sampai plaza tol Kuantan, kami pun waze ke waterfornt Kuantan konon nak cari lah tepian sungai dengan papan tulisan KUANTAN tu, sekali salah tempat daa...:) Rupanya bukan Kuantan Waterfront tetapi menara 188 Kuantan. 

Bukan salah waze , salah kak ana yang taip lokasi. Tak pe sesat tu adventure juga , mujur tak jauh mana terpesong di bawa waze. Sampai lah kami ke tepian sungai Kuantan 

Menara 188 Kuantan tepian sungai


Waktu kami pertama kali singgah Kuantan tahun 2018, menara 188 ni belum wujud lagi. Waktu tu kami cuma sampai ke lokasi tepi sungai nih sahaja. Kali ni 2023 dengan izinNya sekali lagi sampai ke sini.


Jalan-jalan Kuantan - Menara 188 Kuantan 




Jalan-jalan Kuantan - Menara 188 Kuantan


Kami sampai sekitar jam 2 petang. Parkir di kawasan berhampiran dan cari tandas awam terlebih dahulu. Ada tandas awam depan sungai ni di kena kan bayaran tapi bersih lah.

Jalan kaki ke hadapan dan menikmati pemandangan sungai . Ada jeti dan ada juga orang yang memancing. Jalan ke hadapan sedikit, sampai lah ke Menara 188 . 


Jalan-jalan Kuantan - Menara 188 Kuantan


Cantik dah lanskap di sekitar sungai dan Menara 188 ni.  Terdapat beberapa kiosk menjual makanan dan minuman serta permainan kanak-kanak. Adik Ika merasa lah beli aiskrim viral orang Kuantan, Ice cream Berlemok kalau tak silap namanya . 


aiskrim berlemok Kuantan


Airkrim gula apong, RM 4,90 kalau tak silap kak ana harga dia yang cup kecil ni. Kak ana kata viral Kuantan sebab banyak juga outlet di sekitar Kuantan kak nampak. Rupanya ia dari gula apong Sarawak.



Jalan-jalan Kuantan - Menara 188 Kuantan


Untuk pengetahuan semua, menara 188 ni korang boleh naik hingga ke aras atas. Ada bayaran di kenakan mengikut beberapa pakej. Tuu kak ana sempat ambil harga tiket Menara 188 bagi yang berminat nak naik.

Di fahamkan ada restoran di puncak sana, restoran makanan Jepun dan korang boleh pilih pakej untuk naik sama ada ke Observation Deck atau Sky Deck atau Combo. Kak ana tak naik pun. Duk bawah je menikmati udara dan angin bayu sungai. 


Jalan-jalan Kuantan - Menara 188 Kuantan

Kemudian kami jalan kaki di sekitar jalan utama di hadapan Menara ni. Ada banyak kafe hipster dan esthetic di deretan kedai-kedai lama di sini dan ada juga jualan hasil laut. Kak ana tertarik dengan lukisan mural pahlawan Melayu Mat Kilau dengan tulisan mural " Jangan sampai bangsaku tiada negara " 

Mendalam pesanan beliau untuk kita sebagai anak bangsa Melayu mempertahan kan kedaulatan tanahair kita yang tercinta. Jasa dan pengorbanan mereka dahulu terlalu besar untuk membebaskan tanahair merdeka dan mentadbir sendiri yang tidak tertanding. 

In syaa Allah, semoga tanahair kita tercinta akan sentiasa di dalam perlindungan Allah swt dari segala keburukan dan umat manusia di dalam keredhaanNya jua, Aamiin. Lepas ni kak ana sambung lagi naa, perjalanan mencari cafe cake paling viral di Kuantan - Kula Cakery ... 


1 Comments