Tak ingat dah bila kak ana , suami dan Adik Ika jenjalan hujung minggu dan singgah nak cari makan di Eco Ardence , Setia Alam. Dah agak lama juga kami tak ke Eco Ardence, selalunya lepak makan di Eco Grandeur Puncak Alam sebab dekat je dengan rumah.

Eco Ardence Lab ni pun tak kurang juga banyak kiosk makan-makan. Cuma di sini kak ana lihat lebih banyak yang non Muslim punya berbeza dengan Eco Grandeur lebih banyak Halal restaurant serta Muslim owner. 


Warong Kopi Pak Lan , Eco Ardence


Pandai-pandai lah cari info sebelum nak masuk makan, naa.. Elaklah dari makan di cafe berstatus ' Muslim Friendly , No pork '  dan sebagainya . Kalau setakad desseert cafe tu tidak lah begitu meragukan kerana tidak melibatkan sembelihan dan ramuan masakan. Hati-hati naa..


Warong Kopi Pak Lan, Eco Ardence , Setia  Alam


Warong Kopi Pak Lan , Eco Ardence 


Dalam duk pusing-pusing sekitar Eco Ardence Lab, tu kami ternampak lah satu kiosk makanan yang agak hipster dan klassik . Ada gerai sedang jual goreng pisang atau pun coq udang kat depan tu , tak berapa ingat lak kak ana.



Warong Kopi Pak Lan Eco Ardence


Nampak tertera Warong Kopi Pak Lan, yakin lah ia adalah milik Muslim. Dari pencarian di Tiktok pun ada posting dari owner sendiri Pak Lan lah agaknya . Kami pun singgah dan ke kaunter untuk tengok menu dan order makanan. 


lontong darat


Kak ana dan Adik Ika nampak lah ada sambal goreng jawa kat display kaunter makanan. Kami ingat nak makan nasi ambeng sebab ada dalam menu tu. Tapi staff yang ramah manis tu bagitau hat tu menu lontong darat katanya.

Kak ana ni belum pernah hayat lah makan lontong darat. Ingat kan lontong biasa lah yang berkuah tu, rupanya lain, hat berkuah lemak kuning tu lontong kuah lodeh dan yang ni namanya lontong darat. Dapat ilmu baharu kak ana hari tu.  



Warong Kopi Pak Lan, Eco Ardence , Setia  Alam


Kak ana dan Adik pun orderlah lontong darat ni nak try makan sebab tak pernah kan. Tambahan pula ada di sertakan dalam set lontong darat ni sambal goreng jawa tempe, suhun dan fucuk tu, ada juga sambal paru, ermm... memang favourite sangat dah ni. Suami makan lontong kuah lodeh atas tu. 


Warong Kopi Pak Lan, Eco Ardence , Setia  Alam


Inilah dia set lontong darat yang kami makan. Ada lontong asli nasi impit dalam balutan daun pisang bukan nasi impit segera, ada sambal paru, sambal goreng jawa, serunding kelapa dan kuah kacang kalau tak silap, lupa dah sebab agak lama juga kami ke sini sebelum entri ini kak ana tulis.



Warong Kopi Pak Lan, Eco Ardence , Setia  Alam



Masyaa Allah.. sedap sungguh. Lain sangat rasa dan sangat kena dengan selera kak ana dan Adik Ika. In Syaa Allah ada rezeki kami akan repeat lagi makan di sini. Air kopi depa pun sedap pekat cukup rasa dan di hidangkan dalam bungkusan ikat tepi boh dalam kole ayan klassik. 


Warong Kopi Pak Lan, Eco Ardence , Setia  Alam


Warong Kopi Pak Lan bukan lah sekadar menjual lontong darat dan lontong kuah lodeh, ada pelbagai menu termasuk nasi campur aneka lauk, kuih muih, goreng-goreng dan roti bakar kalau tak silap. Pendek kata pelbagai menu masakan orang kita boleh korang nikmati di sini.

Jadi kalau nak lepak warong kopi hipster klassik jika berada di Eco Ardence boleh lah ke Warong Kopi Pak Lan. Kak ana recormended sangat dah harga pun tidak over price. Masih relevan dengan portion menu yang banyak dalam pinggan. Kenyang.. Alhamdulillah... 




5 Comments

  1. Selamat menjamu selera
    Nampak sedapmnyer

    ReplyDelete
  2. tulisan pada cawan tu menarik perhatian saya. hehe. saya suka lontong darat ni. jarang jumpa kedai luar Johor yang jual

    ReplyDelete
  3. lama tak makan lontong darat. Susah nak jumpa yang kena dengan selera

    ReplyDelete
  4. sedap nampak lontong darat tu..
    linda pun tak pernah makan, dok dgar je orang makan...kikiki
    tp sambal jawa tu mmg feberet lah, dah teringin sgt..sanggup lah buat sendri...hihihi

    ReplyDelete
  5. Ohhhh ini miriiiip dengan lontong Medan kak. Ada pakai serundeng kelapa juga. Tapi ditambah dengan kering kentang biasanya, dan tauco. Memang sedap.

    Dari penampakan di atas saya yakin saya bakal suka lontong darat ini 😍

    ReplyDelete