Darsa Fried Chicken dah ada di The Reef, Rawang
Alhamdulillah... dapat juga kak ana dan suami merasai ayam goreng viral Darsa Fried Chicken. Dah beberapa bulan dah buka cawangan pertama di Bukit Beruntung, nun, tapi kak ana tak berkesempatan nak pergi lagi. Tambah pula dari perkongsian di socmed katanya masih ramai dan queue panjang serta lama menunggu, terus tangguh kan dulu nak ke sana.
Tup! Tup! Kak ana terbaca ayam goreng Darsa Fried Chicken kini dah ada di jual juga di Restoran Nasi Arab Darsa kat The Reef, Rawang tu. Tak lah jauh sangat dari kediaman kak ana berbanding Bukit Beruntung. Kebetulan tengahari tu , kak ana dan suami pun singgah lah makan tengahari kat sana.
Darsa Fried Chicken di The Reef, Rawang
The Reef, Rawang ni lokasinya berdekatan sahaja dengan Lotus, Rawang. Belah belakang blok bangunan Maybank dan Nagoya tu, korang waze je sampai la nanti, In Syaa Allah... Ia bukanlah cawangan Darsa Fried Chicken tetapi ia ada di jual di Restoran Darsa Nasi Arab.
Waktu kak ana dan suami sampai, tak ramai pelanggan. Kami terus ke kaunter dan order ayam goreng Darsa Fried Chicken . Boleh order di kaunter atau pun scan qr di meja. Sebab tak ramai orang, kak ana order di kaunter terus.
Cuma beza kat sini tak ada set air dan tak banyak pilihan set menu untuk DFC . Ada dua set pilihan sahaja yang ada. Kalau nak makan yang betul-betul set-set DFC , korang kena ke cawangan asal di Bukit Beruntung.
Yang ada ni pun dah cukup untuk kak ana dan suami merasai sendiri sedap ke idak ayam goreng Darsa Fried Chicken nih ? Tak sampai 5 minit dah di hantar ke meja kami set ayam goreng Darsa Fried Chicken. Tak ramai pelanggan kan, cepat lah dapat dan rasanya dah ready dah pun ayam goreng ni, sebab tu cepat sampai.
Review ikhlas Darsa Fried Chicken
Seperti yang di viralkan, saiz ayam goreng DFC ni memang besar pada kak ana. Lebih besar dari saiz tapak tangan kak ana, sebab kak ana nih kecil je orang nya hehe :) Lebih kurang saiz tapak tangan suami lah senang cerita.
Itu bahagian isi padat nya lah. Untuk drumstick pun saiz yang agak besar berbanding saiz ayam biasa yang kak ana beli di kedai acheh. Salutan tepung gorengannya rangup dan tebal. Perapan sesedap rasa, tak nak overclaimed sangat sebab ia rasa ayam goreng crispy yang selalu kita makan. Ayam di masak sempurna di bahagian dalam.
Set yang kak ana makan ni di datangkan sekali dengan sebekas coleslaw. Pada citarasa kak ana, kak ana suka dengan coleslow nih. Hirisan halus dan rasa mild sangat tidak berlebihan rasa mayonaisse nya.
Semua di blend sempurna. Bila kak ana baca komen di socmed, agak ramai yang kondem coleslaw dan mashed potato DFC, tapi pada kak ana , ia sedap dan kena pada selera kak ana.
Untuk mashed potato ni, mungkin kurang sikit pada selera western kak ana kerana gravy nya tidak begitu pekat. Tapi ye la kan, tak nak sama macam pesaing yang sedia ada, mungkin juga DFC ada citarasa chef nya yang tersendiri. Kita raikan sahaja perbezaan.
Kentang dah okay dah cuma gravy tu agak tak kena pada selera kak ana. Walau bagaimana pun ia tetap boleh dimakan, tak ada cacat celanya. Masih okay. Sama sahaja makan mashed potato lain.
Yang ramai puji adalah garlic sauce DFC nih. Yes! Memang padu pada kak ana. Sedap rasa garlic sangat mild dan tak over taste dan tak bau bawang putih sangat pun. Sesedap rasa sebagai bahan colek untuk di makan bersama ayam goreng DFC yang rangup.
Makan dengan kulit crispy pun sedap, makan dengan isi ayam pun sedap. Ini mungkin lah signature yang dapat di ketengahkan dan menjadi tarikan untuk terus makan ayam goreng DFC. Kiranya dah ada killer menu untuk repeat dengan garlic sauce DFC. Inilah kelainan dan keunikannya..
Kak ana share kan kat sini harga untuk dua pilihan set ayam goreng Darsa Fried Chicken yang ada di Restoran Nasi Arab Darsa, The Reef, Rawang ni. Setakad kak ana maii hari tu, cuma ada dua set pilihan ni sahaja.
Air tidak termasuk pakej set, dan kat sini kak ana rasa tak ada air berkorbonat, kerana dalam menu Restoran Nasi Arab ni tak ada. Kak ana minum air limau asam boi dan suami pilih teh o ais. Harga minuman dalam RM5 sahaja lebih kurang.
Jadi kalau ampa semua teringin nak cuba sendiri ayam goreng DFC dan tak sanggup nak beratur atau tunggu lama di restoran DFC kat Bukit Beruntung tu, boleh lah ke Restoran Nasi Arab Darsa di The Reef, bersebelahan Lotus Rawang tu sahaja.
Ruang parkir banyak sahaja di hadapan restoran dengan mengunakan applikasi Smart Selangor Parking (SSP) . Restoran berhawa dingin dan ada kemudahan surau di dalamnya. Benda yang baik kita kongsikan semoga ada manfaat sesama insan. Semoga perniagaan DFC dan Nasi Arab Darsa milik Tuan Guru Sheikh Zainul Asri akan terus berkembang dengan maju dan cemerlang, aamiin.
7 Comments
2 3 hari ni kan asyik lalu gambar ayam goreng je tau..
ReplyDeletenieyl tgh caving ayam kfc sebenarnya tapi sabar...hahaha...
ni tengok pula entry kak ana..aduhai...memang kena cari ayam goreng hari ni...
wah...dah dekat..linda pun selalu je beli barang dekat lotus rawang tu...perasan ada nagoya situ...boleh la singgah bila2 nanti
ReplyDeleteNampak mengancam dah set ayam dia, harga pun okay tu 👍🏻
ReplyDeletekak tau restorn ni pernah lalu tapi xsinggah
ReplyDeleteUwaaaaahhhh tak ada nak buka di Jakarta kah 😄😄😄? Teringin pula nak coba.
ReplyDeleteSejak franchise ayam terkenal itu kena boikot, beberapa restoran fried chicken jadi ramai di sini. Ada yg sedap, tapi ada juga yg biasa saja. Hanya saja memang belum banyak cawangannya.. makanya saya selalu tertarik jika ada yg baru, secara saya suka fried chicken.
Owh... ini kedai yg yg viral jap hari tu kan?
ReplyDeletewahhh nampak best ni. kn tggu darsa buka caw kat area sini nmpk nya br dpt rasa😁
ReplyDelete