Buffet Shabu-shabu & Yakiniku di Shabu-Shi , Eco Ardence
Anak kak ana, Ika yang suka sangat makan makanan ala-Jepun gini. Dia lah yang duk ajar ibu dengan ayahnya makan celup-celup daging , cicah sos . Dah beberapa kali juga kami pi makan shabu-shabu dan yakiniku . Sedaplah pula rasanya kan, bila bertukar-tukar selera begini.
Dua venue yang kak ana makan shabu-shabu yakiniku , Alhamdulillah.. perniagaan muslim. Seronok kak ana rasa bila ramai saudara Muslim kita berjaya membuka outlet makanan-makanan yang trending masa kini. Kita boleh makan dengan yakin kehalalannya.
Kalau sebelum ni kak ana makan shabu-shabu di Samurai Yakiniku , Setapak , kali ini sehari sebelum birthday Adik Ika, kami makan di Shabu-Shi di Eco Ardence, Setia Alam pula. Kedua-dua premis makanan ni adalah muslim owned dari carian di laman sosial dan internet.
Shabu-shi , Eco Ardence, Setia Alam
Hasil carian di tiktok, kak ana jumpa lah restoran Shabu-Shi yang terletak di Eco Ardence, Setia Alam. Tak jauh sangat dari kediaman kami. Kak ana buat reservation terlebih dahulu dan kami sampai pun awal sekitar pukul 2.30 petang macam tu, lepas Zuhur di rumah.
Ruang parkir di hadapan restoran pun banyak dan selesa sangat kawasan komersil di Eco Ardence , Setia Alam. Tidak sesak. Dapat sahaja pakir di hadapan restoran. Restoran baru beroperasi dalam dua-tiga bulan sebelum ni, kak ana tanya pada staff di kaunter.
Sebenarnya boleh sahaja walk-in untuk dining di sini, tapi kak ana pilih untuk reservation takut juga full house kan hujung minggu. Ada sahaja pelanggan tapi tak ramai, mungkin tengahari jarang orang nak makan shabu-shabu & yakiniku.
Kami dapat meja di tingkat atas. Seluruh restoran berhawa dingin dan dapatlah makan dengan tenang walau kena panggang memanggang dan celup dalam kuah sos yang panas. Seni hiasan dalaman bercirikan negara matahari terbit lah kan, ala-ala Doraemon gitu.
Dah nama lagi buffet unlimited maka sajian menu daging shabu-shabu dan yakiniku banyak di susun di dalam peti sejuk di aras ini juga lah. Kita ambil sendiri di peti sejuk pilih lah daging, ayam, kambing atau seafood yang ada dan bawa ke meja untuk di masak.
Kalau yang suka nak makan ala steamboat pun ada pelbagai bebola , sayuran, cendawan dan sebagainya untuk di makan bersama dua sup yang boleh kita pilih di dapur meja.
Pilihan sos dipping macam selalulah makan di shabu-shabu yakiniku , kita boleh DIY sendiri dengan deretan bahan yang di sediakan di kaunter. Bab ni kak ana akan serah pada Adik Ika, dia yang pandai buat sos-sos dipping dan sedap sangat.
Kalau tak pandai pun tak apa, depa dah gantung siap-siap olahan sos pilihan yang kita nak celup. Ikut sahaja lah resepi yang di beri mengikut citarasa sos pilihan. Mudah, kan...
Berkonsep buffet, pilihan air pun ada beberapa pilihan untuk kita minum unlimited refill.
Selain daripada hidangan makan shabu-shabu yakiniku , terdapat juga sushi yang boleh kita makan sebagai hidangan pembuka selera. Ada beberapa sushi di dalam display rack tengahari tu dan depa akan refill bila dah habis. Memang tak leh lah buh semua kalau buffet kan, naya pelanggan yang kemudian tak merasa pula nanti.
Kak ana sempat juga menikmati bingsu jagung petang tu dan ada juga aiskrim sebagai menu pencuci mulut. Bingsu ni kena buat sendiri di mesin yang di sediakan. Sedap, kak ana suka.
Pada yang bertanya harga buffet untuk satu pax, kak ana sertakan di bawah ni. Kami pii hari tu weekend rate dan limit time adalah 90 minit. Kami makan bertiga tak sampai pun 90 minit, sejam lebih jer dah settle makan.
Walaupun resroran milik Muslim, namum mereka juga dalam proses mendapat kan pensijilan Halal Jakim, pada waktu entri ini di terbitkan. Semoga di permudahkanNya jua, In Syaa Allah..
Untuk lebih info korang layari sahaja ke mana-mana laman sosial mereka di Instagram, FB atau tiktok Shabu-Shi , Eco Ardence. Semoga bermanfaat.














0 Comments