Kenyang ke makan Boat Noodle ?
Haa.. kenapa tanya kenyang ke tidak kalau makan di Boat Noodle ? Mungkin lah kan.. mungkin naa.. ada yang tak berapa tahu tentang konsep hidangan di Boat Noodle ni. Ia merupakan restoran masakan authentic Thai , aneka pilihan mee dari sana.
Menjadikannya lebih unik ialah, Boat Noodle menghidangkan makanan mereka di dalam mangkuk-mangkuk kecil untuk setiap menunya. Jadi kita kena pilih lah beberapa mangkuk untuk keperluan makan seseorang. Memang kecil comel sahaja setiap menu , sekali dua suap dah habis.
Restoran Boat Noodle mengambil inspirasi dari penjualan makanan di dalam sampan di negara Thai iaitu di floating market Ayutthaya, Thailand. Konsepnya di kekalkan dengan menghidangkan dalam mangkuk-mangkuk kecil dan menu yang sedikit tetapi pada harga yang murah dari serendah RM2.80 kalau tak silap kak ana untuk setiap mangkuk .
Ia juga ada pelbagai menu yang tak dapat kak ana nak tuliskan di sini sebab memang banyak menu pilihan boat noodle, topping dan juga ala-carte pun ada. Di papan menu akan di berikan nama makanan serta harga yang berbeza bermula dari RM2.80 .
Tengahari tu, kak ana bersama suami dan Adik Ika makan Boat Noodle di Aeon AU2 , Keramat. Adik Ika la yang order menu-menu ni semua, sebab tu kak ana tak tahu apa nama-nama menunya hehe :) Korang carilah di laman web depa atau socmed.
Ada 4 jenis mee mangkuk kecil, 2 jenis topping yang kak ana ingat ada satu tu kulit ayam goreng. Dan dua lagi menu dalam mangkuk besar tapi sedap sangat menu ni. Untuk kami makan bertiga , alhamdulillah dah cukup kenyang walaupun sedikit setiap isian mangkuk kecil tu.
Kak ana tak tahu macam mana nak describe rasa menu-menu Boat Noodle ni, tapi ia memang sedap resepi asli negara Thai. Dan macam biasa sebelum nak review makanan , kak ana cari dahulu di internet kehalalan sesebuah restoran .
Dari posting Instagram rasmi Boat Noodle , memiliki pensijilan Halal untuk hampir separuh dari outlet dan masih dalam proses untuk mendapatkan sijil Halal untuk baki kesemua outlet. Korang boleh lihat di copy link yang kak ana berikan ni untuk semakan - https://www.instagram.com/myboatnoodle/p/CxIM4q5LsQ6/?img_index=1
Untuk minuman pun ada pelbagai pilihan minuman Thai. Adik macam biasa akan pilih Thai Ice Green Tea kesukaannya. Tak tahu kenapa dia suka sangat minum green tea. Kak ana tak serasi pula sebab bila minum green tea ni rasa minum air inai je baunya, kannnn .. Hehe
Hat ungu tu air kak ana minum Iced Butterfly Pea Tea, alaaa air teh bunga telang lah dalam bahasa Melayu nye . Sedap je kak suka rasa plain macam ni. Green Tea tu harganya RM9.50 dan air purple tu cuma RM6 sahaja. Suami macam biasa air kosong dia laa
Dan dessert kami tengahari tu itu ialah Chatujak Lava Toast . Sangat lah sedap. Ia gabungan roti tebal yang di bakar, di makan bersama dipping sauce pandan, ala-ala rasa sekaya, bersama aiskrim kelapa dan hirisan buah strawberry.
Gabungan rasa roti bakar , sos dan aiskrim sangatlah sedap pada selera kak ana. Ada pula rasa masam-masam strawberry yang memberikan keseimbangan pada rasanya. Jadi pada kak ana dan keluarga yang sejenis yang tak makan banyak ni, dan cepat kenyang.. berbaloi lah sekali sekala makan di Boat Noodle. Boleh lah ampa semua try naa ..
3 Comments
Sy belum pernah ke BN ni... Tapi suka tgk kalau orang makan bersusun² mangkuk dia...
ReplyDeleteDessert tu paling mengancam. Lama tak makan di BN, dah RM2.80 ya, dulu tak silap RM1.90.
ReplyDeleteYa Allah saya rindu juga makan boat noodle 😍😄😄. Dulu sukaaa kemari, yg di jakarta. Kebetulan salah satu cabang ada dj mall dekat rumah.
ReplyDeleteTapi dah lama tak kesana. Dulu pun saya pikir kenyang tak makan sekecil itu. Ternyata kenyang jugaa. Apalagi kalo pilihnya banyak 😄