Merancangnya dah lama juga lah nak ke Pekan Sehari Temerloh yang di iktiraf oleh Malaysia Book Of Record sebagai pasar pagi terpanjang di Malaysia. Suami kak ana terpengaruh dengan youtuber Fendi Foodie tuu, duk review pasar pagi Temerloh nih.
Beberapa kali plan tak juga di izinkanNya sampailah beberapa minggu lepas, Alhamdulillah kami sampai juga ke sini . Dari awal pagi kak ana, suami dan Adik Ika tunggu Kak Long, Aiman dan Dak Tecik di KL.
Plan kami nak naik satu kereta sahaja, kereta Aiman parked kat sini dan kami naik kereta menuju ke Temerloh. Dari tol Gombak ke Temerloh , ikut waze waktu tu dalam 2 jam lebih juga . Meneruskan perjalanan, sampailah ke bandar Temerloh lebih kurang jam 10 pagi.
Pekan Sehari Temerloh
Sampai je ke lokasi tu dua kali juga lah pusing nak dapatkan parkir. Dapatlah ruang di kawasan stesen bas kalau tak silap kak ana dan ada tiket bayaran parking kalau tak silap RM2 atau RM3 macam tu, tak ingat la pulak sebab Aiman yang bayar pada pakcik yang collect, tapi ada resit rasmi lah diberikan.
Suasana pasar pagi ni meriah sangat dengan pelbagai jualan dan kami mula masuk tu jumpa jualan sayur-sayur kampung. Macam-macam sayur kampung kak ana jumpa, ada yang dah tak ingat nama dah pun, seronok berborak dengan makcik-makcik yang berjual bercerita tentang sayuran kampung , cara makan dan khasiatnya.
Kemudian sampai pula ke jualan makanan. Pelbagai makanan tradisional dan moden di jual di sini dan paling banyak kak ana jumpa kuih badak berendam. Tak ada pula kak ana ambil gambar sebab seronok sangat lihat kiri dan kanan, aneka jualan terlepas pandang nak ambil gambar banyak-banyak.
Harga jualan pun murah-murah boleh di katakan. Kak ana sempat membeli jeruk maman, satu plastik tu cuma RM5. Lama sungguh tak makan jeruk maman. Teringat nostlagia dulu-dulu arwah mak selalu buat sendiri jeruk maman yang di petik sekitar rumah arwah Tok Saidin. Sedap makan hirup kuahnya masam-masam.
Kak ana beli juga pucuk ubi, petai mata besar-besar kat sini dan tempoyak baharu. Manis lagi tempoyaknya sedap makan ratah macam tu jer. Adik Ika nak sangat pekasam, kak ana beli satu pek pekasam ikan talapia, jenis pekasam wadi yang kering dan di perap dengan beras goreng.
Kak long pun beli pekasam dan tempoyak serta petai. Kak ana beli jagung manis dan selebihnya beli makanan kuih untuk makan sambil jalan-jalan. Dak Tecik cucu kak ana , meragam lah pula bila dah setengah jalan mungkin sebab cuaca dah mula panas dan orang ramai kan. Depa patah balik dan tunggu dalam kereta sementara kak ana, suami dan Adik Ika teruskan ronda-ronda pasar pagi.
Memang tak larat nak pusing habis sebab banyak lagi jualan di hadapan kami tak teruskan. Ada juga jualan baju-baju, ikan hiasan, peralatan berkebun dan sebagainya. Sama sahaja macam jualan pasar pagi kat mana-mana, cuma yang istimewa di sini pada kak ana adalah sayuran kampung , ikan segar , ikan sungai termasuk lah patin Temerloh dan kuih muih tradisional lama.
Pertama kali juga kak ana tengok ada jualan ikan patin salai kat sini. Harganya RM12 untuk timbangan setiap 100g bukan jual ikut ekor. Ikan sungai pun banyak , ada yang masih kak ana kenal macam ikan baung, ikan botak dan sebagainya. Tapi kak ana tak beli pun, sebab tak bawa bekas . Sat gi beli sampai rumah dah tak elok, kan rugi.
