Haaaa... Hat ni bukan nak review kedai tomyam pulak naa.. Saja nak sembang-sembang hari Rabu ala-ala wordless Wednesday gitu. Kak ana sebenarnya ada lah azam tahun baru ni , konon satu hari nak terbit satu entri, In Syaa Allah... Konon laaa kan, belum tentu tercapai gamaknya hehe :) 

Jadi hari ni nak borak-borak dengan korang, menu yang biasa kita order kalau makan di kedai tomyam. Kalau kak ana selalunya suka makan nasi goreng ikan masin, telur mata dan sambal belacan. Sedap kan telur mata dengan telur dadar kedai tomyam dari buat sendiri di rumah. 

Sama macam sambal belacan juga lah, kalau di rumah memang tak merasa lah kak ana nak makan sambal belacan, sebab suami dengan anak tak tahan makan belacan. Di kedai tomyam sambal belacan depa pun sedap kan cicah dengan ulam timun sejuk-sejuk tu.. 


menu kedai tomyam


Menu kedai tomyam

Nih baru-baru ni, kak ana dengan suami singgah makan kedai tomyam kat kediaman kami ni jer. Macam biasa ini lah menu yang kami order untuk makan berdua malam tu. Pada kak ana laa kan, menu ni menu wajib kalau makan kedai tomyam , ye dak :) 



menu kedai tomyam


Kami makan tomyam campur, telur dadar dan ayam paprik. Sambal belacan tu free jer di kedai tomyam nih. Kena pula lepas hujan, memang sedap laa makan lauk panas-panas gini. Sebenar nya makan kedai tomyam lagi kenyang dan murah sekarang berbanding makan nasi campur, untuk menu standard laa kan. 

Nak salah kan peniaga pun tak boleh, kerana harga barang mentah, laa nii dah semuanya mahal, mana lagi dengan bahan rencah dan upah pekerja lagi ye dak. Makan lah ikut kemampuan kita, dan yang penting cari lah kedai yang di yakini Halal kerana kebanyakan cafe ada juga yang viral tetapi sajian nya meragukan. 

Kak ana sendiri setiap kali nak review sama ada berbayar atau sekadar content sendiri, kak ana cuba google dahulu paling tidak tahu pemilik Muslim, menu yang halal dan sebagainya. Risau sangat kerana dengan tulisan kita ni mendorong orang lain pii makan sana.. 

Semoga kita semua terpelihara dari segala perkara yang memudaratkan dan menjadi hamba-hambaNya yang di di redhai. Aamiin.. 

10 Comments

  1. Tomyam campur dengan telur dadar tu memang wajib dah

    ReplyDelete
  2. Salam tahun baru Kak Ana. Kalau kiteorang pulak selalunya tomyam ayam, telur dadar dengan sayur kailan ikan masin. Kalau ada sup ekor, mesti order sup ekor jugak haha

    ReplyDelete
  3. Semoga impian akk utk menulis satu hari stu entri tercapai ya!

    ReplyDelete
  4. gabungan yg selalu orang oder gini kt kedai tomyam kan kak

    ReplyDelete
  5. menu iringan tomyam sedap tu

    ReplyDelete
  6. Mrs. A kalau makan kedai tomyam selalunya suka order tomyam campur suka yang kuah putih, kailan ikan masin, ayam kunyit, sotong/udang tepung dan telor dadar

    ReplyDelete
  7. Menu ni memang wajib order kat kedai tomyam.
    Betul tu kak Ana cakap, kedai tomyam lagi murah dari makan nasi campur.

    ReplyDelete
  8. Tomyan dengan Telur Dada tu mmg wajib :D

    ReplyDelete
  9. busyra dengan telur dadar mmg tak boleh pisah. order lah menu apa pun, telur dadar tetap kena ada.

    ReplyDelete