15hb Oktober lepas, kak ana , suami dan Adik Ika mulakan percutian kami bertiga untuk 4 hari 3 malam . Kami plan singgah bermalam di Kuantan kemudian teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu, bermalam di sana semalam  dan kemudian patah balik ke Cherating atau Kuantan semula . Kemudian baru balik ke Selangor.

Alhamdulillah , semuanya berjalan dengan baik. Kami transit Kuantan sebab suami memandu seorang dan perjalanan agak jauh kalau nak terus ke Kuala Terengganu. Lagipun kak ana belum pernah bercuti ke Kuantan. 

In Syaa Allah, kak ana akan sambung trip percutian kami di entri akan datang. Banyak bahan nak kongsi dengan korang sepanjang cuti-cuti Malaysia Pantai Timur kali ni. 


patin tempoyak di Go'Bang Maju Tol , Temerloh


Patin tempoyak di Go'Bang Maju Tol , Temerloh 


Bertolak awal pagi selepas sarapan dan kami memang plan nak makan tengahari di bandar Temerloh. Apa lagi kalau dah sebut Temerloh, pastilah misi mencari patin tempoyak. Adik Ika laa tour guide kami, sebab dia dah dua kali tahun ni ke Temerloh atas urusan kerjanya.



Go'Bang Maju Tol , Temerloh


Keluar sahaja tol Temerloh, kami waze ke Gobang Maju Tol. Tak jauh dari exit tol dan sampai lah ke salah satu  restoran viral ikan patin tempoyak , Go'Bang Maju Tol . Luas tempat makan, ruang parkir pun banyak di luar restoran. 



Go'Bang Maju Tol , Temerloh


Konsep nya hampir sama dengan pengalaman kak ana makan di Nasi Bamboo Sungai Klah di Sungkai. Menarik kerana semua makanan dah tersedia dalam piring atau mangkuk dan di nyatakan harga nya sekali. 

Kak ana cukup berkenan dengan konsep begini supaya kita tahu bajet yang kita ambil untuk makan. Lebih menarik di sediakan troli bertingkat ala Ikea tu untuk korang tolak dan ambil makanan melalui laluan yang di sediakan. 





Kaunter pertama mestilah kaunter nasi. Korang boleh pilih nak nasi kosong, nasi separuh atau nasi set siap tulis harga di situ. Nasi set ni diberikan nasi sama ada separuh atau penuh bersama ulam dan sambal belacan. Kalau nasi kosong tu nasi sahaja la.. 


patin tempoyak di Go'Bang Maju Tol , Temerloh


patin tempoyak di Go'Bang Maju Tol , Temerloh


patin tempoyak di Go'Bang Maju Tol , Temerloh


patin tempoyak di Go'Bang Maju Tol , Temerloh


Lepas tu korang akan melalui laluan lauk pauk. Ikutlah selera korang nak makan apa, semua dah tulis harga kat mangkuk atau pinggan dalam kaunter. Kami pastilah nak makan patin tempoyak original Temerloh .

Semangkuk kami ambil bahagian kepala berharga RM19 pada waktu itu lah. Besar juga saiz patin boleh makan berdua, sebab Adik Ika tak suka sangat makan patin. Ada juga patin pais, patin goreng kalau korang minat nak makan.


patin tempoyak di Go'Bang Maju Tol , Temerloh

patin tempoyak di Go'Bang Maju Tol , Temerloh


patin tempoyak di Go'Bang Maju Tol , Temerloh


Di sebelah kiri dan kanan ada pelbagai pilihan menu untuk korang ambil. Ada sayuran, ulaman, aneka sambal dan cicah dan macam-macam menu lah. Semua dah ada harga tak perlu nak tanya tau risau dah kan. Pepandailah mengira sambil ambil tu , takut terkejut pula bila sampai kaunter bayaran nanti hehe :) 




patin tempoyak di Go'Bang Maju Tol , Temerloh


Di hujung sebelum sampai kaunter cashier korang singgahlah ke kaunter minuman dan aneka pencuci mulut di hujung sebelum cashier. Ada kuih tradisional Pahang dan kak ana ambil juga sebekas Puding Raja . Memang lama dah mengidam nak makan Puding Raja, Alhamdulillah di rezekikanNya makan di sini.




Ini antara menu yang kami ambil tengahari tu. Dah isi dalam troli bertingkat, tolak lah sampai ke kaunter cashier yang ala-ala plaza tol. Menarik kan konsep di Go'Bang Maju Tol , Temerloh ni. Sebab tu namanya ada tol agaknya :) 


patin tempoyak di Go'Bang Maju Tol , Temerloh


Lepas bayar korang masuklah ke ruang makan. Banyak tempat duduk di sedia kan di ruang berbumbung dan terbuka luas konsepnya tanpa dinding. Ada juga bilik berhawa dingin tapi kena caj pula seorang RM5 kalau tak silap untuk 2 jam. 

Mak aii tempat duduk pun kena caj ye. Tak pe kami tak nak pun makan dalam bilik aircond tu, makan je tempat terbuka dan tak lah panas pun sebab ia ruang terbuka berbumbung. Kipas pun ada jer. Selesa sangat dah pada kak ana, yang penting bersih , kan.



patin tempoyak di Go'Bang Maju Tol , Temerloh


Kami makan bertiga, ikan patin tempoyak, nasi set 3 , sayur pucuk ubi tempoyak , telur masin , ulaman dan sebekas puding raja bersama minuman air kosong sahaja. Total semua cuma RM53 . Ikan patin tu berharga RM19 semangkuk untuk bahagian ekor.

Lain-lain kak ana tak ingat tapi rasanya puding raja tu RM12 kalau tak silap lupa dah. Tapi memang sedap sangat, kesemua menu yang kami makan tengahari tu. Alhamdulillah... patin sangat sedap cukup rasa tak hanyir langsung. 


patin tempoyak di Go'Bang Maju Tol , Temerloh

Sangat puas hati , untuk peminat patin tempoyak Temerloh macam kami ni. Kalau korang mengidam nak makan patin tempoyak original Temerloh dan berada di sekitar bandar Temerloh, boleh lah try sendiri ke Go'Bang Maju Tol.

Bukan sekadar viral tetapi ia memang berbaloi untuk singgah makan kerana menu nya sedap dan asli. In Syaa Allah ada rezeki kami akan datang lagi dengan izinNya... Nanti kak ana sambung lagi perjalanan percutian kami di entri akan datang, naa.. In syaa Allah... 

2 Comments

  1. sedapnya ikan patin.. feveret juga ni... harga pun boleh tahan juga :)

    ReplyDelete
  2. Baru kali ini saya tahu da restoran yg ruangan AC nya berbayar 😅. Tapi memang selama outdoor area masih tak panas2 sangat, mendingan di sana yaa.


    Tak pernah coba patin tempoyak. Rasanya kalo ke temerloh nanti, saya juga nak coba. Menarik kalo baca review dari kakak 🤤👍

    ReplyDelete