Kak ana nih memang alah sungguh kalau makan buah atau sayur jenis berangin. Selalunya paling alah dengan buah nangka dan labu. Makan sikit je mula la berangin dalam perut. Kalau ikutkan selalu buah warna kuning kan yang ada gas gini. 

Ini cakap orang orang tua jer, bukan ada dalam istilah perubatan pun. Tapi tuu laa memang kejadiannya begitu. Paling kak ana tak tahan buah nangka. Cepat je gas rasa naik dan sebu perut. Allahu Rabbi.. sedangkan punya lah sedap buah nangka kalau dapat nak makan. 


Koktail buah nangka


Koktail buah nangka 

Al kisah koktail buah nangka ni, dua hari lepas jiran baik kak ana, Zura bagi lah buah cempedak nangka katanya. Dia dapat dari kampungnya di negori sembilan nun. Ada lah dalam 10 ulas juga isi besar-besar. 

Punyalah teringin, kak ana ambil lah seulas dan makan. Memang sedap, manis leting isi buah cempedak nangka ni rupanya. Walaupun nampak zahir rupa buah nangka sahaja, kerana kalau isi cempedak ia bulat kan, nangka ni jenis lonjong dan panjang serta tebal. 




Koktail buah nangka


Suami pun makan seulas dua dan ada lebihan lagi tu, kak ana teringat dalam stok dapur ada setin susu cair. Mula-mula cadang nak jadikan serawa nangka. Tapi kena masak pula dan malas ler pulak. Jadi kak ana terus nak jadikannya cocktail fruits. 

Kebetulan juga ada buah anggur kecil dalam peti sejuk jadilah buat kawan hirisan nangka cempedak ni. Kak ana hiris nipis dan letak bersama buah anggur. Tuangkanlah susu cair dan jadi lah ia koktail nangka anggur. Buh dalam petias dan sedap di makan anak-anak. 



Koktail buah nangka


Tengahari tu kak ana ke pasaraya dan nampak ada nata de coco dalam pek kecil. Kak ana beli lah satu pek dan kemudian tuang ke dalam koktail buah nangka yang ada dalam peti sejuk. Taa daaa!!! Rasa lebih sedap ada masam-masam dari air dan nata de coco perisa blackcurrent kak ana. 



Koktail buah nangka


Dua hari dalam peti sejuk, akhirnya habis juga buah nangka pemberian jiran bila dah di jadikan sebagai menu koktail gini. Haha... Dengan kak ana sekali menghabiskannya, berani lah makan buah nangka sebab ada bekalan ubat gastrik pemberian doktor hari tu. 

Makan je lah kan, redha dengan sedikit ujian yang diberikanNya. Semoga kita semua sentiasa mensyukuri setiap nikmat yang hadir dalam kehidupan ini dan berlapang dada serta sabar dengan sedikit ujian kesakitan, aamiin... 


6 Comments

  1. Selalu makan koktail buah tapi takde buah nangka. Nanti nak cuba jugalah letak buah nangka yang dihiris kecil

    ReplyDelete
  2. Alahai buah nangka favorite sy Kak Ana. Sy suka makan mentah je, ataupun buat serawa. Nanti kalau beli, boleh buat koktail mcm ni 👍

    ReplyDelete
  3. Menarik menu ni. Jarang orang buat.

    ReplyDelete
  4. orang perubatan takde teori angin angin ni semua... tapi suami saya akan sakit kepala, sakit dada, sakit perut, mual kalau makan nangka. Tapi bila nampak nak juga makan

    ReplyDelete
  5. Elegant Elegance: With its luxurious drapery and ornate detailing, this wedding wedding tents exudes sophistication and glamour. Perfect for upscale affairs, it sets the stage for a fairy-tale wedding where every detail is meticulously crafted to create an unforgettable experience.

    ReplyDelete
  6. SA x leh makan ni kak ana..angin..kalau termakan atau saje2 makan..mmg masuk ward la jawabnya..SA alah betul dengan nangka ni

    ReplyDelete