Sehingga hari ini lah kan, pada kak ana kek yang tersedap yang selalu kak ana dan anak-anak makan adalah dari Andra Gula Cakery. Port biasa kami lepak makan dessert Andra ni adalah di Eco Grandeur Lab, Puncak Alam. Banyak dah entri kak ana duk cerita kisah kek Andra.
Dan baru-baru nih jer kak ana dapat info , Andra Gula Cakery kini dah ada aiskrim jenama depa sendiri pula. Alhamdulillah berkembang pesat sungguh dan sangat bangga dengan perniagaan dessert dari anak watan kita yang juga saudara Muslimah kita.
Aiskrim Gula Creamery Eco Ardence Lab , Setia Alam
Hasil carian di internet, kak ana jumpa info ini bila carian untuk founder Andra Gula Cakery.. * " Nor Arieni Adriana Ritzel may only be 31 but the brains behind Gula Cakery has already built a dessert empire of her own .
Tahniah buat Nor Arieni Adriana Ritzel .. Dibawah perniagaan Gula Cakery group, adalah Gula Petite, Andra by Gula Cakery, Gula Creamery malahan cafe makanan Mexican food outlet bernama El Ocho. Hebat dan mudah untuk kita umat Islam khasnya untuk menikmati juadah pemanis mulut yang di yakini Halal .
Kak ana singgah manikmati aiskrim Gula Creamery ni selepas kami makan tengahari lontong darat yang sedap di Eco Ardence nih laa.. kiranya sambungan kisah
Warung Pak Lan, Eco Ardence . Lepas pekena lontong darat, kami ronda-ronda sat area Ardence Lab dan Adik Ika ajak singgah makan aiskrim Gula Creamery.
Kak ana di maklumkan perisa aiskrim di Gula Creamery ni di inspirasikan dari perisa pilihan kek yang ada dari Andra Gula Cakery. Jadinya dari kepingan kek kepada scoop aiskrim, wahh menarikan. Dan kak ana dah rasa beberapa flavour yang di berikan oleh staff sebelum kami membuat pilihan aiskrim di kaunter.
Masyaa Allah.. memang premium aiskrim dari setiap scoop Gula Creamery ni, sedap pekat ,aneka perisa yang rambang mata nak pilih. Sebenarnya kak ana dah tak ingat dah pun flavour apa yang kami makan petang tu. Adik Ika yang pilih .
Kak ana teruja sangat nak share dengan korang semua, dalam kita sedang boikot beberapa produk dari luar negara yang menyokong kekejaman rejim laknatullah.. di sini kita ada pilihan aiskrim yang premium setanding dengan mereka.
Produk tempatan malahan milik Muslim yang seharusnya kita sokong supaya lebih berkembang dengan jayanya, In Syaa Allah.. Kak ana pernah terlihat outlet Gula Creamery ni di KL East Mall juga. Korang boleh follow lah socmed Gula Creamery untuk lebih info yang tepat, naa... Semoga bermanfaat..
* https://www.sinardaily.my/article/178256/focus/money/gula-cakery-from-home-bakery-to-six-outlets-across-klang-valley
3 Comments
Wahhh.. kalau nampak ni boleh cuba la. Kat JB mcm tak ada, Kak Ana.
ReplyDeletebagusnya..seronok tengok anak bangsa sendiri berjaya. brand kita pun setanding antarabangsa
ReplyDeleteyang penting kene ada logo halal yang diakui jakim
ReplyDelete