Kak ana sekarang ni cepat penat, bila buat kerja lebih sikit. Mula dah rasa kaki tak berapa kuat nak berdiri lama, berjalan jauh pun sering kali letih dan lenguh. Mata pun makin kurang bila melihat yang jauh dan dekat. Semua tu faktor usia lah kan..

Makin hari makin naik usia pinjaman Nya. Namun tetap bersyukur kerana masih mampu solat berdiri dan menguruskan keperluan rumahtangga. Hat tu syukur sangat-sangat dah bagi kak ana.

Bila bercakap usia ni, rutin dah setiap 6 bulan sekali ke Klinik Kesihatan untuk pemantauan tekanan darah dan kolestrol. Haa.. jangan tak tahu kak ana ni dah mula makan ubat tekanan darah dan kolestrol. Tak pe laa kan, paling tidak pihak yang berkenaan dapat memantau kesihatan kita.



Kitsui 39 Superfood Meal Replacement


Di rumah ni, kak ana jaga jugalah diet pemakanan yang sesuai . Tapi kadang-kadang tu bila makan di luar erm... memang terbabas memanjang lah kan. Kena pula dengan jemputan food review, hadiri event dan suami pula kaki food hunting, sukar juga nak mengelak dari makan yang tak sepatutnya. 

Hari tu, kak ana ke Watson.. diperkenalkan dengan satu jenama produk yang dah lama terkenal dan dipercaya berkhasiat nya dalam rangkaian penjagaan kesihatan dalaman. Kitsui ! Mesti korang selalu dengar dan tahu akan rangkaian produk kesihatan Kitsui ni kan. 



Kitsui Superfood



Produk Kitsui 


produk KItsui


Kak ana sangat berhati-hati dalam pemilihan produk untuk sebarang kegunaan, sama ada untuk pemakanan mahupun untuk penjagaan wajah dan kosmetik. Tak pernah lagi kak ana membeli produk-produk kesihatan dan penjagaan diri selain dari rangkaian farmasi yang ada di negara kita. 

Bukan apa, bila kita beli di farmasi, Watson contohnya, semua rangkaian produk yang di jual di sini mempunyai sijil dan pengiktirafan yang di perlukan, baharu lah boleh masuk dan di jual kepada pengguna macam kita. 

Kitsui


Kitsui merupakan jenama yang terkenal dan dipercayai pengguna dalam rangkaian produk kesihatan sejak 20 tahun yang lalu, lagi. KItsui memberi keutamaan dalam menjaga quality control dan mematuhi piawaian  standart industri ISO, HACCP, dan GMP dan juga mendapat Asia Halal Brand.








Dari aspek ramuan dan formulasi produk, Kitsui merupakan rangkaian pengeluaran produk berasaskan tumbuhan atau plant-based yang selamat untuk digunakan untuk pemakanan serta sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat walaupun seorang vegetarians dan vegans.





Dan yang paling penting dan utama buat kita umat Islam, rangkaian produk Kitsui mempunyai pensijilan Halal . Telah pun menerima pelbagai anugerah dalam pencapaiannya seperti Brand Laureate, Halal Asia Award, Watson Top Brand,dan Superhealth Brand. Banyak testimoni yang baik dan berkesan mengenai produk rangkaian Kitsui yang membantu dalam menjaga kesihatan dalaman kita semua dan telah pun menerima pelbagai anugerah. 



 Kitsui 39 Superfood Meal Replacement


Duk seronok cerita pasal brand Kitsui, lupa dah nak balik ke topik awal kita tadi. Pasal penjagaan kesihatan kak ana ni, kan. Masa di Watson, kak ana duk belek lah satu lagi produk makanan tambahan atau pun food replacement yang sesuai dengan usia kak ana sekarang.

Bukan sahaja dari aspek kecantikan, malahan lebih penting penjagaan atau supplement untuk kesihatan. Kak ana tertarik untuk mencuba sendiri Kitsui 39 Superfood Meal Replacement. Rasa macam inilah yang paling sesuai dengan permasaalahan kesihatan kak ana.



