Hujan dua hari dah sejak semalam. Dari waktu Subuh sampai lah bawa ke petang hujan renyai dan mendung sepanjang hari. Semoga hujan yang turun datang bersama manfaat dan Rahmat Allah swt bagi sekalian alam... aamiin.

Bila hujan-hujan ni mood malas tu berkembang dengan jayanya. Sejuk kan matapun mengantuk manjang. Nak masak paling lemau dah rasanya. Tapi kena masak juga sebab hujan-hujan ni lapar sesaja. Sukurlah kan ada rezeki untuk di nikmati. 


tumis sayur bayam brazil


Stok lauk ada di dalam peti sejuk, cuma sayur je tak ada. Nak ke kedai memag malas sangat nak start enjin kereta sejuk-sejuk ni. Kak ana ronda ke belakang rumah kejap di bahagian yang berbumbung rumah kak ana , ada kak ana tanam beberapa pokok dalam pasu. Nampak sayur bayam brazil sedang membiak meriah, terbitlah idea nak tumis sahaja untuk kawan menu makan tenghari. 

Pokok sayur bayam brazil 



Pokok sayur bayam brazil


Benih pokok bayam brazil ni pemberian arwah mak kak ana. Lama dah bertahun ada di kebun belakang rumah ni kak ana biakkannya sentiasa. Ada lah 4 pasu dah. Senang sangat nak biakkan, cantas sahaja dahan-dahan yang tua, cucuk kan semula di tanah, In Syaa Allah hidup dengan subur . 

Cuma sekarang ni daun-daun dia sering di makan siput kecil-kecil. Nampak macam siput babi tapi bukan, cengkerangnya bulat dan leper, tak sama cengkerang siput babi. Saiznya pun halus-halus jer. Tengok gambar tu habis lubang-lubang kecil atas daun bayam brazil kak ana. 


Pokok sayur bayam brazil


Kak ana biarkan juga di makan siput kecil-kecil ni, kesian pula dah itu makanan depa kan. Bila dah nampak togel je, kak ana trim dan tak lama lepas tu tumbuh semula daun baru. Senang je tak jadi hal pun, berkongsi rezeki di bumi Allah swt.. gitu lah kita. 


Tumis sayur bayam brazil 


Hasil petik-petik pagi tu dapat sebekas dan cukuplah hidangan sepinggan untuk kami sekeluarga. Kak ana masak tumis sahaja. Masak lemak pun sedap tapi santan tak de, kak ana tumis dengan isi ayam, buh hirisan tomato dan perencahnya isi ayam di dadu kecil-kecil. 


tumis sayur bayam brazil


Tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah yang di tumbuk kasar. Masukkan isi ayam yang dihiris halus, rasakan dengan sos tiram atau kicap manis. Kemudian masukkan bayam brazil dan tambah sikit air supaya ia empuk. 

Daun bayam brazil ni agak keras dan crunchy jadi kena masak sampai ia lembut, masukkan hirisan tomato dan perasa lah dengan garam secukupnya. Siap lah menu ringkat sedap di makan dengan ikan goreng pun cukup dah nih.. 




9 Comments

  1. dulu Ana pon pernah biakkan bayam brazil ni, pastu kena serangan serangga apa entah, habis semuaaa mati

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap tu Kak Ana, lagi2 makan time cuaca sejuk ni 😋

    ReplyDelete
  3. Nampak sedapnyer.
    Bayam brazil ni pun senang tanamnya.

    ReplyDelete
  4. Nak start tanam semula la bayam Brazil ni. Sedap sangat nampak menu bayam ni.

    ReplyDelete
  5. Nak cari la bayam brazil ni, teringin pula

    ReplyDelete
  6. Arwah mama pernah tanam dulu…dapatlah merasa 2-3 kali tp lepas mama sentiasa berulang alik ke hospital pokok tu pun mati sendiri

    ReplyDelete
  7. dirumah ade ... tp takut rasa untuk dimakan... sebab rasa ia sebahagian dr pokok bunga.. nnti la dicuba.. nmpk sedap sgt tu..

    ReplyDelete
  8. Sedap bayam brazil ni .dulu ada tanam ..bayam brazil ni mudah juga nk hidup

    ReplyDelete