Sehari sebelum majlis kesyukuran hari lahir pertama cucu sulung kak ana Baby HNH, adik kak ana sampai dah ke rumah bersama adik ipar, anak buah dan abah. Di kampung pula tengah musim buah, Masyaa Allah.. sebak rasa bila dapat kiriman buah rambutan dan durian dari mak saudara di kampung. 

Kampung kak ana nih, memang ada je kera liar datang keliling rumah. Tapi itulah namanya rezeki dari Allah swt , dalam pada itu masih banyak pokok berhasil mengeluarkan buah-buahan. Pokok durian dan rambutan di sekeliling rumah sahaja, tak lah berjaga sangat pun sebab mak saudara kak ana nih dah berusia juga tinggal berdua. 


 buah rambutan


Tetapi dengan izinNya dapat juga kami semua merasa buah-buahan dari pokok keliling rumah arwah tok . Begitulah kalau kita percaya pada rezeki , kan. Sempat lah juga kak ana hidangkan pada tetamu dan merasa pula dua sepupu kak ana sekeluarga yang hadir majlis buah-buahan kampung kami. 

Tips simpan buah rambutan tahan lama 


Buah rambutan masih ada berbaki, kak ana kupas dan isi dalam bekas, letak dalam petisejuk. Erm.. pandai pula suami dan Adik Ika makan habiskan. Kalau biar berkulit macam tu memang tak habis lah tinggal sampai berair. Inilah cara kak ana kalau nak simpan buah rambutan agar tahan lama. 



cara simpan buah rambutan tahan lama


Selain rambutan, wancu dan wan kirim juga buah durian kampung. Dah banyak gugur kata abah, wancu dan wan ambil perisi dan isi dalam bekas. Kat kampung bekas airkrim lah kan multi function kegunaannya hehe :) 

Cara simpan durian tahan lama 


Wancu dan wan akan simpan di tempat frozen untuk kekal tahan lama isinya. Kalau tak jadi tempoyak lah pula durian duk simpan dalam bekas yang dah di perisi gini. Sedap makan, dah rasa aiskrim durian pun ada, tapi hat nih fresh isi durian seratus percent huhu :) 


cara simpan durian tahan lama


Adik kak ana , Lan bawa pula 10 biji telur asin atau telur masin. Tak tahu la mana dia beli, nih bukan buat sendiri naa.. sebab kat tempat dia tu tak ada bela itik pulak hehe :) Dapatlah telur masin sepuluh biji. Kak ana bagi pada kak long 4 biji suruh dia bawa balik ke rumahnya. 


telur masin


Baki enam biji dapat lah kak ana sekeluarga dua kali makan. Sekali rebus , tiga biji dah cukup untuk kami bertiga di rumah ni. Alhamdulillah... Nampak segar telur asin nih, isi tengah tu merah sangat kan dan tak masin sesangat, sedang elok je untuk di makan. 


telur masin

Itulah namanya rezeki. Bila terima ole-ole dari kampung ni, pasti teringat arwah mak. Kalau mak datang ke rumah kak ana dulu, mesti ada je berplastik-plastik mak bawa dari kampung. Sayur, buah-buahan , benih pokok, macam-macam lah. Kadang-kadang mak bawa ubat juga untuk kak ana, selalunya air lemuju. Sejenis minuman herba untuk kurangkan angin dalam badan. 

Kak ana kan pengidap gastrik, selalu lah semput dan sakit badan, dapat minum air lemuju tu sesudu terus rasa berangin dan sedawa . Sejak mak tak ada dah tak ada stok air lemuju kat rumah kak ana. Semoga arwah mak, Zainap binti Syedeen di cucuri Rahmat dari Nya, di ampunkan segala dosa-dosanya dan di terima setiap amalannya, Aamiin Ya Allah... 


12 Comments

  1. Tengok hitam tu oh telur masin rupanya. Rambutan tu biasa buat macam tu. Sedap makan sejuk2.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah mewah rezeki ana sedapnya durian n rambutan dari kampung

    ReplyDelete
  3. Musim buah datang lagi. Bestkan AJ.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah
    Rejeki dikongsi bersama

    ReplyDelete
  5. Rambutan bila dikupas dan simpan dlm peti sejuk mmg cepat je habis, anak² dgn suami pulun :D
    Cantiknya kuning telur masin tu, mmg nmpk fresh tu

    ReplyDelete
  6. Semua best kak oi, buah durian tu nampak tebal betul rupanya

    ReplyDelete
  7. dapat buah tangan dari kampung paling happy

    ReplyDelete
  8. Ya Allah kalau saya pon gembira dapat buah tangan macam ni. Favourite!

    ReplyDelete
  9. sama laaa mcm opah sy ms dia sihat dulu. kalau anak2 blk kg tu penuh 1 bonet kereta dgn mcm2 brg. kelapa berbiji2 yg x buang sabut tu pun ada juga

    ReplyDelete
  10. Cantik nya warna telur asin itu, dan terlihat Masir kuning nya 😍😍😍. Saya sukaaa kalo telur asin warna kuningnya agak berminyak, beuuugh gurih sangaat 👍👍

    ReplyDelete