Kak ana di lahirkan dan di besarkan di Daerah Hilir Perak, Teluk Intan sehinggalah habis STPM dan terus berhijrah ke Taman Keramat , Kuala Lumpur. Di rencanakanNya bekerja di sana dan bertemu jodoh lalu tinggal tetap sebagai pemastautin di KL dan kemudiannya berpindah pula ke Selangor hingga saat ini. 

Begitulah coretan hidup kak ana, tak de sapa-sapa tanya pun, saja nak cerita hehe :) . Di usia yang berbaki ini, kak ana lebih lama berada di perantauan dari kampung halaman sendiri, perantau lah sangat ye.. 

Tapi memang keraplah balik ke Teluk Intan, abah masih ada di sana, adik dan saudara mara pun ramai di sana, mau tak balik. Dan terkini yang kak ana balik pasti lah di hari raya hari yang mulia nan lalu. 



apom manis

Apam manis bubur campur 


Hari raya ketiga kalau tak silap kak ana, suami ajak ke pekan Teluk Intan, nak sarapan tempat favourite dia laa tu.. Kat gerai makan kat Padang Speedy. Kak ana masih lagi panggil Padang Speedy tempat ni, tak tahu lah kut dah tukar nama ke apa ke kan.. sebab dari zaman remaja dulu memang tempat ni kami panggil Padang Speedy.

Kat sini ada sebuah mini stadium dengan padang MPTI. Kat sana lah setiap tahun kak ana menyertai perbarisan sambutan hari kebangsaan peringkat daerah, agaknya lah.. Kak ana mewakili unit seragam Pandu Puteri masa tu, kan main lagi dengan perbarisan kawad kaki. 

Done throwback, sat ! Sambung kisah sarapan. Ada satu gerai kat sini, memang kesukaan suami kak ana untuk sarapan iaitu makan apam manis atau kat sini lebih di kenali apom manis. Gerai orang Islam , pasangan suami isteri mamak. 


Apam manis bubur campur


Seingat kak ana lah kan, hanya kat sini sahaja yang kak ana boleh dapat makan apam manis cicah bubur campur nih. Lain tempat kat pekan Teluk Intan kak ana tak pasti ada jual atau tak, walaupun kat restoran mamak, memang tak ada. Sama ada di KL, Selangor atau Teluk Intan sendiri tak jumpa di restoran mamak.

Kalau tosei, idli , putu mayam tu semua ada lah kan. Apom manis ni rare sangat. Ia rasa macam ala-ala idli tu juga gunakan nasi sejuk sebagai bahan asas. Resepi usah tanya lah kak ana tak tahu. Tapi belah-belah utara memang ada dan ramai yang kenal apom manis dan ada juga panggil apom lenggang dan sebagainya.

Rasanya lebih kurang tosei dan idli tetapi ia lebih lemak dan manis. Garing di bahagian tepi keliling dan gebu lembut kat tengah-tengah tu. Memang sedap makan panas cicah dengan bubur. Ada yang cicah bubur kacang hijau atau bubur gandum. Kat gerai ni, boleh makan dengan bubur campur, gabungan dua jenis bubur di atas tu. 

Kak ana tak ingat sangat nama gerai ni tapi ia terletak di hadapan mengadap padang dan stadium , nombor 3 atau 4 dari pintu masuk. Julaibee macam tu lah lebih kurang nama gerainya, tak ambil pula gambar gerai, duk ambil gambar apom manis je pagi tu. 

Rare kan, lepas raya sarapan-sarapan gini, memang padu sangat dan penuh nostalgia. Selalu belah-belah utara ni, bubur, cendul dan apom manis ni kira gabungan menu nostalgia sangat dan biasanya saudara Muslim mamak yang menjualnya. 

Boleh lah try, kalau kebetulan korang berada di Teluk Intan atau pun kalau jumpa kat mana-mana pun try beli dan makan. Mungkin laa kut kena dengan selera ampa .. Semoga bermanfaat, In Syaa Allah... 

8 Comments

  1. teringin juga nak rasa apom manis ni tapi belah pantai timur ni mana nak cari memang tak ada rsnya,bubur campur tu pun nampak sedap

    ReplyDelete
  2. Cantik apom manis tu AJ. Belum pernah makan rasanya. Teringin nak cuba kalau ada rezeki balik Malaya nanti.

    ReplyDelete
  3. The cost of an home appliances varies based on its brand and capacity. It's now simpler than ever to choose the ideal automated washing machine for your house thanks to alternatives from reliable companies like LG and Samsung

    ReplyDelete
  4. Kat Lumut ada jual juga, apam ke, apom lenggang ke, nama dia, lupa pulak. Guna kuali dua telinga yang comel tu, kan. Tapi saya tak pernah cuba pula. Ooo... kena makan dengan bubur rupanya. Saya ingat, makan begitu saja. Nanti satu hari, nak cuba juga.

    ReplyDelete
  5. banyak kenangan manis ana di sana ya

    ReplyDelete
  6. xpernah tahu apam cicah dgn bubur.. boleh dicuba ni...

    ReplyDelete
  7. Lihat buburnya, saya jadi ingat saat masih di Penang, mamak yg jualan nasi kandar langganan saya, dia juga jual bubur kacang hijau dan campur. Sedaap sangat ❤️❤️.

    Ntahlah masih ada atau tak , Krn dah lama juga .. kue apam tuh saya pernah rasa di sini, tapj warnanya hijau.

    ReplyDelete