Ada lah salah satu hujung minggu tu, kami tak keluar ke mana-mana. Duk kemas rumah dan laman, kemudian macam biasa kalau weekend kak ana selalunya sedia kan brunch sahaja di rumah ni. Masak heavy breakfast untuk kenyang sampai tengahari.

Lepas tu , lepas zohor mulalah rasa lapar. Malas sungguh nak keluar jauh-jauh, kami sesaja jalan-jalan ke Bandar Tasik Puteri je petang tu dalam pukul 3 lebih . Ronda punya ronda terjumpalah gerai tepi jalan je di hadapan Green Valley , BTP nih. Bersebelahan dengan gerai jual pisang goreng. 



Kak ana awal-awal dah bagitau suami nak cari cendol petang tu. Kami pun parkir je kereta depan gerai terus lah masuk. Tak ramai pun pelanggan, ada dua tiga orang sedang membeli pisang goreng sahaja. 




Gerai Uncle Tom , Bandar Tasik Puteri 


Rezeki kak ana, ada jual cendol sekali situ. Kak ana order lah cendol biasa , suami minum air panas dan untuk makan kak ana order kuewtiau goreng dan suami nasi goreng . 




Gerai ni nama jer Uncle Tom tapi muslim owner laa. Ada uncle Melayu ni yang masak, beliau lah kut Uncle Tom tu. Hehe :) Ketang ketung ketang ketung , bunyi uncle tu goreng kuewtiau dan nasi goreng kami. 




Untuk nasi goreng Uncle Tom ni, depa akan tanya lah nak pedas ke tidak. Suami kata biasa sahaja dan hasilnya memang sedap juga nasi goreng Uncle Tom. Sesedap rasa tak ada kekurangannya pada kami. Ada isi ayam dan ada di sertakan keropok. Harga sepinggan cuma RM7 sahaja. 





Tapi kuewtiau goreng ni memang sedap pada selera kak ana. Ada ala-ala chinesse style sikit di goreng kering dengan isi udang dan taugeh. Di berikannya juga cili potong untuk menampah selera makan . Sedap Alhamdulillah... 

Sesekali lepak makan petang di gerai tepi jalan pun seronok juga kan. Makan menu pada harga yang berpatutan sangat. Kuewtiau goreng ni pun cuma RM7 sahaja. Semoga perniagaan uncle Tom akan terus sukses dari masa ke semasa, Aamiin.. In Syaa Allah... 




4 Comments

  1. Lama Cuya tak pekena cendol..
    Alhamdulilah masak sedap rezeki mesti luas..

    ReplyDelete
  2. Ketang ketung ketang ketung tu yang best AJ. Tengok rupa nasi goreng dan mi goreng tu pun kita pulak yang terliur!

    ReplyDelete
  3. Dulu masa SA tinggal menyewa di Sungai Buloh memang rajin cuba2 makan area sana...sekarang dh 3 tahun lebih x pi sejak putus ngan ex tunang dulu..hahaha...apapun menag nampak sedap kue tiaw kak ana tu...

    ReplyDelete
  4. betul tu kak ana... lepak kedai tepi jalan sambil tgk ragam org di sekeliling dah boleh cukup menginsafkan

    ReplyDelete