Kak ana sekeluarga memang suka sangat bersteamboat atau beroden di rumah bersama keluarga kecil kami. Seronok dan jauh lebih jimat dari makan di restoran di luar sana. Lagipun kat rumah ni memang ada periuk steamboat dan induction cooker dah. Cuma cari bahan-bahan untuk sup atau pes tomyam dan aneka pilihan steamboat atau pun oden.

Dan ini kali pertama kak ana nak try pula ber oden dengan daging shabu shabu di rumah. Kak ana dapat tahu dari FB, ada kedai butcher di Seksyen 9 , Shah Alam yang menyediakan pakej untuk oden daging shabu-shabu ni. 


daging shabu shabu MeatXpert


Daging shabu shabu MeatXpert 



Kedai butcher Halal Shah Alam


Kebetulan minggu lepas, kak ana ikut suami ke Shah Alam atas urusan keretanya, terus lah ajak dia singgah ke kedai butcher MeatXpert di Seksyen 9 bersebelahan sahaja dengan Plaza Masalam berhadapan dengan pasaraya Rosyam Mart. 



MeatXpert Shah Alam


Macam selalu bila kak ana nak share bab makanan ni pastilah nak pastikan kehalalan nya ye dak :) Alhamdulillah... di hadapan pintu kedai terpampang besar logo Halal Jakim dan ada jer sijil perakuan halal depa dalam kedai. 



MeatXpert Shah Alam


Kat dalam kedai butcher MeatXpert ni ada pelbagai jenis dan potongan daging segar di dalamnya. Senang lah untuk korang yang nak berbbq atau buat menu western dapatkan daging segar dengan pelbagai pilihan bahagian di sini. 


MeatXpert Shah Alam


Pelbagai pilihan daging dari daging tempatan, wagyu , angus dan sebagainya lah. Kak ana bukan pandai sangat nak story mory bab daging ni. Tahu makan jer :) Boleh lah korang maii ke sini untuk dapatkan daging segar di kedai butcher Halal Shah Alam ni, kay. 


kedai butcher Halal MeatXpert


Macam yang kak ana bagitau awal tadi, kak ana ke sini untuk dapatkan set oden daging shabu shabu nak beroden shabu shabu dengan suami dan Adik Ika di rumah malam ni. 


set oden shabu shabu MeatXpert


Rupanya set oden ni merupakan killer pakej di MeatXpert iaitu lah Pakej shabu shabu. Memang berbaloi untuk di beli dan ber shabu shabu lah di rumah bersama keluarga kerana ia dah lengkap dengan pes oden sama ada pilihan tomyam atau kimci. 


set oden Shabu shabu MeatXpert


Di berikan juga sos pencicah sama ada korang suka sos sweet chili atau teriyaki. Dua jenis sayuran, kak ana dapat masa tu cendawan enoki dan fat choy. Dan untuk pilihan daging pula adalah seperti di bawah ni, siap kak ana sertakan harga untuk 500g atau 1 kg : 


1. Local : 500g rm65, 1kg Rm100

2. Angus : 500g Rm88, 1kg Rm148

3. Wagyu : 500g rm148,1kg Rm268



daging shabu shabu MeatXpert


Kak ana ambil set oden shabu-shabu angus 500g sahaja untuk kami makan bertiga. Hat bebola tu kak ana beli sendiri di pasaraya nak buat tambah-tambah je kan , baru lah syok ber oden. 

Bawa balik susun kan hirisan daging shabu shabu angus kak ana yang nipis letuih tu , didihkan pes oden di dalam induction cooker , siap lah untuk beroden tiga beranak di rumah. 


daging shabu shabu MeatXpert


Sebenarnya ini pertama kali kak ana makan daging shabu shabu Angus. Memang sedap sangat dan Adik Ika lah yang duk ajar kami cara nak makan. Dipped kan dalam kuah oden , kemudian cicah pula dalam sos teriyaki yang di sertakan sekali tu. 


daging shabu shabu MeatXpert


Masyaa Allah sedap sangat, lembut daging . Mula-mula kak ana dipped lama juga dalam kuah oden , tapi rasa biasa je lah kan, tapi kemudian Adik Ika kata , ibu dipped sekejap je dia akan rasa lebih lemak-lemak gitu, kira masak ala-ala medium cooked. Memang sedap ya amat, komer... 


sos teriyaki shabu shabu


In syaa Allah, lepas ni kalau nak beroden atau steamboat di rumah boleh pre order atau walk in terus ke kedai butcher MeatXpert di Seksyen 9, Shah Alam nih. Boleh lah try shabu-shabu wagyu pula ke kan, haaa gituew... 



set oden shabu shabu MeatXpert


Korang pun kalau nak cari pelbagai pilihan dan potongan daging segar , sekitar Shah Alam, silalah waze ke kedai butcher MeatXpert. Pilih sendiri aneka pilihan daging segar dan bukan daging frozen naa.. untuk pelbagai masakan dan hidangan. Semuanya Halal sembelihannya.. 

Carilah info lanjut di FB atau Instagram :  MeatXpert dengan pelbagai promosi jika ada. Semoga perkongsian kak ana kali ini ada manfaatnya sesama insan, Aamiin... In Syaa Allah... 



1 Comments

  1. menarik ni kak.. boleh di cari nanti. rasanya mcm penah nampak kedai ni. kat setia alam ke.. ke salah hihi

    ReplyDelete