Avia Plus ni merupakan residensi baharu di Bandar Country Homes, Rawang. Kiranya berdekatan dah dengan kediaman kak ana. Sejak di buka akhir tahun lalu, satu demi satu cafe rangkaian ternama dah mula beroperasi di bahagian bawah bangunan condo pertama di area sini .

Bermula dengan Zus Coffee , kemudian ada Family Mart , lepas tu buka pula 7 Eleven Cafe, Kenangan Coffee dan terbahru yang kami pii try rasmi makan pula adalah sebuah restoran Cina Muslim, Me Tarik Lan Zhou Muslim.

Adik Ika, suka sangat lah makan menu-menu mee tarik nih. Dan alhamdulillah kebanyakan restoran mi tarik ni di usahakan oleh kaum Cina yang beragama Islam. Indahnya Islam ni kan, pelbagai kaum menjadi kan ia menyatuan persaudaraan ummah . 


Restoran Lan Zhou Mi Tarik Muslim - Avia Plus, Rawang


Restoran Lan Zhou Mi Tarik Muslim - Avia Plus, Rawang 


Restoran Lan Zhou Mi Tarik Muslim - Avia Plus, Rawang


Kami pertama kali singgah makan kat Restoran Lan Zhou Mi Tarik Muslim - Avia Plus, Rawang , waktu cuti perayaan Tahun Baru Cina yang lalu. Masa tu restoran ni baru sahaja di buka dalam beberapa minggu sebelumnya. 



Restoran Lan Zhou Mi Tarik Muslim - Avia Plus, Rawang


Kalau kebiasaannya restoran mi tarik ni akan display pekerjanya duk tarik mi depan kedai, tapi di sini tak ada pula. Di bahagian depan pintu masuk di tempatkan kaunter untuk penyediaan mi tarik seperti sup dan juga kukusan untuk dumpling. 

Kelihatan pekerjanya terdiri daripada kaum Muslim Cina yang mungkin lah dari negara asal seperti kebanyakan restoran chinese muslim yang lain kan. Sebab depa ni tak pandai berbahasa Melayu atau Inggeris. 



Restoran Lan Zhou Mi Tarik Muslim - Avia Plus, Rawang


Tetapi pelayan dan cashiernya adalah orang tempatan lah.  Kalau tak jenuh pula nak ambil order kan. Kami masuk dan duduk di restoran yang berhawa dingin ni. Di berikan menu dan kemudian staf akan datang ambil order , kemudian hantar menu ke meja. Tak ada sistem scan menu, masih manually.. hehe :) 



Restoran Lan Zhou Mi Tarik Muslim - Avia Plus, Rawang


Sebenarnya kan, kak ana memang tak ingat lah nama-nama menu yang kami makan tengahari tu. Kak ana ada jer simpan resit lepas suami bayar konon nak buat entri lah kan, erm... boleh pula hilang dah resit tu mana pii ... Jadi korang layan je lah gambar-gambar menu yang sempat kak ana rakam kan. 



Restoran Lan Zhou Mi Tarik Muslim - Avia Plus, Rawang


Kami juga makan dumpling kukus kat sini, suami kak ana makan hat yang nasi tu ada lauk ayam ala-ala paprik gitu adoiyai tak tahu la apa nama menu masakannya. Adik dan kak ana kami makan mi tarik bawah ni.



Restoran Lan Zhou Mi Tarik Muslim - Avia Plus, Rawang


Restoran Lan Zhou Mi Tarik Muslim - Avia Plus, Rawang


Rasa nya memang sedap, mi tarik tak lah besar atau kembang sangat ,just nice dan kuah secukup rasa dengan ada herba sedikit. Mi tarik ni selalunya jenis goreng basah dan berkuah sedikit, ia tidak kering. Dan semestinya ia tidak pedas kerana lazimnya akan di makan bersama chili oil. 


Restoran Lan Zhou Mi Tarik Muslim - Avia Plus, Rawang


Kak ana nak highlight kan kat sini, di Restoran Lan Zhou Mi Tarik Muslim ni, chili oil depa memang sedap. Ia tidak pedas menyengat macam yang pernah kak ana makan di beberapa buah restoran Chinese Muslim sebelum ni, Hat ni sesedap rasa dan tidak terlalu pedas. 

Dan lagi satu harga minuman kat sini sangat murah. Air teh bunga chrysanthemum tu cuma RM2.50 segelas dan ia sedap sangat. Kali kedua kak ana mai makan sini, suami order air strawberri walaupun kordial laa kan, tapi sedap dan juga berharga RM2.50 juga. 


Restoran Lan Zhou Mi Tarik Muslim - Avia Plus, Rawang


Yang di atas dan bawah ni pula merupakan menu yang kami makan bila kali kedua kunjungan kami ke sini beberapa hari lepas. Adik makan mee tarik braised beef tu . Memang sedap rasanya, lebih kurang hat kami pernah makan di beberapa restoran Mi Tarik dan Mi Hiris sebelum ni.



Restoran Lan Zhou Mi Tarik Muslim - Avia Plus, Rawang


Suami pula makan nasi goreng. Apa tah nama dia tak ingat juga laa... Tapi sedap , kak ana dah rasa sikit. Resepi nasi goreng Chinesse style ni biasanya menggunakan minyak bijan sebagai sentuhan akhir, dan ia ada rasa dan aromanya yang tersendiri. Memang sedap, kak ana pun suka masak nasi goreng dan bila last tu percikkan sedikit minyak bijan. Carilah hat yang halal, naaa... 


Restoran Lan Zhou Mi Tarik Muslim - Avia Plus, Rawang

Untuk kali kedua ni kak ana cuma makan dumpling goreng . Kalau first tu try dumpling kukus, kali ni try pula dumpling goreng. Sedap juga cicah dengan sambal pencicah dan juga chili oil. Lebih sedap makan hat goreng dari kukus, pada kak ana lah. 

Harga menu di sini tidaklah over price, masih relevan sekitar RM12- RM15 sepinggan. Air minuman pun murah-murah lah pada kak ana. Untuk makan kami bertiga kali pertama tu sekitar RM55 dan kali kedua tu cuma RM44 ringgit lebih kurang. Berbaloi la kan.... 



2 Comments

  1. sedap nampak mi tarik teringin nk cuba

    ReplyDelete
  2. Tak mahal sangat harganya Kak Ana. Selalu boleh tahan juga harga dekat Chinese Muslim restaurant ni....

    ReplyDelete