Kitsui 39 Superfood Meal Replacement


Tertera di label menyatakan KITSUI 39 SuperFood Meal Replacement , adalah makanan tambahan yang diciptakan khas untuk memberikan sokongan optimum serta meningkatkan kesihatan dan tenaga secara serentak. Wahh! Menarik ni, mungkin sesuai untuk kak ana yang cepat penat dan kurang bertenaga kebelakangan nih. 

Dinyatakan juga KITSUI 39 SuperFood Meal Replacement, dapat membantu kurangkan gula dalam darah , mengurangkan masalah kolesterol, membantu meningkatkan sistem imuniti, membantu meningkatkan kesihatan sendi dan tulang , membantu mengekalkan kesihatan mata dan juga membantu mengurangkan masalah tekanan darah tinggi di mana ia mengandungi formulasi : 

- Beta-Glucan BG25

- Sacha inchi (Omega 3,6,9)

- Spirulina

- Prebiotik 10 Bilion CFU



Kitsui 39 Superfood



Kak ana tertarik untuk mencuba sendiri Kitsui 39 SuperFood Meal Replacement ini kerana ia mempunyai nutrien lengkap dari formulasi 39 bijirin dan herba, yang mana ia membekalkan vitamin, dan mineral yang membantu menggalakkan tenaga, stamina, kesihatan dan kesejahteraan.

Ditambah pula dengan kebaikan khasiat Sacha Inci (Omega 3, 6, 9) . KIta tahu lah kan kebaikan  Sacha Inchi ini adalah sumber sokongan acid lemak omega 3, 6, dan 9  yang baik untuk kesihatan jantung, fungsi otak dan kesihatan tulang yang mempunyai manfaat menyeluruh untuk kawasan penting ini. Secara tak langsung ia dapat embantu menurunkan tekanan darah tinggi dan kolestrol dengan pengambilan yang konsisten, In Syaa Allah...


Kitsui 39 Superfood Meal Replacement


Di samping itu, kak ana di fahamkan dari catatan label produk, ia tidak ada Gula Tambahan . Beta-Glucan BG25 membantu mengawal paras gula dalam badan secara semulajadi. Ia dapatlah membantu menurunkan gula dalam darah. 

Produk multigrain Kitsui 39 SuperFood Meal Replacement ini juga mengandungi bahan-bahan seperti Spirulina dan vitamin C, yang membantu membekalkan antioksidan dan nutrien penting bagi menyokong kesihatan mata. Harap sangat dapat membaiki kadar penglihatan kak ana menjadi lebih baik nanti. 

Kak ana juga tertarik dengan kandungan formulasi Prebiotik (10 Bilion CFU) dan Spirulina membantu menggalakkan usus yang sihat serta membantu dalam penghadaman, dan menyokong imunisasi dalam badan. Gabungan ini memberikan kesihatan penghadaman dan peningkatan imuniti dengan lebih baik. Sebab kak ana paling risau kalau sembelit memang mengganggu kualiti harian kak ana. 



Kitsui 39 SuperFood


Cara pengambilan Kitsui 39 SuperFood Meal Replacement 

Kak ana telah pun mencuba untuk beberapa hari , setiap pagi sebelum sarapan . Ia di datangkan dalam prepack mudah . Kita cuma perlukan satu sachet sehari dengan gabungan pelbagai jenis bahan dapat melengkapkan rutin harian .

Kak ana bancuh dengan air suam dan goncangkan shaker atau korang juga boleh bancuh dengan minuman kegemaran seperti   jus, smoothie atau apa sahaja yang korang suka.


Kitsui 39 SuperFood


Rasanya sedap dan agak mengenyangkan juga . Ia sesuai untuk orang dewasa dan warga emas , kiranya boleh lah di makan oleh seisi keluarga kecuali kanak-kanak lah kan, sebab depa perlukan supplement yang sesuai untuk mereka. 

Sesuai juga untuk mereka yang mengalami masalah kesihatan seperti gula yang tinggi dalam darah, tekanan darah tinggi , kesihatan mata, kesihatan tulang dan membantu memberikan tenaga , In syaa Allah...



KItsui 39 SuperFood


Jadi kalau korang berminat untuk mencuba sendiri kebaikan dan khasiat yang terkandung dalam Kitsui 39 SuperFood Meal Replacement ni, boleh lah dapatkannya di rangkaian farmasi Watson di seluruh negara atau pun secara online di platform yang mengambil bahagian. 






0 Comments