Perjalanan untuk sampai ke rumah dalam 3 jam juga, tak masuk lagi kami plan nak makan tengahari di
Gobang Maju Tol . Dah alang-alang sampai Temerloh kan, wajib lah pekena patin Temerloh di Gobang Maju Tol tu. Lagi pula menantu kak ana , Aiman suka sangat makan patin Temerloh nih.
Puas juga lah kami meronda sekitar pasar pagi Pekan Sehari Temerloh nih. Suami suka sangat lah di rezekikanNya kami sampai juga ke sini. Nak repeat tu entah lah sebab bukan dekat ye dak. Jadilah dapat merasa sekali pun, syukur sangat.
Sebenarnya macam banyak nak beli tapi itulah pusing punya pusing last-last beli apa yang terlintas masa tu sahaja . Awal-awal kak ana nak beli sulur keladi, tapi risau pulak salah beli dapat yang gatal pula kan. Nak masak asam rebus macam arwah mak mertua kak ana pernah masakkan dahulu, sedap sangat.
Kak ana nih, lahir dan di besarkan sahaja di kampung, lepas belajar terus berhijrah ke KL dan kemudian beli rumah kedua dan menetap pula di Selangor. Jadi usia ni lebih banyak di bandar dari tinggal di kampung.
Namun kenangan waktu kecil-kecil dan alam remaja di kampung tu masih terpahat di hati. Masih kenal sayuran dan lauk pauk kampung cuma kadang tu nak masak takut tak menjadi juga sebab dulu arwah mak yang masak, kami tahu makan jer masa tu kan.
Kalau korang berkesempatan boleh lah ke pasar pagi Pekan Sehari Temerloh ni jika ada kesempatan dan berada di sana pada hari Ahad bermula jam 7 pagi hingga 12 tengahari. Memang seronok pada kita yang berjiwa kampung nih lah... Semoga bermanfaat..
10 Comments
pemes tempat ni. ramai foodie buat contrnt kat sini. sy tau pun sbb tgk si fendi shoot kat sini dulu
ReplyDeleteMeriahnya kakkkk... puas cuci mata ni... kueh2 tradisional pun mcm2 ada... tp cuaca panas ni hmm... better pegi awal pg jam 7 mcm tu sesambil briskwalk tawaf pasar pagi.. hihi
ReplyDeletePernah pergi sini. Memang seronok tengok kemeriahan gerai jualan dan orang ramai. Macam-macam ada. Tapi itulah, kita pulak yang tak larat nak jelajah semua 😄
ReplyDeleteviral tempat ni kan...x pernah lg pergi sini..tapi klu tgk tu mcm best je lagi2 sayur2 kg tu kan..
ReplyDeleteIni pun impian SA ni kak Ana..kalau dapat pergi ni memang seronok memborong kan...
ReplyDeleteDana pernah pergi ke temerloh semata nak ke pasar sehari tu, rambang mata betul cuma itulah nak berjalan jauh tu yang tak nyabo
ReplyDeleteTernampak pucuk paku. Dah teringin dah nak makannya. Tak terjumpa kat pasar borong hari tu. Bahulu tu pun sedapnya.
ReplyDeleteMenarik! Nanti nak ajak encik suami ke sini jugak la.
ReplyDeleteKalau pergi ke pasar macam ni saya suka cari makanan selain dari sayuran kampung. Nak pulak kalau sayur tu jenis yang rare.. hehehe..
ReplyDeleteSamalah kita dulu membesar di kampung, semua sayur dan ulam2 memang favourite, kita ni mengenang nostalgia zaman budak purba dululah..
Saya sukaaa tempat seperti ini. Ada banyak jualan, dan kuliner. Bisa kalap shopping yg ada 😄👍.
ReplyDelete